Fikir...

NuffnangX

Sunday, July 8, 2012

DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM) kali ke 3 (Bahagian 2)


Setelah tamat sessi Suaikenal, berTAARUF dan Sembang Santai... Maka sekarang tibalah pula waktu persembahan silat yang bermula Tari Buka Gelanggang dan Silat Pulut...





Sahabat sedang bersiap sedia membuat rakaman....



Sahabat DSSM dari Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia sedang bersiap menyusun anggota untuk persembahan....



Sahabat DSSM dari Perguruan Gayong Makrifat telah bersedia untuk beraksi dengan berbusana seorang Pendekar Melayu...



Mana2 yang telah bersedia dari awal beramah mesra dengan sahabat2 berlainan Perguruan....  Dalam gambar ini Guru Pak Man dari Penchak Silek Kampar berbual mesra dengan sahabat dari Perguruan Seni Silat Bunga Negara Negeri Kedah...



Kumpulan Gendang dan Serunai dari Perguruan Seni Tari Harimau Klang telah mengambil tempat dan membawakan lagu gendang silat pertama sebagai pengenalan.... semuanya muda2 belaka... Alhamdulillah, dan dipimpin oleh Guru Ayah Sulaiman...



2 orang sahabat karib dari Perguruan Gayong Fatani dan Perguruan Warisan Perlis memulakan acara membuka gelanggang....



Tiupan serunai dan pukulan gendang silat semakin rancak....



Rasa bangga apabila melihat kalangan adik2 muda kita masih berminat menjadikan kesenian gendang dan serunai ini sebagai pekerjaan dan hobi di masa lapang... Alhamdulillah, sokong dan galakkan haruslah diberikan kepada mereka ini... Syukur.



Ini dia kumpulan gendang dan serunai dari Perguruan Seni Tari Harimau Klang...



Cikgu Hazuan dari Perguruan Warisan Perlis membuka langkah....





Setiap langkah ada makna dan kiasan tersendiri... mantap gerakannya...




Langkah dan berlangkah.... 







Mengambil tempat....




Satu dua....rapat.... erat,... Ukhwah... makna tu... Bukan saje2...



Lihatlah video permainan dan persembahan dua sahabat baik ni...

MENARIK, KAN?








Setelah selesai acara membuka gelanggang, MC perjumpaan hari ini... Cikgu Mohd Jasiman menjemput sahabat2 DSSM untuk tampil membuat persembahan....



Persembahan dimulakan dengan Tari Pulut Minang dari Perguruan Penchak Silek Kampar oleh Guru Pak Man Kampar... Walau telah berusia tetapi masih gagah memperjuangkan Silat seni warisan ini.....



Ini video persembahan Guru Pak Man Kampar.... 
Cantik, kan?











Adik-adik kecil dari Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia tidak sabar membuat persembahan....
Tengah siap sedia...






Yang pula  video persembahan Cikgu Izzudin dari Perguruan Banteng Betawi.... 
Mantap, kan?

Seni Jawa ni... Wakil Johor...







Yang pula  video persembahan Cikgu Md. Gadaffi dari Perguruan Keris Melayu Lok 9.... 
Mantap, kan?




Yang ini pula video persembahan Cikgu Amirul Nai dari Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia....

Datang sejauh Alor Star, Kedah ke Kuala Lumpur semata2 ingin bertemu sahabat2 
DUNIA SENI SILAT MELAYU...

Beliau seorang Professor di sebuah universiti utara tanahair....

Hebat, kan?








Bersambung ke DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM) kali ke 3 (Bahagian 3)

Juga DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM) kali ke 3 (Bahagian 1)















Tuesday, July 3, 2012

DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM) kali ke 3 (Bahagian 1)


BETAPA KUKUHNYA UKHWAH DAN PERPADUAN ANTARA SAHABAT2 PESILAT DARI BERLAINAN PERGURUAN....




Alhamdulillah... 
MAjlis perjumpaan dan Suaikenal kali ke 3 DUNIA SENI SILAT MELAYU telah berlangsung dengan jayanya pada AHAD, 01hb Julai, 2012, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Jutaan Penghargaan dan Terima kasih diucapkan kepada sahabat2 dari:

1. Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Pahang
2. Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Selangor
3. Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Kedah
4. Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Kuala Lumpur
5. Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Negeri Sembilan
6. Perguruan Silat Tari Harimau
7. Perguruan Lintau Asli Malaysia
8. Perguruan Seni Buah Lian
9. Perguruan Pusaka Gayong Malaysia
10. Perguruan Bunga Negeri Kedah
11. Perguruan Cemara Bugis
12. Perguruan Lian Yunani
13. Perguruan Si Guntur Alam
14. Perguruan Harimau Minangkabau
15. Perguruan Cimande Tanah Baru
16. Perguruan Gayong Fatani
17. Perguruan Pendekar Gayong Tujuh Pahang
18. Perguruan Penchak Silek Kampar
19. Perguruan Gayong Maarifat
20. Perguruan Lian Padukan
21. Perguruan Gayong Ghaib Harimau Malaysia
22. Perguruan Perguruan Setiabakti
23. Perguruan Silat Melayu Keris Lok 9
24. Perguruan Cekak Malaysia
25. Perguruan Gayong Malaysia
26. Perguruan Habib Hamid
27. Perguruan Gerak Cepat




Dan tak lupa jutaan TERIMA KASIH kepada pihak berkuasa :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Tuan Mohammad Yusoff dan Tuan Bistamam

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) IPD Sentul
- Koperal Nordin dan Koperal Samsul (cawangan Khas)

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) IPKKL
- Inspektor Zulkifli (cawangan Khas)

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Tamat sudah majlis DSSM(3) dan segalanya telah selesai dengan baiknya.
Terima kasih kepada semua rakan2 yang hadir dan membantu menjayakan sepanjang perjalanan majlis kita ini.

Jika ada kekurangan disepanjang majlis berlangsung, kami para admin DSSM memohon ribuan ampun dan atas segala kekurangan tersebut dari tuan2 semua.

InsyaALLAH, bertemu kita sekali lagi di perjumpaan DSSM(4) nanti...

Salam Hormat dari admin DSSM.

Amin...




Berikut adalah gambar2 sekitar majlis perjumpaan DSSM kali yang ke 3... Walaupun majlis perjumpaan DSSM ini BUKAN MAJLIS BERBAYAR ataupun DIBAYAR, namun kehadiran para sahabat2 silat adalah di luar jangkaan...




Siapakah gerangan pendekar yang berada diatas pokok ini? Hehehe...



Owh... rupa2nya abg Bobby kita.... memang pakar memanjat. 
Pasti mahir ilmu manjat memanjat....



Akhirnya, banner berjaya juga dipasang walau di batang pokok yang lain.... selepas bererapa kali adjustment....



AKHIRNYA... Berkibar juga Banner di DSSM ini... 


Penguatkuasa berkuda DBKL yang datang bersama kami...





Sebelum acara tahlil dimulakan....


Ada yang baru tiba....




Selepas majlis tahlil ringkas, acara suaikenal dan sembang santai pula...


Sesi suaikenal dan sembang2 santai...



Adik2 cilik kita dari Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia pun ikut sama...


Tak sangka ramai yang hadir pada perjumpaan kali ini, ini cuma sebahagian sahaja. 
Yang lain masih dalam perjalanan...


Wakil Kuntau Tekpi Malaysia datang dari Alor Star, Kedah...



Khusyuk mendengar celoteh para sahabat yang hadir...


Alhamdulillah, ada yang hadir Berbusana Melayu.....



Ni la wakil Srikandi dari Alor Star, wakil Perguruan Cemara Bugis....


Siap berpedang lagi sahabat kita ini dari Perguruan Gayong Makrifat...





