Fikir...

NuffnangX

Thursday, December 16, 2010

CROMOK LIVE CONCERT IN AUSTRALIA 1989 (Hail To The King )


Apa lagi buah tangan aku nak bagi supaya mudah kawan2 yg minat giler kat CROMOK ni senang nak acces video konsert derang (sebenarnya termasuk aku la jugak..hehehe)
Tup..tup search punya search dlm Youtube aku terjumpa konsert derang ni... Konsert di Australia dalam tahun 1989 dulu. Kira dah 21 tahun la nostalgia ni.... Perghhh!!
Korang tau apa aku rasa bila aku jumpa video ni? Naik berderau darah aku...maklumlah penangan head bangin masa zaman muda2 dulu masih dalam ingatan. Hehehe...

Hmmmm....dengan video konsert ni, dapat la jugak korang (dan ku juga...) mengubat rindu pada CROMOK dan konsert2nya. Best sioootttt!!!
Apa lagi....Joommm Layannnnnnn!!!!


CROMOK - Live in Australia




CROMOK - Misty (Live in Australia)




CROMOK - Memories (Live in Australia)






CROMOK - Obsessed (Live in Australia)






CROMOK - Prophecy (Live in Australia)






CROMOK - The Other (Live in Australia)





CROMOK - La Crosse (Live in Australia)






Amacam geng? Best tak? Aku tabik bro kat derang ni. Skill baik punya....Show mmg power gilerrr!!!

Apa-apa pun aku tabik lagi dan lagi dan lagi la kat CROMOK ni sebab derang ni pelopor arena muzik underground Malaysia hingga terkenal ke luar negara.

Diorang ni sudah menjadi sebuah LAGENDA!!! They are our LEGEND!!! Tiada band seumpama dan setanding dengannya di Malaysia!!!!
The Legendary CROMOK!!!

.


Lagi tentang CROMOK:
Klik disini - Album terbaik CROMOK-Forever In Time
Klik disini - Huzaifah Ibnu Yaman Dalam Lagu D'CROMOK


.

Wednesday, December 15, 2010

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM (Makna, Sejarah, Dalil, Fadhilat dan Peristiwa)





MAKNA/PENGERTIAN


‘Asyura berasal dari kata asyara, ertinya bilangan sepuluh. Secara istilah Puasa ‘Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada Kalendar Islam Hijriah. Hukum puasa Asyura adalah sunat; maksudnya sangat dianjurkan dan berpahala bagi yang mengerjakannya namun tidak berdosa jika tidak mengerjakannya.

DALIL & SEJARAH PUASA 'ASYURA

Hadits dari Siti Aisyah RA yang diriwayatkan Imam Bukhari:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka. (HR Bukhari)

Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi).

Maka kemudian beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya. (HR Bukhari)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah juga pernah diprotes oleh umat Islam di Madinah: “Ya Rasulullah, hari itu (’Asyura) diagungkan oleh orang Yahudi.” Maksudnya, kenapa umat Islam mengerjakan sesuatu sama seperti yang dilakukan oleh umat Yahudi? Beliau lalu bersabda: “Di tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada tanggal 9.” Setelah itu, tidak hanya disunnahkan puasa pada tanggal 10 tapi juga tanggal 9 Muharram. Sayang, sebelum datang tahun berikutnya Rasulullah telah wafat.

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan keinginan beliau untuk berpuasa pada tanggal 9 dimaksudkan agar tidak persis seperti yang dilakukan oleh umat pada masa Nabi sebelumya, yakni Yahudi dan Nashrani. (Fathul Bari 4: 245)

Sebahagian ulama memberikan nama tersendiri untuk puasa tanggal 9 Muharam ini, iaitu puasa Tasu’a, dari kata tis’a artinya bilangan sembilan. Sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa puasa tanggal sembilan ini adalah bahagian dari kesunnahan puasa asyura.

Adapun fadhilah atau keutamaan puasa asyura adalah seperti digambarkan dalam hadits dari Sahabat Abdullah bin Abbas berikut ini:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

Aku tidak pernah mendapati Rasulullah SAW menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan. (HR Muslim)

Puasa ‘Asyura disandingkan dengan puasa Ramadhan. Rasulullah SAW juga bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharam. Dan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam. (HR Muslim)

Keutamaan yang didambakan dari puasa ‘Asyura adalah dapat menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Qatadah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

Puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah agar menggugurkan dosa setahun yang lalu
. (HR Abu Daud)

Begitu besar keutamaan yang terkandung pada puasa di hari ini. Bahkan sebagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib. Namun berdasarkan hadits ‘Aisyah di atas, kalaupun puasa ini dihukumi wajib maka kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang sunnah. (A Khoirul Anam)


PERISTIWA-PERISTIWA HARI 'ASYURA

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.




