Fikir...

NuffnangX

Sunday, June 16, 2013

Rambut dah pendek...???









Tanggal 28hb April, selang 7 hari selepas masuk ke usia 40.... telah berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan iaitu Majlis Kenduri Doa Selamat dan potong rambut yang panjang ini...


Dibawah ini adalah 3 gambart terakhir sebelum rambut dipotong...















Gambar yang last ni, ditepung tawar oleh Mak Long yang datang sejauh dari Johor ke Kuala Lumpur ini...


Inilah gambar PERTAMA selepas rambut dipotong... 



macam budak sekolah jer,kan?... hehehe




Maka, pepatah apa guna berambut panjang tidak boleh digunakan lagi... Hik hik hik



'Aku belajar' pada 7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013...







Assalamualaikum warohmatullah...

Lama tak berhapdet blog ni... banyak perkara berlaku pahit manis, perih sukar bahagia gembira..

Yang penting selama ini, KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI adalah sesuatu yang paling sukar didapati dari kalangan manusia sekarang ini. Belum tentu lagi in san yang kita sayang juga ikhlas hatinya kepada kita, apatah lagi mereka yang baru dikenali.

Dunia sekarang, ramai yang lebih mementingkan diri sendiri, bak kata alamarhum Nenek dulu: "Kawan gembira ada dimana-mana, kawan menangis sukar dicari..."... dan pada zaman ini bukan sahaja kawan, tetapi teman rapat mahupun kekasih hati juga bersikap begitu.

Semuanya lebih memandang kepada kebendaan, darjat dan harta benda wang ringgit. Nilai keperibadian bukanlah sesuatu lagi yang dipandang oleh setiap manusia zaman sekarang... Apatah ada lagi kepada 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI  kerana ia bukanlah lagi sesuatu yang penting pada pandangan manusia sekarang.

Terlalu ramai juga yang mengambil 'sikap tikam belakang', 'curang', 'cakap lain buat lain' dan selain mempergunakan orang lain demi kesenangan sendiri...

Namun untuk apa difikirkan semua itu kerana sesuatu itu berlaku pasti dihitung oleh ALLAH jua. Pada DIA sahaja tempat kita bergantung hati dan rezeki, jodoh dan maut, hatta rezeki setiap hari..

Mungkin ini cara ALLAH mendidik...

Apa yang berlaku BIARLAH.... seperti dalam lagu baru Faizal Tahir 'BIAR'...

BIARLAH,  semuanya telah berlalu. Dan masa depan jua hanya di dalam ketentuan ALLAH jua... Kita cuma melaku apa yang TERBAIK untuk semua...

Dan yang paling penting, KEKALKAN 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI dalam melalui perjalanan hidup ini, kerana hanya itu sahaja yang dipandang ALLAH dan tidak terhijab kita darinya...
In shaa ALLAH...

ALLAH itu Maha Kaya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013



.

BIAR...

BIAR...


Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari pejamkan mata

Biar saja air mata menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perih perih yg manis
Biar saja air mata mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini pejamkan mata

Bagai mimpi terindah lepaskan dirimu dalam ku taman kamu
Biar ku memberi cinta yang kan membawamu ke syurga

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh








Hanya ALLAH sahaja yang tahu...
.

Bahagiamu Deritaku...



Bahagiamu Deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa 
jantungku bersamamu...






.



Wednesday, May 22, 2013

"Pak ketipak ketipung... Suara gendang bertalu-talu"




.
Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak HATI BINGUNG,
Hati di dalam SIAPA yang tahu...


Kolam di dusun dek airnya penuh,
Hujan lah rintik belum berhenti.
Senjata racun tidak membunuh
Cinta yang murni  DIBAWA MATI...






.
.