Selesai acara tahlil ringkas dan suaikenal antara pelbagai perguruan, tibalah pula acara yang ditunggu-tunggu iaitu 

ACARA PERSEMBAHAN SILAT DALAM 3 KATEGORI IAITU:

SENI TARI / SILAT PULUT

TEMPUR TANGAN KOSONG

SENJATA MELAYU DAN BERPASUKAN



(untuk maklumat dan gambar penuh acara, sila layari laman 




.








Thursday, June 28, 2012

Kisah Jambu Mawar....


 Assalamualaikum warohmatullah...

Sapa2 kat sini yang pernah makan Jambu Mawar? Buahnya bulat kecil, masak warna merah jambu tetapi waktu warna kekuningan sudah boleh dimakan...

Pertama kali makan buah ni selepas 2 tahun kerja di Shah Alam. Pokok ni tertanam di tepi jalan depan pejabat.
MASALAHNYA, selepas 2 tahun tau baru tahu ada pokok buah jambu yang sedap dimakan kat depan opis ni... teruk...teruk aku ni... Tak peka kepada lam sekitar langsung!!!

Hmmmm... Kenapa namanya JAMBU MAWAR? Pelik, kan?

Sebabnya Jambu Mawar ini wangi, baunya macam bau bunga ROS... 

Kalau nak tahu buahnya, lihatlah gambar ini.... 
3 gambar dibawah ni adalah gambar pokok Jambu Mawar yang diambil didepan pejabat...



Dari jauh....



Makin dekat...



Makin dekat....




Ni rupa buah yang masak, Cantik, kan?




Jambu mawar atau jambu kraton adalah antara suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Malaysia. Dinamai demikian kerana buah jambu ini memiliki aroma wangian yang keras seperti bunga mawar.


Ini maklumatnya...
Buah jambu mawar biasa dimakan segar, meskipun nilainya masih kalah oleh jambu air, jambu semarang atau jambu bol. Jambu mawar jarang terdapat di pasar, dan hanya dikonsumsi sendiri terutama oleh anak-anak. Buah ini juga sering dimasak atau diawetkan dengan berbagai cara.

Buah tersebut dapat disuling untuk memperoleh ‘air mawar’, serupa dengan yang dapat diperoleh dari daun mahkota bunga mawar. Daunnya disuling untuk mendapatkan minyak atsiri, yang berguna bagi industri wewangian.
Kayu terasnya berat dan keras, sehingga baik untuk konstruksi bangunan asalkan tidak berhubungan dengan tanah. Kayu ini kurang tahan terhadap seranganrayap. Kulit kayunya digunakan sebagai bahan penyamak dan pewarna.
Pohon jambu mawar juga kerap ditanam di taman-taman dan pekarangan sebagai pohon hias (ornamental). Selain itu, bunga-bunganya juga merupakan sumber pakan yang baik bagi lebah madu.[2]
Dari bunga yang diawetkan, dibuat obat tradisional pendingin dan penenang. Kulit kayu dan bijinya juga dimanfaatkan untuk mengobati murus (diare), disentri dan demam.[1]

Sumber rujukan dari Wikipedia.



Sekarang masalahnya pokok tu telah ditebang oleh MBSA, nak cari mana lagi pokok Jambu Mawar ni di Lembah Klang ni...

kalau tiada konservasi dan ditanam oleh masyarakat, maka akan pupuslah lagi satu khazanah alam nusantara!!!!





Adoooooiiiii!!!





Monday, June 25, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN SAHABAT DUNIA SENI SILAT MELAYU (3), 2012


Perjumpaan kita kali yang ke 3 
DUNIA SENI SILAT MELAYU' atau 'DSSM'
https://www.facebook.com/groups/57586640075/

Tajuk Perjumpaan:
"SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, tetapi MANIS di luar gelanggang...."

Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...

Siapa yang perlu hadir :
Terbuka kepada semua ahli pertubuhan silat yang menjadi rakan dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM) ini dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.

Orang ramai juga dijemput hadir dan amatlah dialu-alukan...

Pakaian : Bebas
*namun digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu


ATURCARA :

08.30 pagi : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook
'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)

09.00 pagi : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

09.05 pagi : Kata-kata aluan penganjur

09.10 pagi : Bacaan Doa pembuka majlis

09.15 pagi : Tahlil dan Doa sempena kedatangan Ramadhan Al-
Mubarak

09.45 pagi : Rehat, sarapan dan minum pagi

10.00 pagi : Suaikenal dan Sembang Santai antara rakan2 DSSM

12.00 tgh : Persembahan Silat Pulut dan Tari

12.45 tgh : Persembahan Silat Tempur

01.15 tgh : Persembahan Tempur Senjata Melayu

02.00 ptg : Sessi bergambar beramai-ramai

02.00 ptg : Sembang Santai rakan2 DSSM sebelum pulang

02.30 ptg : Selawat beramai-ramai dan bersurai untuk solat Zohor
dan pulang


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan 'Tali Silaturrahim' di kalangan ahli warga Persilatan yang berlainan Perguruan di Malaysia dan juga alam Nusantara...


Nota
*Harap maklum juga pihak penganjur tidak menyediakan sebarang perbelanjaan makan dan minum kerana program ini tiada dana sumbangan dari mana2 pihak.

Sahabat2 DSSM yang hadir DIALU-ALUKAN membawa POT LUCK masing2 ke acara perjumpaan kita ini... Sikit sama dikongsi, Muafakat membawa Berkat...

**Segalanya adalah inisiatif kita sebagai pencinta silat yg ingin berjumpa dan bergabung dalam satu perjumpaan silaturrahim persilatan yg berlainan perguruannya...


Gathering DSSM(1) - 01hb Mei, 2012

Gathering DSSM(2) - 

Ziarah ke 2 Pulau Besar, Melaka...

Bismillahirohmannirrohim...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...


Setelah sampai ke rumah dari ziarah ke Pulau Besar, Melaka. Aku pun teringat tentang blog bernama TRANQUILITY HATI ini... Apa nasibnya? Adakah blog ini bakal menjadi seperti blog2 sahabat2 yang lain, yang 'terpadam' secara tiba2... Tiada update, tiada berita.

Apabila scroll ke bawah aku dapati sejak ditinggalkan setahun yang lepas. Jumlah pengunjung adalah seramai 
12,990 orang yang datang melawat!!! Mak aiiii... ramainyer???!!!

Namun... Alhamdulillah... Alhamdulillah. 


Makanya aku berpendapat bahawa selagi kita membawa kebaikkan dan manafaat kepada orang lain samada melalui cara 'TERSURAT mahupun TERSIRAT', dengan niat hati YANG IKHLAS. Maka kebaikkan juga yang akan diperolehi...




Mungkin ini HIKMAH tersembunyi di sebalik ziarah ke Pulau Besar pada hujung minggu tadi...

Syukur, alhamdulillah...







Dibawah ini hamba sertakan sebahagian gambar semasa di Pulau Besar, Melaka...







(Gambar atas) Dalam denai hutan menuju ke Gua Yunus, Pulau Besar yang dipercayai tersimpan harta karun di dalam gua. Pintu gua tersebut khabarnya hanya dapat dilihat semasa air laut surut jauh ke tengah...





(Gambar atas) Air teluk di sebelah Gua Yunus lebih tinggi dari paras air laut yang sedang surut di tengah laut... Tak pelik, kan?







Ni gambar diatas batu besar Gua Yunus (gua dibawahnya...)...



Tapi yang peliknya, KENAPA GAMBAR AKU NI SEPERTI SEORANG PENGKAJI PARANORMAL???

Adoooiiii....