Dari email..

Saturday, December 11, 2010

The Miracle of Mecca and Kaabah....SubhanAllah!!!

Dear brothers and sisters...

Can you believe when somebody tell you that the Mecca and Kaaba is shining all the time?
Shining for the past thousand of years?

There was no any other buildings in the whole world shining like Kaaba in Mecca when you look from the sky which I mean taken from the Satellite.

See the pictures below.
All these photos was manually taken from Google Earth Maps today in my laptop.
























You no need to search for the picture, just use your Google Earth Maps which provided inside the Google Search Engine.

Try it..Do it.
You found it?
Get it?
Believe it or not?

BELIEVE!!!


Praise to Allah The Almighty.







Monday, November 29, 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.


Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


.

Makna Peribadi Seseorang Berdasarkan Huruf Pertama Pada Nama



Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai
sedikit panduan.



A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa
hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan
rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.



D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.



E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya
periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya
gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.



F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka
juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.



G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.



H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.



I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga
dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.



J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.




K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya
gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.



L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip
dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.



M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan
berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan
menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri.



O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka
memilih teman.



P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam
dan boros.



Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk
kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.



R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai
dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan
sukar mengawal bicara ketika marah.





S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.



T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika
berbicara didepan orang ramai.


V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu,
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita
yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.








Wallahuaklam bissawab....

.

CENDERAHATI YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA



Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi...

1. Kehadiran
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

 

2. Mendengar
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

 

3. Diam
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang'. Adalah keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.

 

4. Kebebasan
Mencintai seseorang bukan bermaknak memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

 

5. Keindahan
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

 

6)Tanggapan Positif.

Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

 

7. Sedia Mengalah
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

 

8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??




Moral of the story: 
Hadiahkan lah cenderhati ini kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan... dan semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.


















TANDA-TANDA BADAN KITA SAKIT...


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda


1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. 
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. 
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. 
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja 
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 

2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). 
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 
iii) Bersin 
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. 
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 
  
3.BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. 
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.. 
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 
    


4.KERONGKONG 
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku 
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak
air untuk membuang toksin. 
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. 
  
5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat 
a. Sistem penghadaman yang lemah. 
b. Perut mengandungi angin. 
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi. Sepatutnya diperkuatkan
fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. 
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin. 

6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. 
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. 
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 
  
7.TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. 
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 
  
8.KULIT Berpeluh : 
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik. 
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 
  
9.RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin
yang tidak larut dalam air. 
  
10.KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit
akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 
  
11.KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 
  
12.RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 
  
13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI 
a. Sakit Sendi 
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). 
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) . 
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.. 
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki
busuk (Hong Kong Foot). 
  

 
14. TANDA-TANDA DALAMAN 
 
A. KEPALA. 
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala
mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA 
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir. 
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA 
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. 
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi
atau tekanan darah. 
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain. 
E. BISUL TERJADI DI KEPALA 
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan
penyakit migrain. 
F. RASA PENING YANG MEMUSING 
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 
  
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH 
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari
bahagian perut. 
b. MUNTAH DARAH 
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
dan 
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;
misalnya penyakit ulser. 
  
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 
  
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari
kerongkong akibat jangkitan kuman 
  
18. KENCING 
a) KERAP KENCING 
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang dalam  buah
pinggang. 
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi
kotoran berlemak. 
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses pembuangan
toksin sedang berlaku. 
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 
  
19. BUANG AIR BESAR 
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan
dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. 
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil. 
c) NAJIS BERDARAH 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di
bahagian usus sedang berlaku. 
  
20. BADAN 
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan
saluran darah. 
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. 
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. 
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan
dengan organ-organ badan. 
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.. 
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Proses penyeimbangan 
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin. 
d) BADAN TERASA RINGAN : 
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 
  
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin
lemah. 
  
