Fikir...

NuffnangX

Friday, October 12, 2012

AKU BERSAHAJA... KAMU YANG 'LUARBIASA'...

Pusing punya pusing dalam net, terjumpa pulak lagu dengan tajuk "AKU BERSAHAJA" ni... nampak macam lagu buat orang yang simple macam aku ni. TAPI...

bila dihayati liriknya, memang padan pada orang macam aku ni yang suka mendoakan orang lain lebih hebat dari aku... Hmmmm....
"Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis CINTA...  yang TERBAZIR didunia..."



Woww!!! Jom layan....






Rossa & Taufik Batisah - AKU BERSAHAJA


Bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah.. 
Bisakah ku menebak masa cintakan tercipta...
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia...
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya...

Ingin ku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa...

Sulitkah mahu ku cuma untuk mengucapkan cinta...

Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. 

Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis CINTA...  yang TERBAZIR didunia... 

Aku bersahaja... Aku bersahaja...

Menanti di 'tebing sana', haus tak terarah...
Hanya satu yang ku pinta, seteguk air CINTA...

Bisakah ku huraikan segala misteri dunia.. 

Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya...

Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa...

Sulitkah mahu ku cuma untuk mengucapkan CINTA...


Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. 
Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis  CINTA...  yang TERBAZIR didunia... 

Aku bersahaja... Aku bersahaja...
Menanti di 'tebing sana', haus tak terarah...
Hanya satu yang ku pinta, seteguk air CINTA... 



Fuhhhhh!!!!





Thursday, October 11, 2012

CINTA DAN AIRMATA..

Pasti ada yang tertanya apa motif tetiba posting lagu jiwang karat pulak di blog TranQuiliti Hati ini dan juga di Fb... Apa yang dapat dikongsikan cuma perasaan terasa seolah-olah 'HAMPIR dan RAPAT' dengan tajuk dan lirik lagu ini.... Entahlah... masa tengah lunch tengahari tadi tetiba terlayan perasaan dan lagu ni yang TIBA-TIBA muncul di telinga, complete lirik...

 Yang pasti TIADA JAWAPAN konkrit yang dapat diberikan DI SINI...



 



CRK - Cinta dan Airmata

Sungguh ku begini ketandusan rindu ini.
Mengapa ku mencari sang penghuni syurga jiwa...

Berdendang suara mengusap kalbu, ku lemas dalam terpesona.
Kehadiranmu menerajang kekusutan, yang lama terdapat di sini...

Bagai telah dijanji, termakbullah mimpi-mimpi...
Dan hujanku mentari, terciptalah sang pelangi...

Irama lagu silam mewarnakan, idaman kalbu kesampaian..
Bulan memancar cahaya tanda reda, ikatan percintaan kita...

(*)
Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi
Dikau pergi tanpa pesan, tinggalkan ku dalam kepasrahan.
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian, terputus di tengah jalan...

Hanya airmata doa yang dapat ku iringkan bersama...
Kepada yang Esa kupohonkan semoga... Tempatmu disisi  Nya..
(Ulang *)



Wednesday, October 10, 2012

Wednesday, October 3, 2012

Aku dan diri mu ibarat Rindu dan Kasih...


WHAT IS THE MEANING IF LIFE...


Life is an opportunity, BENEFIT  from it...

Life is beauty,  ADMIRE it...

Life is a dream,  REALIZE it.
Life is a challenge,  MEET it...

Life is a duty,  COMPLETE  it...
Life is a game,  PLAY  it...

Life is a promise,  FULFILL it...
Life is sorrow,  OVERCOME it...

Life is a song,  SING it...
Life is a struggle,  ACCEPT it...

Life is a tragedy,  CONFRONT  it...
Life is an adventure,  DARE  it...

Life is luck,  MAKE it...
Life is too precious,  DO  NOT  DESTROY  it...

Life is life,  FIGHT  for it.”

― Mother Teresa



Wednesday, September 5, 2012

Siapa bilang insan2 berserban dan berjubah tidak meminati budaya Melayu?

Ramai yang beranggapan bahawa golongan agama, golongan tahfiz dan para ulama' tidak berminat kepada kesenian dan kebudayaan Melayu..

Hakikatnya TIDAK, apa yang menjadi persoalan adakah golongan budayawan dan kesenian tidak mendekati golongan agama atau begitu juga sebaliknya?

Lihatlah foto dibawah, mereka ini adalah para mudir sebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur sedang berbicara berdua senjata Keris melayu...




Alhamdulillah, mereka berpeluang mendekati dan mengetahui tentang apa itu keris dalam erti kata yang sebenarnya... 

Namun bukan mereka sahaja.... anak tahfiz pun begitu juga....




Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga sangat berminat dengan budaya pemakaian busana Melayu...