Saja ronda2 kat situ, tapi aku rasa laaaa.... Kalau nak dapatkan Harta Karun tu aku kena bawa kapal selam laaa... macam di bawah ni...








Hehehehe.... :D






Abg Saha - 2.25am







Assalamualaikum...


 Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم




Pada hari ini 25hb Jun, 2012 bersamaan 5 Syaaban 1433 Hijrah, GENAPLAH lebih setahun dan 21 hari BLOG ini sunyi dari sebarang UPDATE mahupun  BERITA...


Dan pada hari ini juga saya terkejut bila mendapati jumlah pengunjung blog ini telah melebih 13,000 orang...


Alhamdulillah dan TERIMA KASIH atas sokongan walaupun pada fikiran saya blog ini bakal 
ditutup kerana saya kesibukkan masa dan banyak berada di laman Facebook terutama di Kumpulan DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM)..












InsyaALLAH, blog ini akan kembali seperti sedia kala...




Amin...

Saturday, June 4, 2011

Hidup Ini... Apa yg aku melalut ni???

Hidup ini adalah sengsara? Hidup ini adalah sukar? Hidup ini adalah derita?

Jawapannya... TIDAK!!!

Hidup ini sebenarnya adalah satu PERJUANGAN. Namun dalam memperjuangkan kehidupan ini, sering kali kita menghadapi situasi jatuh dan bangun, merasa pahit dan manisnya, buruk dan keindahannya...

Pastinya, segolongan antara kita adalah orang yang tetap bersemangat untuk memperjuangkan hidupnya meskipun mereka sudah terjatuh berkali-kali, tetap bersemangat tanpa rasa jemu dan putus asa. Kata mereka, biarlah apa yang orang lain mahu fikir dan biarlah apa yang orang lain mahu kata, tetapi mereka tak tahu bahawa PAHITnya dan MANISnya aku yang merasa nikmatnya.... Ingat! Disinilah permulaannya perjalanan sebenar makna dan erti kehidupan...

Namun, akan tetapi ada juga segolongan lagi yang mudah putus asa, putus harapan dan lantas segera hanyut dibawa gelombang ganas entah ke mana harga dirinya, emosi, akal dan amanah dari Tuhannya... Mereka lupa bahawa hakikatnya semua manusia itu mempunyai darjat yang sama disisi Tuhannya melain mereka bertakwa dan tawadu'...


Sebenarnya...

Hidup ini sebenarnya tidaklah terlalu sukar melainkan kerana kita tenggelam dalam emosi yang pelbagai. Bila punya masalah, ada masanya kita KUAT bertahan dan ada masanya kita goyah menentang arus. Namun begitu, KEKUATAN itu sebenarnya ada dalam diri... cuma kita lupa bagaimana cara mahu menjanakannya...Hidup adalah pengalaman, bertambahnya pengalaman membuatmu menjadi lebih baik.

Walau hidup tidak mudah bagi siapapun. Tapi kita harus mempunyai kegigihan dan percaya pada diri sendiri. Kita harus percaya bahwa kita diberi suatu bakat dan berapapun pengorbanannya, kita harus mendapatkannya ...

Umpama menanam sebatang Pokok, begitulah hakikatnya kehidupan ini. Dari menyemai biji benih hinggalah membaja, menjaganya hingga menuainya hasil begitulah kehidupan ini.... dengan jagaan yg baik ia akan merimbun tebal, berbuah manis namun masih rendang dan tidak tegak menuding langit. Bak kata pepatah lama :"semakin berisi semakin tunduk...."

Masalah kita adalah buatan manusia, maka dari itu, dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia. Kesukaran yg dihadapi dalam melalui liku-liku "Perjalanan" inilah, baru akan datang kedewasaan kerana menjadi dewasa juga bererti menghadapi, dan bukan menghindar semua krisis yang datang dengan kecekalan, kesabaran dan pengalaman yang mematangkan diri, minda dan jiwa hingga mampu mengenal siapa Pencipta Nya.... *Beruntunglah siapa-siapa yg mendapat hidayah seperti ini...