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 
  
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 
  
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 
i)  Sistem jantung yang lemah. 
ii)  Sistem saraf otak yang lemah. 
iii)  Masalah pengaliran darah. 
  
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Sahabat



SAHABAT

Bukan "1"
…tapi berjuta...

Bukan untuk diguna
…tapi untuk dijaga...

Bukan untuk dimusuhi
…tapi untuk disayangi...

Bukan untuk sementara
…tapi untuk selamanya...

Bukan untuk dilupakan
…tapi untuk diingati...

Bukan untuk ditingalkan
…tapi untuk dirindui...

Bukan hanya disini
…tapi dimana-mana...

Bukan setakat ini
…tapi hingga ke hujung nyawa...

.

PESANAN Imam Ghazali


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


.

Makna politik bagi seorang kanak-kanak...

Pada Suatu hari...

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "POLITIK". Kerana belum memahaminya, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti
"POLITIK" itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan:

"Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu pula adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah."

"Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan."

"Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.

Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.


Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "POLITIK".

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :


"P O L I T I K adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".


Moral of the story:
Kepimpinan melalui Teladan... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan. Hehehe...


.

Lumut Waterfront, Selat/Sg. Dinding, Lumut, Perak

Tuesday, November 23, 2010

KISAH CINTA DARI CHINA



Kisah ini adalah kisah cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita yang lebih tua, dan bersama melarikan diri untuk hidup bersama dalam suasana penuh kedamaian dan kasih sayang selama setengah abad...

50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, telah jatuh cinta pada seorang janda berumur 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....



Seperti pada kisah Romeo dan Juliet, teman-teman dan saudara mara mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah mempunyai beberapa orang anak....

Pada waktu itu adalah suatu yang tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral apabila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua umurnya.....

Untuk menghindari tohmahan dan celaan dari masyarakat. Pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal didalam sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.



Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa, tanpa apa-apa kemudahan asas atau pun bekalan makanan. Mereka hanya memakan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang mereka temukan di gunung itu.
Untuk menerangi kegelapan malam, Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk kegunan mereka...



Xu selalu merasa bahawa dia telah menyusahkan hidup Liu dan dia selalu bertanya berulang-kali: "Apakah awak menyesal?" Dan Liu menjawab: "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik".

Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun dari lurah gunung dengan mudah dan selamat. Perkara berlaku berterusan selama 50 tahun....

Setengah abad kemudian dalam tahun 2001, sekumpulan pengembara yang melakukan explorasi ke hutan itu terkejut apabila mereka menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat oleh Liu...

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan: "Kedua orang tuaku saling kasih mengasihi, mereka hidup menyendiri dan bersama selama lebih dari 50 tahun, dan tak pernah sekalipun berpisah walau sehari. Selama itu jugalah ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walau pun dia tidak selalu turun dari gunung."



Pada suatu hari, Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika baru pulang dari ladangnya. Isterinya, Xu duduk dan berdoa untuk kesihatan suaminya.
Dia tetap bersama suaminya Liu sehinggalah suaminya Liu... Mati dalam pelukannya!
Kerana sangat mencintai isterinya, Liu tetap menggenggam erat tangan isterinya, Liu walau telah menghembuskan nafas yg terakhir.

Akhirnya...
Lelaki China tersebut yang berusia 70 tahun dan telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya sendiri untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu, meninggal dunia di dalam gua yang selama 50 tahun menjadi tempat mereka...



"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluikun, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?"
Selama beberapa hari Xu terus menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti mayat suaminya dengan linangan air mata yang membasahi pipinya...

Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.

Pihak pemerintah China telah memutuskan untuk melestarikan kisah "Anak Tangga Cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat diabadikan.

Setelah membaca kisah ini, anda pasti ingin bagaimana rupanya bentuk 6000 anak tangga tersebut? Lihat pada gambar dibawah.....


INILAH TANDA KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI KEPADA ISTERINYA...

ALANGKAH INDAH DAN BAHAGIANYA KASIH SAYANG MEREKA WALAU MEREKA HIDUP DALAM KESUSAHAN.....

CINTA PADA MEREKA BUKAN PADA MATERIAL SEMATA-MATA, TETAPI DINILAI PADA KETULUSAN DAN KEIKHLASAN HATI ANTARA SATU SAMA LAIN...



Moral of the story:
Patut jadikan ia satu contoh terbaik dalam kehidupan.
I'm speechless..... How bout you???...



.