Lihatlah...


Segak kan?

Dan lagiiii... Bengkel ikatan tanjak Melayu...




Semua ini dilaksanakan pada program DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM), edisi Ramadhan 1433 Hijrah (DSSM4)... mereka telah dijemput menjayakan program Bengkel mini ikatan tanjak, samping dan pengkerisan Melayu...


Hasilnya amat membanggakan kerana selain anak2 sekolah Tahfiz yang hadir dapat mendekati juga budaya tamadun Melayu melalui pemakaiannya, mereka juga dapat mempelajari seni ikatan tanjak dan kain sampin, mereka juga berpeluang mengenali dan mempelajari senjata Melayu....



InsyaALLAH, bengkel sebegini akan dilaksanakan lagi pada penghujung tahun ini....

InsyaALLAH... Doakanlah usaha murni ini agar berjaya dilaksanakan lagi...




Salam Syawal dan Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum warohmatullah...

rasanya masih tidak terlewat lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Minal wal faizin kepada semua sahabat....




Dan Salam Kemerdekaan di bulan Ogos dan Selamat Hari Malaysia pada September ini...



Jangan sesekali kita lupakan perjuangan generasi para pejuang kemerdekaan dahulu yang bertungkus lumus membebaskan tanahair ini dari cengkaman penjajah dan pengkhianat bangsa dan tanahair....





Tanpa mereka, tiadalah negara MALAYSIA yang makmur dan selamat seperti yang kita kecapi selama ini...


AL-FATIHAH buat semua para pejuang negara, ATM, PDRM dan juga tokoh2 negara....








Wednesday, July 25, 2012

Laman Facebook tegar yang MENGHINA ROSULULLAH dan agama ISLAM



"WALAU DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI, MUSUH ISLAM TIDAK PERNAH SESEKALI BERHENTI DARI MENGHINA NABI KITA DAN ISLAM AGAMA SUCI INI..."

Sahabat2 kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Marilah kita ramai melapor (Report page ini.. bukan suruh Unlike semata2...)

Page ini menghina Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dengan gambaran buruk.

Mohon sahabat2 jangan post atau tulis apa2 di wall tersebut kerana admin page itu nanti dia akan amik gambar korang dan post kat page dia.

TOLONG REPORT LINK PAGE ITU seperti alamat di bawah ini :

https://www.facebook.com/pages/Muhammad-Speaks/198902856795660

Semoga jihad kecil ini diterima ALLAH....

Amin...




Thursday, July 19, 2012

Sama tapi tak serupa?



Pelik benar rasanya apabila ada sahabat memberitahu rupa sya seiras wajah Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki, apabila saya memosting pesanan Sheikh Nuruddin bertajuk "Indah ilmu kerana AKHLAK sang penuntut ilmu..". Ini adalah pesanan beliau kepada para penuntut ilmu dan anak2 muridnya....





Antara nasihat Syeikh Nuruddin Al-Banjari kepada penuntut ilmu :

1. Jangan terpesona dengan gelaran PhD atau MA dan sebagainya. Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

2.Terlalu murah nilaian ilmu jika digunakan hanya untuk gaji yang lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit ilmu ditinggal.

3.Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam menguasai tanah umat Islam disebabkan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

4.Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Tututlah ilmu dengan niat yang ikhlas pasti akan membawa kepada keberkatan hidup.

5.Berakhlaklah dengan guru yang mengajarkan ilmu kepada kita. Mohonlah restu guru, dekati dan dampingilah mereka kerana ia merupakan kunci dan rahsia kejayaan seorang pelajar.

6.Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti memegang ikan sahaja, dakapkanlah kitab ke dada.

7.Akhlak pelajar juga mestilah besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang dipelajari, berilmu dan beramallah, jangan sampai minat belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal dengan ilmu dan menyampaikanya.




TETAPI SECARA KEBETULANNYA....

Ada seorang sahabat menegur dan mengatakan wajah saya seiras dengan beliau dan saya sememangnya pun berdarah Banjar dari jurai sebelah ayah... Kulaan Nihiring....



Dan apabila dibuat perbandingan, inilah hasilnya...

Apa pandangan sahabat2...???

Adakah kami dari jurai leluhur yang sama???

Keluarga asal adalah dari daerah Pelajau Ilir, Hulu Sungai Tengah, Banjarmasin... dan disitu jugalah tempat Datu Palampayan atau nama sebenar beliau Sheikh Muhammad Arsyad AlBanjari iaitu ulama' tersohor nusantara dan berdarah susur galur sehingga ke Saidina Ali Radiallah Hu anhu.....



Mungkin, siapa tahu?

Cuba lihat gambar di bawah.....








Ada perbezaan atau persamaan tak?