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Namun itu tidak sehebat dan seberat tanggungjawab dan janji yg digalas, berat lagi HATI dan JIWA yg menanggungnya..."

Benar kata-kata diatas itu...


Tetapi bagaimana?

Tidak ada dalam hidup yang harus ditakuti. Yang ada hanyalah tahu BAGAIMANA MEMAHAMINYA....

(1)
JUJUR lah pada diri dan jiwa mu, iaitu zahir dan batinmu harus SEJALAN SEIRING. Jika keduanya tidak sejalan maka engkau akan terus tertekan dan merana. Engkau akan merasa kepayahan untuk menutupi kekurangan dan kekhilafan dirimu dalam menghadapi dugaan dan cobaan yang datang...

Hiduplah engkau dengan secara apa adanya dengan rezeki yang telah diberikan. Bersyukurlah kerana dengan bersyukur itu akan mententeramkan jiwa mu dan akan menambah lagi rezeki pemberian oleh tuhan mu.

Jujurlah engkau kpd dirimu, engkau akan bebas dan ringan melangkah ke mana-mana. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was-was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. SERASIkanlah penampilan ZAHIR mu dgn penampilan BATIN mu dengan pandangan kalbu Cinta dan Kasih Sayang kamu kepada alam ini dan segala isinya...


Ingat! Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, itulah KEJUJURAN.

(2)

BERFIKIRAN POSITIF
semasa kesulitan, jangan terlalu emosi akibat perkara yg telah berlalu atau terlalu berfikir tentang masa depan.. Tetapi TATAP lah WAKTU KINI. Masa yang berlalu sudah berlalu, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu. Namun pada masa inilah kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.Berfikiran positif dan optimis adalah sangat penting dalam menentukan keputusan yang akan dibawa bakal membawa kehancuran atau kebahagiaan dan kejayaan...

(3)
SYUKURI lah apa yang kamu ada kerana belum tentu kamu mampu mendapat lagi apa yang telah kamu dapat ketika ini. Dan harus diingat bahawa ada insan lain yg lebih sukar hidupnya daripada kamu walau sesukar mana kamu ketika ini.... Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya, apa yang kita ada...

(4)
KETAKUTAN Jangan dijadikan suatu masalah dan alasan kegagalan untuk takut mencuba berjuang dan mencuba lagi , tetapi lihatlah masalah atau kegagalan itu sebagai pendorong kekuatan untuk lebih berjaya.... Ini kerana selalunya kita tidak melihat ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, ada pintu yang lain terbuka. Tetapi seringkali kita melihat ke pintu yang tertutup begitu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibuka untuk kita... dan kita tidak akan pernah belajar untuk menjadi berani dan sabar jika yang kita temukan di dunia ini hanyalah sukacita...

(4)
JANJI.
Berpegang teguh pada janji. Apa di kata tetap akan di kota tidak kira lambat atau cepat, namun jangan sesekali mungkir dan khianati janji... Namun
ketika diri kita merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar suatu saat kau tak akan mengkhianati dan mengecewakan orang lain, kerana kamu juga telah merasakan betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan... Ingatlah! Hal yang besar bukanlah apa yang terjadi di dalam hidup kita, melainkan apa yang sudah kita lakukan terhadap setiap kejadian di dalam hidup kita...

(5)
HATI -
Hidup adalah pelajaran panjang tentang kerendahan hati kerana disini letaknya kekuatan diri dan penentu kejayaan. Hidup tanpa hati adalah mati kerana jiwa tidak mampu hidup tanpa hati yg tenang dan terang. Hati mampu menyuluh apa yang ada disebalik dinding yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar...


