Fikir...

NuffnangX

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

KOTA LUKUT : RAHSIA TERSEMBUNYI DAN TIDAK DIKETAHUI UMUM...


Balik dari Melaka, bersama sahabat kulaan hamba iaitu tuan Pangeran Satria Nur Aduka. 
Kami terus ambil jalan lama dari Kuala Sungai Baru, terus ke Linggi. 
Kemudian terus ke Port Dickson atau PD sebelum pulang ke Kuala Lumpur semula... 
Apa nama lama Port Dickson ni ye? Memang tak best la sebab masih mengguna pakai nama penjajah sebagai nama kawasan perangainan ini...

Hmmm... di PD ni kami singgah minum sebentar di Pantai Bagan Pinang...




Atas ni gambar para pendekar dari KL bergambar dengan senjata keris masing2 di tepi pantai... Siapa lagi.. Hehehe

Rasanya kalau ramai2 beriadah di pantai PD ni sambil berbusana melayu begini kan bagus....

Pulak tu sambil naik perahu ronda2 laut sekitar sini... InsyaALLAH.... dah ada perancangan tu dalam kepala untuk masa yang akan datang.. Hehehe


Habis bergambar dan jalan2 di pantai PD ni, kami terus ke tapak bersejarah, iaitu muzium Kota Lukut...





Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu...

Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.




Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.




Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor..... 

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong2 bijih timah....



Mengikut sejarah yang tertulis di dalam muzium Kota Lukut ini...


Gambar lama Istana Kota Lukut sebelum dibakar oleh kaum pelombong cina


Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. 

Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah menyerang  istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya

Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab: 

"Kami orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"

Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh. 

Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.


Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampikan berita sedih ini. 


Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah segera berhimpun dan bersedia untuk menyerang Lukut sebagai membalas dendam atas pembunuhan seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana. 


Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut. 

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan  British Melaka  untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung...

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan selama bertahun-tahun.




HAKIKATNYA...


 Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian,

masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH  memberontak terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga sangggup membunuh  seorang anak raja Melayu iaitu Raja Bungsu!!!



AL-FATIHAH... 
buat Raja Busu dan ahli keluarganya termasuk orang-orang muslim yang terkorban...



TAK PERCAYA???


Boleh baca juga merujuk dari blog "Sejarah Melayu" ini:






SILA LAWATI muzium Kota Lukut untuk mendapatkan maklumat penuh....

Maklumatnya ada didalam muzium ini... 
Tertera didalam penerangan seperti dalam gambar di atas...








FUUUHHHH!!! 

Panjang betul ceritanya... namun itulah dia sejarah buat IKTIBAR kita semua...




Dan mengambil kesempatan ini, kami sempat berposing ibarat mengambil semula semangat para pendekar melayu pada tahun 1834 itu yang membalas dendam terhadap PENGKHIANATAN kaum pendatang yang tergamak membunuh dengan membakar anak Raja Melayu di dalam istananya sendiri...



ALHAMDULILLAH... setiap sejarah dan kejadian ada hikmahnya yang tersendiri...















Jika ada masa mana2 sahabat yang ada masa kelapangan tu, datang melawat ke Kota Lukut ini...



Banyak manafaatnya kerana disini tersimpan rahsia tamadun kerajaan melayu 
lama disini...

DATANG, JANGAN TAK DATANG 
ke KOTA LUKUT ini!!!!







Sunday, November 7, 2010

Tragedi: Bukit Kepong 23 Februari 1950 (sumber dari Kosmo! Online)

 

"Saya lihat bayi rentung"

Pengalaman mengutip cebisan tubuh yang dibakar pengganas komunis di Bukit Kepong bersama Dato’ Onn Jaafar menyebabkan ada menitis air mata sehingga kini.


PEKAN kecil ini menjadi saksi kekejaman komunis.



KETIKA kejadian awal pagi Isnin, 23 Februari 1950 itu, dia bernasib baik kerana gilirannya mengawal Rumah Pasung Bukit Kepong baru berakhir. Empat anggota baru Home Guard atau Pengawal Kampung mengambil tugas di keliling balai itu.

Antara mereka ialah anak saudaranya, Samad Yatim yang juga Auxillary Police atau Polis Bantuan. Dinihari itu mereka agak bingit mendengar bunyi mercun sempena Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Tionghua berdekatan balai itu.

Tanpa disedari, itulah hari terakhir mereka dapat menyaksikan suasana malam kerana tepat pukul 5 pagi, balai itu diserang hendap. Selepas subuh, dia tidak menyangka kawasan balai tersebut bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.


SARJAN Jamil (duduk tengah) dan anggotanya mempertahankan balai sehingga titisan darah terakhir.



Hingga kini, setiap kali melalui kawasan balai itu, saya pasti menangis macam peristiwa itu baru saja berlaku semalam,” kata Abdullah Malik, berusia 118 tahun, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Bendar tidak jauh dari Bukit Kepong, Muar, Johor.

Mengimbau insiden itu, dia ralat mengenangkan kegagalannya menyelamatkan nyawa mereka yang terkorban mempertahankan balai tersebut. Ini kerana balai itu sudah dikepung lebih 200 pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) daripada Kompeni Ke-4.

Malah, sebaik saja mengetahui serangan itu, dia bersama penduduk kampung di bawah Penghulu Ali Mustafa dan pasukan Polis Bantuan sudah bergerak ke balai berkenaan. Mereka lengkap bersenjata raifal tetapi turut diserang komunis.

Kami berlindung di sebalik pokok getah kerana ditembak pihak komunis. Penghulu lalu mengarah kami bersabar dan ketika itu, ada yang menitis air mata mendengar tangisan ahli keluarga anggota polis meminta tolong,” cerita Abdullah.



Menjelang petang, sebaik pihak komunis berundur, mereka segera ke balai itu. Api masih marak dan cuma beberapa orang terselamat. Balai polis, berek kelamin dan balai penghulu musnah dengan bau mayat terbakar menyelubungi kawasan.

Serangan mengejut itu meragut nyawa Ketua Polis Balai, Sarjan Jamil Mohd. Shah bersama 13 anggota polis, empat orang Pengawal Kampung, tiga anggota Polis Bantuan dan empat ahli keluarga termasuk seorang bayi yang dibakar hidup-hidup.

Pengganas dipercayai menggunakan 25 tin minyak bagi memusnahkan seluruh kompleks balai itu dan membakar mayat anggota polis. Ini menyebabkan kerja pembersihan memakan masa lebih seminggu kerana bahang api masih lagi panas.

Suasana bertambah sayu apabila Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar turut datang, beliau menangis melihat mayat rentung dibunuh komunis. Kami pun sedih apatah lagi menemui cebisan mayat dalam bara api di situ,” kata Abdullah.





Sementelahan, hubungan masyarakat di situ dengan pihak polis amat baik. Ramai anak anggota pasukan keselamatan itu dihantar mengaji al-Quran dengan ustaz di kampung tersebut selain bergotong-royong ketika majlis kenduri-kendara.

Menceritakan peristiwa sama ialah Hamidah Idris, 64, yang ketika itu berusia lima tahun. Dia dapat melihat sendiri penduduk mengutip beberapa anggota tubuh manusia untuk dikumpul sebelum dikebumi dalam satu liang lahad besar.

Biarpun masih kecil, insiden itu meninggalkan kesan mendalam kerana orang kampung waktu tersebut hidup ketakutan. Setiap malam, ada rumah penduduk diceroboh pengganas komunis yang menggeledah bagi mencari barang berharga.

Saya selalu cerita perkara ini kepada lima orang anak bagaimana kesusahan waktu itu. Jika kenang kembali peristiwa tersebut, saya menangis dan tidak dapat membayangkan kesakitan dirasai mereka yang terkorban di balai itu,” katanya.

TAPAK balai lama di tebing sungai kini menjadi muzium mini.



Berkongsi kisah sama ialah Md. Lazim Ujud, 71, yang pernah menjadi Pengawal Kampung pada usia 16 tahun, dua tahun selepas tragedi itu. Baginya, peristiwa berdarah tersebut membuka mata penduduk kampung mengenai kekejaman komunis. 

Meskipun pasukan keselamatan ‘kalah’ dalam pertempuran itu, moral pengganas komunis mulai jatuh dan mereka tidak lagi mendapat sokongan penduduk. Ini dapat dilihat pada majlis tahlil diadakan bersempena dengan kejadian itu setiap tahun.

Selain pihak polis, penduduk kampung beramai-ramai datang ke Masjid Bukit Kepong memperingati peristiwa itu termasuk menziarahi kubur tempat bersemadi anggota polis dan keluarga serta orang awam yang terkorban,” katanya. 

Keadaan ujarnya, menjadi lebih hiba apabila mereka membersihkan dua petak kecil iaitu kubur jenazah bayi lelaki dan seorang budak perempuan yang dicampak hidup-hidup oleh pihak komunis ke dalam api yang marak semasa peristiwa tersebut.