Tuesday, May 21, 2013

Alhamdulillah, wassyukurillah



Ya Robbi Solli ala Nabi Muhammadin




"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu. Pasti akan damailah hatimu,kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mugkin itulah yang DIA mahu. Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa. Tapi, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri, kerana mungkin airmata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang kian tersasar dari keikhlasan kepadaNYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi, banyak pula dugaan yang datang. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa hebatnya ALLAH itu.. Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka ALLAH berfirman : " Biarkan hamba Ku itu.. kerana Aku mencintai rintih suaranya".... - Anas ibn Malik r.a.


Semoga apa pun keputusan yang kita dapat, sama ada berjaya ataupun gagal, diharap kita semua dapat menerima dengan tabah, sabar dan redha di atas segala perancangan dan ketentuan dari ALLAH SWT. Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-hamba yang taat dan bersyukur pada NYA.


"Dan ingatlah, bahawa sesungguhnya kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita bertemu dengan ALLAH SWT dalam keadaan DIA redha kepada diri kita.."
- ALLAH HU ROBBI


"Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambamu yang sentiasa BERSYUKUR dan REDHA di atas segala ujian dan ketentuan Mu.." 


Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...


Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah


Amiiin Ya Robbal Alamiiiin




"Kepada ALLAH kita berserah.." - DARI AKU untuk aku
Sahruddin Esa 
21 Mei, 2013@11 Rejab, 1434H
12.45am



Monday, May 13, 2013

Berkorban Apa Saja...


Lagu terbaik buat setiap insan yang bernama LELAKI...

-------------------------------


Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia...

Kepentingan sendiri
tidak diingini
bahgia kekasih
saja yang diharapi

Untuk mencari bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji...




.

Lembaran Terakhir buat mu...

Lama tak update blog ni akibat kesibukan semasa, namun ingatan buat yang bakal pergi untuk selama-lamanya 25hb ni... Dengarkan lagu ini just untuk mu:


Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri

Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya

Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan

Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanya bingkisan kelana







.





.

Monday, April 22, 2013

D u n i a B a r u

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum warohmatullah...

Pada tanggal 21 April, 2013... maka bermulalah satu perubahan baru menjejak usia 40'an.... Bak kata sahabat2 yang lain : "Welcome to the world of 4 series..." 


4 series? Macam kereta BMW pulak... Hehehe...
Apapun yang bakal berlaku, tetap sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup... InsyaALLAH....











Wednesday, April 17, 2013

Tika... Tika Seketika?

Assalamualaikum warohmatullah...

Lama tak update blog ni...  memang terlalu banyak peristiwa suka duka pahit manis berlaku sejak dari awal tahun 2013 ni... Takpelah, hidup perlu diteruskan. Bukan ada sesiapa yang peduli pun sekarang ni...

Ni cerita masa tengah layan filem Rock Oo karya abang Mamat Khalid, ceritanya memang lawak tapi tak lari dari cerita ceriti zaman Rock Kapak yang top pada 1980'an hingga 1990'an dulu...

 Tetiba masa di pertengahan cerita filem ni, terasa touching dengan lagu "Tika" ni... Rasa semacam jer... Tika? Tika Seketika? Memang sesetengah lagu akan memberikan satu perasaan dan rasa yang sangat dekat diri dan hati... Apa lagi, lepas habis cerita ni aku pun cari lagu ni... tak susah pun, online jer (walau sebenarnya dah kurang online sangat)...

Lagu ni memang tak kedengaran di radio pun, kenapa sebabnya tidak diketahui tapi lagu ni memang power... sangat terasaaaa...

Takpelah, saya kongsikan disini buat yang memahami...









Tika 

Cahaya didalam cermin
memukau hingga memaksa
Ku cari ke dasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasih mu tak pernah sepi
kerana terlalu hampir
ku leka hadir mu 
Sentiasa disisiku 
Merestui ambisiku

Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini
Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang

Sentiasa disisiku 
Merestui ambisiku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku

Sentiasa... disisiku 
Merestui... ambisiku
Lantas ku takkan berubah
B e r g a n j a k   d a r i   j a l a n  k u . . .

J a l a n   k u . . . 


T a n g i s a n   h a r u m    t e r t u m p a h . . . 



.