Rumusannya:

KEHEBATAN KITA adalah apabila tiada antara kita yg merasa akan KEKALAHAN. Semua sama, semua cantik, semua hebat walau ada perbezaan diantara kita. Namun, KEBAHAGIAAN bukanlah tujuan kehidupan, melainkan hanyalah cara untuk kita menjalani hidup... dan KEBAHAGIAAN bergantung atas pada apa yang dapat kita berikan, bukan pada apa yang kita inginkan. Ingat! Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup iaitu mencintai dan dicintai……

"KENALILAH SIAPA DIRIMU DISISI TUHANMU, MAKA KAMU AKAN MENGENAL KAMU... dan HARAPAN bukanlah mimpi melainkan cara untuk membuat mimpi menjadi sebuah KENYATAAN..."


Amin.... Amin... Amin



Abg Saha - 5.05am
04.05.2011


.

Sunday, March 27, 2011

What must this guy have scored in his driving test !






Whoever came up with this storyline is a genius!

Perbezaan antara Para Pemenang dan Para Pecundang



Pemenang berkata, "Biarkan saya melakukannya untuk anda"
;

Pecundang selalu berkata, "Itu bukan pekerjaan dan masalah saya."


Pemenang melihat jawapan untuk setiap masalah;
Pecundang melihat masalah bagi setiap jawapan.


Pemenang berkata, "Ini mungkin sukar tapi mungkin";
Pecundang selalu berkata, "Ini mungkin boleh, tapi terlalu sukar."


Saat pemenang melakukan kesalahan, dia berkata, "aku salah";
Ketika pecundang melakukan kesalahan, ia mengatakan, "Itu bukan salahku."


Pemenang membuat komitmen;
Pecundang hanya membuat janji.


Pemenang mempunyai impian;
Pecundang mempunyai skim.


Pemenang berkata, "Aku harus melakukan sesuatu";
Pecundang berkata, "Sesuatu perlu dilakukan."


Pemenang adalah sebahagian daripada pasukan;
Pecundang berasingan daripada pasukan.

Pemenang melihat keuntungan;
Pecundang melihat rasa kesukaran.


Pemenang melihat kemungkinan;
Pecundang melihat masalah.


Pemenang percaya pada perkongsian dan situasi menang-menang;
Pecundang percaya bahawa bagi mereka untuk menang seseorang harus menang.


Pemenang melihat POTENSI;
Pecundang melihat masa lalu.


Pemenang seperti THERMOSTAT;
Pecundang seperti thermometer.


Pemenang memilih apa yang mereka katakan;
Pecundang mengatakan apa yang mereka pilih.


Pemenang menggunakan hujah keras tapi kata-kata lembut;
Pecundang menggunakan hujah lunak tapi kata-kata keras.


Pemenang berpegang teguh pada nilai-nilai dan impak terbesar namun tetap berkompromi pada hal-hal kecil;
Pecundang hanya berdiri teguh pada hal-hal kecil tapi tidak peduli untuk berkompromi pada nilai-nilai dan impak terbesar.


Pemenang mengikuti falsafah empati: "Jangan lakukan pada orang lain apa yang anda tidak ingin mereka lakukan untuk anda";
Pecundang mengikuti falsafah, "Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya padamu."


Pemenang membuat sesuatu terjadi;
Pecundang membiarkan hal itu terjadi.


Pemenang merancang dan mempersiapkan diri untuk menang.
Kata kuncinya adalah persiapan.



FIKIR-FIKIR DAN RENUNGKANLAH...


.

Apa hal pertama WANITA lakukan SELEPAS kemalangan Kereta?


Matikan enjin? TIDAK

Lari dari kereta yang akan bakal meletup itu? TIDAK

Telefon 999? TIDAK

Telefon ambulan? TENTU SAHAJA TIDAK

Jadi? Apa yang bakal berlaku?

Control cun ... itu yang paling penting.
Untuk wanita luar negara sahaja yer, yang pasti BUKAN wanita Malaysia.
Fikir-fikirkanlah.... Hehehe