Balai polis menghadap sungai

Hakikatnya, walaupun hampir enam dekad tragedi itu berlalu, bagi generasi lama di Bukit Kepong, kezaliman pengganas komunis masih dirasai.

Bukit Kepong kini merupakan sebuah pekan kecil yang dihuni sekitar 1,000 orang penduduk. Ia terletak 60 kilometer dari bandar Muar. Jika anda berhasrat melancong ke sini, hanya ada dua tempat menarik wajib dikunjungi – balai polis dan masjidnya.

Ini mungkin pelik dan lucu namun dua bangunan itu sebenarnya merakamkan sejarah tidak ternilai yang pasti diingati seumur hidup. Ada yang berkata, pekan itu mulai popular sewaktu filem Bukit Kepong ditayangkan sejak tahun 1981.

JETI polis marin masih teguh berdiri.



Pekan itu, yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari simpang lebuh raya dekat Pagoh; suatu ketika cuma boleh dilalui dengan sampan. Ia terpencil dan tidak ramai tahu kewujudannya hingga sekitar 1970-an apabila jalan raya dibina.

Tetapi jangan terkejut, sebahagian besar daripada generasi yang lahir sebelum 1980 di pekan tersebut ialah pelakon tambahan dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lenga, lima kilometer dari situ.

Kini, tapak Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar ratusan pengganas komunis pada tahun 1950 telah diganti dengan bangunan baru. Ia juga menjadi muzium mini polis bagi menceritakan semula kekejaman PKM sewaktu era darurat.


Bangunan dibina dengan batu selepas serangan itu pernah beberapa kali tenggelam kerana terletak di tebing Sungai Muar. Penduduk mendakwa, cuma bumbung kelihatan apabila sungai besar yang dirujuk mereka sebagai laut itu mulai banjir.

Uniknya, menurut cerita penduduk, balai baru itu aneh. Bahagian depan menghadap ke arah sungai; satu-satunya balai polis di Malaysia dalam posisi itu. Kononnya sewaktu dibina semula, ramai penduduk bersedih, lalu ia dibangun dalam arah lawan.


Di sebelah tapak balai ada sebuah jeti kecil yang suatu ketika ialah jeti polis marin. Di situlah tercatat sejarah Konstabel Marin Abu Bakar Daud terselamat kerana menyelam dengan bernafas melalui batang keladi apabila bot polis dibakar.

Beliau antara empat anggota polis selain sembilan ahli keluarga mereka yang terselamat dalam serangan itu. Jeti tersebut menjadi penghubung utama Bukit Kepong dengan Lenga sebelum jalan raya siap dibangunkan tiga dekad lalu.

Melawat Bukit Kepong tidak lengkap jika tidak singgah di masjid jamek pekan itu yang terletak 100 meter dari tapak balai polis. Di sebelahnya ialah tanah perkuburan Islam yang menempatkan pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa itu.

Perhatian pelawat pasti tertumpu kepada dua kubur kecil yang menjadi saksi kekejaman pengganas komunis. Di situlah jenazah seorang bayi lelaki dan kanak-kanak kecil yang mati dibunuh dengan dicampak hidup-hidup ke dalam api yang sedang marak.





....

Filem Bukit Kepong (1981), filem yg paling mengesankan perasaan....Buat iktibar kita semua, jangan berulang perkara begini pada anak cucu kita di masa hadapan....Semoga Allah melindungi kita. Amin.




Sinopsis
Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara....



Anugerah
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengarah Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Jurukamera Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengadun Bunyi Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengarah Seni Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pelakon Harapan Wanita Terbaik






"Satu-satunya filem perang (Malaysia) yang tak jemu ditonton dan meninggalkan kesan yg mendalam didalam jiwa..."


Bukit Kepong (1981) Part 1



Bukit Kepong (1981) Part 2



Bukit Kepong (1981) Part 3



Bukit Kepong (1981) Part 4



Bukit Kepong (1981) Part 5



Bukit Kepong (1981) Part 6



Bukit Kepong (1981) Part 7



Bukit Kepong (1981) Part 8



Bukit Kepong (1981) Part 9



Bukit Kepong (1981) Part 10



Bukit Kepong (1981) Part 11 (Akhir)






Gambar set yg dibina, lepas tu dibakar di akhir filem...mmg real, takde CGI teknologi pada masa tersebut...



