Fikir...

NuffnangX

Thursday, June 20, 2013

'SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM'

Assalamualaikum warohmatullah...


Gambar Solat para pesilat semasa Majlis Perjumpaan DSSM edisi ke 7


Mungkin ramai yang tidak faham kaitan tentang perkara 'SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM' ini, dan kaitannya Bangsa Melayu.

Silat tidak lari dari solat, dan juga Silat tidak lari dari Silaturrahim. Begitulah yang dididik dan diasuh oleh para guru-guru Silat dahulu hingga sekarang. 

Dalam Silat sendiri ada gerakan Solat, dan dalam Silat sendiri ada perkara halus menyentuh tentang hati dan diri yang dalam dikalangan kita semua dalam satu syahadah, satu kalimah tauhid. ALLAH dan RASUL.

Dalam Silat juga digalakkan berSILATurrahim juga. Dengan pantang larang, jangan bermusuh sesama sendiri yang pastinya bertujuan apabila kita memahami intipati Silat itu. Inilah pakaian kita, berkasih sayang sesama kita. 

Inilah kelakuan kita : SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM" 

Gambar semasa penutup Majlis Perjumpaan DSSM edisi ke 7



Dan sehingga kini, hanya bangsa Melayu di Rumpun Nusantara ini yang masih mengamalkan perkara Sunnah dari RASULULLAH ini, dan diterapkan dalam kehidupan sehariannya. Sesuai dengan fitrah kehidupan setiap individu Melayu yang dijadikan ALLAH Subhana Wataala.

Watak MELAYU menolak permusuhan,
Jiwa MELAYU mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara MELAYU,
SILATURAHIM yang murni,
Di mulut sama di hati.

Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.



Amiiiin Ya Robbal Alamiin.

.

No comments: