Fikir...

NuffnangX

Sunday, June 16, 2013

Gambar Kenangan berambut panjang dulu...



Kenangan oh Kenangan...

Ini semua gambar kenangan semasa berambut panjang dulu.... 

Rasa syahdu pulak... waaaaaaa






Ni gambar paling menarik semasa di jalan-jalan berbudaya ke  Melaka...





Ni gambar di pantai Bagan, Port Dickson...














Mungkinkah aku akan kembali berambut panjang semula?

Hanya masa yang akan menentukan segalanya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013










Rambut dah pendek...???









Tanggal 28hb April, selang 7 hari selepas masuk ke usia 40.... telah berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan iaitu Majlis Kenduri Doa Selamat dan potong rambut yang panjang ini...


Dibawah ini adalah 3 gambart terakhir sebelum rambut dipotong...















Gambar yang last ni, ditepung tawar oleh Mak Long yang datang sejauh dari Johor ke Kuala Lumpur ini...


Inilah gambar PERTAMA selepas rambut dipotong... 



macam budak sekolah jer,kan?... hehehe




Maka, pepatah apa guna berambut panjang tidak boleh digunakan lagi... Hik hik hik



'Aku belajar' pada 7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013...







Assalamualaikum warohmatullah...

Lama tak berhapdet blog ni... banyak perkara berlaku pahit manis, perih sukar bahagia gembira..

Yang penting selama ini, KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI adalah sesuatu yang paling sukar didapati dari kalangan manusia sekarang ini. Belum tentu lagi in san yang kita sayang juga ikhlas hatinya kepada kita, apatah lagi mereka yang baru dikenali.

Dunia sekarang, ramai yang lebih mementingkan diri sendiri, bak kata alamarhum Nenek dulu: "Kawan gembira ada dimana-mana, kawan menangis sukar dicari..."... dan pada zaman ini bukan sahaja kawan, tetapi teman rapat mahupun kekasih hati juga bersikap begitu.

Semuanya lebih memandang kepada kebendaan, darjat dan harta benda wang ringgit. Nilai keperibadian bukanlah sesuatu lagi yang dipandang oleh setiap manusia zaman sekarang... Apatah ada lagi kepada 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI  kerana ia bukanlah lagi sesuatu yang penting pada pandangan manusia sekarang.

Terlalu ramai juga yang mengambil 'sikap tikam belakang', 'curang', 'cakap lain buat lain' dan selain mempergunakan orang lain demi kesenangan sendiri...

Namun untuk apa difikirkan semua itu kerana sesuatu itu berlaku pasti dihitung oleh ALLAH jua. Pada DIA sahaja tempat kita bergantung hati dan rezeki, jodoh dan maut, hatta rezeki setiap hari..

Mungkin ini cara ALLAH mendidik...

Apa yang berlaku BIARLAH.... seperti dalam lagu baru Faizal Tahir 'BIAR'...

BIARLAH,  semuanya telah berlalu. Dan masa depan jua hanya di dalam ketentuan ALLAH jua... Kita cuma melaku apa yang TERBAIK untuk semua...

Dan yang paling penting, KEKALKAN 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI dalam melalui perjalanan hidup ini, kerana hanya itu sahaja yang dipandang ALLAH dan tidak terhijab kita darinya...
In shaa ALLAH...

ALLAH itu Maha Kaya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013



.

BIAR...

BIAR...


Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari pejamkan mata

Biar saja air mata menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perih perih yg manis
Biar saja air mata mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri jangan dibiar mati
Bawa ke mari hati ke sini pejamkan mata

Bagai mimpi terindah lepaskan dirimu dalam ku taman kamu
Biar ku memberi cinta yang kan membawamu ke syurga

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh








Hanya ALLAH sahaja yang tahu...
.

Bahagiamu Deritaku...



Bahagiamu Deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa 
jantungku bersamamu...






.