Pengarah
Jins Shamsudin

Penulis
Jins Shamsudin ... Lakonlayar
Aimi Jarr
... Skrip asal
PPP Yusoff Ariffin
... Skrip asal
PPP Ismail Johari
... Cerita & Skrip asal
Polis Di Raja Malaysia ... Cerita asal

Pelakon
Jins Shamsudin ... Sjn Jamil Md Shah
A. Rahim ... L/Kpl Jidin
Hussein Abu Hassan ... MM Osman Yusoff
Yusof Haslam ... MM Jaffar Hassan
Dali Abdullah ... MM Mohd Jaffar
Samsudin Baslah ... MM Kadir Jusoff
JA Halim ... MM/T Mohd Tap
Hisham Ihsan ... Penghulu Ali
Mohd Noor Bon ... A/P Ali Akob
Harun Ibrahim ... A/P Samad Yatim
Jamaliah Arshad ... Mariam
Edah Ahmad ... Saadiah
Suhaina Yahya ... Fatimah Manan
Ayu Rahman ... Pon
Normah Alim ... Arpah
Noraini Talib ... Fatimah Ya'aba
Norazizah Md Seh ... Jamilah
Ahmad Tarmizi Mad Zain ... Mohd Nor
Akmal Md Zain ... Hassan
Norizan Hashim ... Zainun
Azizan Mokhtar ... Abu Samah
Baby Yahya ... Zaleha
Abdul Malik Abdullah ... Pegawai Pentadbir Daerah
Mike Steward ... Mr Davis
Steven Wang ... Tuck Sai
James Ling ... Ling
Omar Suita ... Saibun
Mohd Azam Zakaria ... Aziz
Mohd Rashid Md Isa ... Said
Saadah Fadzil ... Isteri Saibun
Zamry Ahmad ... Anak Saibun
Embong Azizah ... Ibu Saibun
Low Hwee Huang ... Isteri Ah Yau
Tan Mei Ling ... Anak Ah Yau
Insp Fauzy Abu Bakar ... MM/T Ahmad Khalid
Insp Zainal Abidin Mohd ... OCPD Pagoh (J.J. Raj)
Konst Abd Ghani Mohd Yusoff ... Komunis Melayu
Konst Chong Yun Fook ... Kwan Pin
Konst Ghani Abdul Wahid ... Leman
Konst Lam Seng Lan ... Wing Chan
Konst Lee Seng Chong ... Ah Siah
Konst Looi Thye Choe ... Chin Siang
Konst Mat Saad ... MPC 60 Ibrahim Adam
Konst Md Jan Katan ... MPC 68 Awang Ali
Konst Malek Baba ... MPC 181 Basiron Adam
Konst Marsat Jidin ... Kpl Yassin
Konst Mohd Yatim ... Komunis Melayu
Konst Seah Lai Soon ... Chan Fei
Konst Sukarman Selamat ... MM Hamzah Ahmad
Konst Talib Janggi ... MM Jaffar Arshad
Konst Yahya Nordin ... Komunis Melayu
Konst/W Wong Chen Chu ... Anak Ah Siah
Kpl Abdullah Jabar ... A/P Osman Yahya
Kpl Abd Ghani Abdul ... MM Abu Md Ali
Kpl Mohd Kurdi Ismail
... MM Hassan Osman
Kpl Shukor Daud
... MPC 37 Abu Bakar Daud
Kpl Tham Chen Yao ... Ah Yau
PPP Latifi Ahmad ... MM Yusoff Rono
Sjn Ng Thin Hong ... Lee Tuan

Pekerja (crew)
A. Rahim ... Penolong Pengarah
Ahmad Tajudin ... Penolong Jururakam Audio
Azmi Mohd Nor ... Penolong Jururakam Audio
Ed Rizal ... Penolong Jurukamera
Insp Abu Bakar Long ... Penggubah Lagu
Insp Fauzy Abu Bakar ... Penasihat Teknikal
Johari Ibrahim ... Penyunting Filem
Mariam Ibrahim ... Penolong Penyunting Filem
Peter Lim ... Jururakam Audio
PPP Yusoff Ariffin ... Pengarah Penataan Seni & Pereka Set
PPP Zakaria Mohammad ... Pereka Set
PPP Latiff Ahmad ... Penasihat Teknikal
PPP Alias Arshad ... Pengarah Muzik
S. Mohan ... Jurukamera
Zulkifli Salleh ... Jururakam Audio

Penerbit
Jins Shamsudin ... Penerbit
Jins Shamsudin Productions ... Syarikat Penerbitan Filem


pelakon dan anggota polis yg terlibat dlm pembikinan filem




Nota:
Semoga kita semua mengambil iktibar dari peristiwa Bukit Kepong ini...Sejarah mungkin berulang jika kita leka dan alpa....berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri...Semoga Allah Melindungi kita. Amin