Fikir...

NuffnangX

Saturday, October 23, 2010

Semoga berjaya..




Ingat mengingati....buat diriku dan dirimu.


"...anggaplah kamu ada satu hari untuk hidup dan bersedialah untuk hari akhirat....janganlah terlalu gembira dgn apa yg ada...ingatlah kebahagiaan didunia ini hanyalah sementara sahaja..."




Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

 

... beliau ibarat matahari yang tidak pernah terbenam ...

"...Allah Allah Allah Allah... Allah.. Allah Allah Allah.. Allah..."




PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

PART 8

PART 9

PART 10

PART 11


P/s:
Semoga kita diberi kurniaan Allah Ta'ala hati yang suci untuk memahami perjalanan kerohanian para kekasihNya...


Cari...kenal...diri ini.


"...Paku dalam paku, paku dari seberang. Cari aku dalam aku, aku sembunyi dalam terang..."

"...kenallah diri sendiri, baru jumpa diri tajali. Binasa diri, tak semestinya kau mati... Tutup mata nyata, bukalah mata hati...carilah ilmu penyuluh diri..."




Antara kita, kebahagiaan dan Pemilik Kebahagiaan itu....



Jika kita meletakkan kebahagiaan tu pada manusia, maka akan pudarlah kebahagiaan yang kita impikan seiring dengan seringnya hati manusia itu berubah
Letaklah kebahagiaan itu pada DIA (Pemilik Kebahagiaan). Bagaimana mungkin DIA mencampakkan kekecewaan itu ke dalam hati kita andai kita niatkan untuk mencari redhaNya...



Cara effektif packing baju ke dalam beg...

Rasanya ramai yg mengeluh beg tak cukup besar bila nak packing baju....Kini ada kaedah dan cara terbaik dan mudah. Dengan cara yang betul, mampu menjimatkan ruang dan mudah, video ini pasti akan memberikan anda idea bagaimana untuk ‘packing’ baju dengan cara yang paling cepat, mudah dan effisien.




Semoga dapat membantu...

Perbezaan antara Minat, Suka, Sayang dan Cinta




Minat
Apa sesuatu ada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap, dan botak. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita....

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.


Sekadar bacaan (2)...



Rasanya tajuk ini agak menarik jadi dari En. Adam....mari kita kongsikan di sini...


Tanda1
Apabila anda cuba untuk menghubunginya melalui kemudahan SMS atau telefon, si Dia akan mengambil masa yang amat panjang untuk membuat balasan atau menjawab panggilan anda. Sekiranya dia membalas, anda pasti akan terasa hampa atau marah dengan jawapannya yang ringkas dan sedikit pun tidak menyakinkan anda seperti “Ok” atau sekadar “K” kepada soalan anda. Rasionalnya, dia mungkin benar-benar sibuk atau cuba untuk mengalihkan tumpuan anda kepadanya. Walau sesibuk mana, apakah perlu menunjukkan bahawa diri anda terlalu sibuk sehingga timbul syak wasangka bahawa anda sebenarnya buat-buat sibuk?

Tanda 2
Lebih teruk daripada lambat membuat sahutan atau membalas SMS anda, si Dia kadang-kadang cuba melarikan diri dengan langsung tidak membenarkan anda untuk berhubung dengannya. Mungkin dengan cara mengabaikan panggilan anda atau mematikan panggilan anda. Sekali lagi, apabila begitu kerap anda menghubunginya, dia akan menjawab dengan jawapan yang tidak meyakinkan atau memberitahu bahawa dia sedang sibuk atau bateri telefonnya lemah.

Tanda 3
Apabila tiba tarikh istimewa anda seperti ulangtahun anda sebagai pasangan kekasih, si Dia langsung tidak mengingatinya. Dan bila anda membuat ucapan penghargaan kepadanya, dia tersentak dan memberi alasan yang bukan-bukan seperti “Saya tidak lupa, cuma menanti anda membuat ucapan terlebih dahulu...hmmm...romantik kan?”

Tanda4
Semasa anda cuba untuk bertentang mata dengannya, dia akan cuba 100% untuk mengalihkan perhatian anda kepadanya. Seribu satu alasan dicari untuk membuatkan anda berhenti daripada memerhatikan gerak gerinya. Cara dia bercakap, cara dia bekerja juga sama sekali berbeza dengan cara sepertimana mula-mula anda kenal dia dahulu.

Tanda 5
Sebelum ini, setiap apa perlakuan anda akan dibalas dengan kata-kata manis, kini tidak lagi kata-kata: “Awak pandai”, “Awak comel”, “Awak hebat”, ataupun “Terima kasih, sayang” selepas anda melakukan sesuatu. Rasanya seperti dia tidak lagi menghargai perlakuan anda kepadanya.


Cukup 5? 
Sebenarnya tanda bosan terhadap akan jelas kelihatan apabila “Dia tidak seperti dulu” atau “Dia telah berubah”. Jika anda sedar bahawa perubahannya membawa kepada keresahan dalam diri anda, maka sedarlah bahawa dia telah bosan dengan anda. Jadi, cuba untuk berbincang tentang hal ini. Jelaskan bahawa anda terasa seperti ditinggalkan dan berilah peluang kepadanya untuk berubah. Selepas diberi peluang dan masih tidak ada perubahan, maka — tamatkan. Jangan seksa diri anda dengan pagar besi ciptaan anda sendiri. Usah berikan hati pada siapa yang tidak pandai menghargainya....


P/S: Terima kasih En. Adam... 





Sekadar bacaan (1)...

10 tanda- tanda awal kekasih anda curang terhadap anda!".......

Rasanya ramai yg tercari2  dan ingin tahu, apakah tanda2 kasih sayang mula berubah dari si dia kepada anda.... Apa yg dibentangkan dibawah ini adalah sebahagiannya sahaja....mungkin ianya boleh menjadi benar atau pun salah..... Hanya yg "merasainya" dan "melaluinya" akan faham situasi begini:


1. Layanan dingin 
Perubahan suara dari lembut berubah kepada kasar. Enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'...

2. Pemarah/ Mencari Salah 
kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian mengelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?

3. Alasan tak logik 
enggan luangkan masa dgn anda tetapi sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda...

4. Berahsia 
Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat handphone, bag atau barangan peribadinya yang lain...lebih banyak berdiam diri drpd bercerita atau bersembang...pelbagai alamat email, sering memadam caller ID...

5. Panggilan misteri 
Perbualan telefon dgn si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, agak berbisik dan singkat jawapannya...

6. Penampilan berubah 
Lain tingkah-lakunya, adakala semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu...
 
7. Masalah duit 
Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa...
 
8. Kemesraan hilang 
Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu apatah lagi memberi belaian seperti sentuhan ataupun kata2 sayang...

9. Teman2 lari  
Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung...
 
10. Naluri 
Mungkin anda akan tiba2 mengesyaki sesuatu yg tidak kena tetapi tiada bukti atau petanda sahih! Seterusnya perhubungan semakin lama semakin renggang jadinya... 



* P/s: Cuma sekadar peringatan buat kita semua (yg sedang bercinta ataupun sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan....) ....Kasihan kepada sesiapa juga yg sedang melaluinya dan merasa sakitnya...huhuh