Fikir...

NuffnangX

Thursday, July 19, 2012

Sama tapi tak serupa?



Pelik benar rasanya apabila ada sahabat memberitahu rupa sya seiras wajah Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki, apabila saya memosting pesanan Sheikh Nuruddin bertajuk "Indah ilmu kerana AKHLAK sang penuntut ilmu..". Ini adalah pesanan beliau kepada para penuntut ilmu dan anak2 muridnya....





Antara nasihat Syeikh Nuruddin Al-Banjari kepada penuntut ilmu :

1. Jangan terpesona dengan gelaran PhD atau MA dan sebagainya. Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

2.Terlalu murah nilaian ilmu jika digunakan hanya untuk gaji yang lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit ilmu ditinggal.

3.Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam menguasai tanah umat Islam disebabkan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

4.Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Tututlah ilmu dengan niat yang ikhlas pasti akan membawa kepada keberkatan hidup.

5.Berakhlaklah dengan guru yang mengajarkan ilmu kepada kita. Mohonlah restu guru, dekati dan dampingilah mereka kerana ia merupakan kunci dan rahsia kejayaan seorang pelajar.

6.Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti memegang ikan sahaja, dakapkanlah kitab ke dada.

7.Akhlak pelajar juga mestilah besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang dipelajari, berilmu dan beramallah, jangan sampai minat belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal dengan ilmu dan menyampaikanya.




TETAPI SECARA KEBETULANNYA....

Ada seorang sahabat menegur dan mengatakan wajah saya seiras dengan beliau dan saya sememangnya pun berdarah Banjar dari jurai sebelah ayah... Kulaan Nihiring....



Dan apabila dibuat perbandingan, inilah hasilnya...

Apa pandangan sahabat2...???

Adakah kami dari jurai leluhur yang sama???

Keluarga asal adalah dari daerah Pelajau Ilir, Hulu Sungai Tengah, Banjarmasin... dan disitu jugalah tempat Datu Palampayan atau nama sebenar beliau Sheikh Muhammad Arsyad AlBanjari iaitu ulama' tersohor nusantara dan berdarah susur galur sehingga ke Saidina Ali Radiallah Hu anhu.....



Mungkin, siapa tahu?

Cuba lihat gambar di bawah.....








Ada perbezaan atau persamaan tak?