Aku nak kongsi ngn korang camana aku boleh sampai jugak ke Batam walaupun berlaku hanky panky sehari sebelum dan semasa hari aku akan berlepas ke sana... Ngeri, sengal, takut semua ada...hehehe
Tanggal 10.11.2010...
Hari ni , aku bakal bertolak ke Pulau Batam, Indonesia dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah (LTSAS), Subang, menaiki penerbangan Firefly. Bertolak pada jam 10.00 pagi dgn no. penerbangan FY4264 . Bersama yg ikut aku adalah teman sepejabat, Nadia. Seorang ahli Kimia (Chemist) pompuan, belum kawen lagik..hehehe. Kitorang gi sana bukan utk makan angin yer tapi atas urusan pejabat. Di sana kami diperlukan untuk melakukan ujian makmal kimia. Lokasi urusan di PT. Bredero Shaw, Kawasan Perindustrian Kabil. Pulau Batam....bagaimana keadaan tempat tu aku takmo pikir. Yg penting ujian tu berjaya...hehehe
Tanggal 09.11.2010...
juga adalah hari yg paling kelam kabut kerana passport antarabangsa aku sebnarnya belum siap lagi (kes passport dah expired laaa) sehari sebelum tarikh bertolak. Tu la pasal, sapa suruh update atau buat passport last minit. Dah la time aku ke pejabat imigresen masa tu org ramai giler.... (Org gila pun tak seramai ni...hehehe). Puncanya sbb dah masuk musim cuti sekolah. Begitulah maklumat yg pegawai kaunter beritahu aku.
Hmmm...nak tunggu siap passport aku. Aku terpaksa mengikut no. giliran yg ambil masa hampir 4 jam utk selesai. Adussssss!!! Yg aku hangin...dekat2 opis imigresen ditutup baru nama dipanggil. Itupun diberitahu bahawa esok pagi baru passport aku siap dan boleh dikutip!!! Adusssss lagi!!! Aku Bayangkan, siapa nak menampung kos kerugian syarikat jika aku terlepas penerbangan ke sana disebabkan passport tak siap? Huh!!! Risau betul kepala otak aku ni...
Moral of the story:
1. Pastikan survey dulu tarikh, masa dan keadaan sekeliling supaya kita tak sangkut apabila beurusan di pejabat kerajaan...terutama masa musim cuti atau perayaan
2. Jangan buat kerja last minit
3. Jangan ambil mudah jika urusan itu membabitkan pihak luar dan kerajaan
Tanggal 10.11.2010...
bangun pagi hari ni jam 6.05 pagi. Lepas mandi, bersiap dan solat subuh. Aku kena menunggu abah pulak bersiap, sbb abahlah yg akan menghantar aku ke airport nanti (Tapi aku yg drive keta). Jam 7.30 pagi baru mula bertolak.. Sasaran pertama ialah pejabat Imigresen Shah Alam terletak di Plaza PKNS Shah Alam sebab kena collect passport. Agak2 korang la, dari Jalan Kuchai Lama ke Shah Alam ambil masa berapa minit? Mesti dlm anggaran 45 minit, kan? Punyalah risau aku ni sbb pepagi kan trafik sesak.
Hmmmm.....pikir punya pikir. Aku ambil keputusan guna laluan Hi-way KESAS. Keluar dari OUG terus masuk KESAS arah ke Shah Alam. Alhamdulillah, keta masih belum banyak dan sesak lagi.
Hmmm....masa kat KESAS aku apalagi, masuk jer hi-way aku terus pecut. Purata kadar pecutan pagi ni ialah 140km/j. Dalam hati punyalah berdoa takmo terserempak dgn Polis trafik apatah lagi Polis yg pakai Mitsubishi Evo10 tu (bukan pasal takut mati pun!!...huhuhu)... Apapun, aku tetap speeding arrr sambil nyanyi lagu "Kuda ku lari gagah berani....."..Hahaha
Dari KESAS, kami keluar di Hi-way LKSA (Laksa? hahahaa...org area Shah Alam mmg sebut nama hi-way ni gini). Abah pulak bising tp bukan pasal aku drive laju2 tp pasal permukaan hi-way ni bergelombang, permukaan jalan tak rata. "Apa la Hi-way ni, jalan baru tapi tak rata....teruk betul pemaju konsesi Hi-way ni!!!"...aku cuma senyum jer sbb tak kuasa nak pikir. Yg aku fokus adalah drive dgn selamat dan dgn selamatnya dapat collect passport aku.
Sampai di Plaza PKNS Shah Alam, aku parking haram la sekejap. Parking tak masuk line ngn pastinya x payah bayar duit parking. Masuk dlm bangunan, aku boleh tersilap tingkat pulak!!!! Adusssss!!!! jam masa ni dah menunjukkan pukul 8.05 pagi. Tanya punya tanya, akhirnya alhamdulillah.... Jumpa jugak aku ngn pejabat imigresen ni. "Ambil masa lama pulak kot kat sini? Hati aku berkata. Aku kena tunggu lebih kurang 15 minit dan jam di tangan dah 8.30....hmmmm....aku apa lagi. Bgtahu kat pegawai penyerahan siap dengan tunjuk tiket flight minta jasa baik dia bagi priority kat aku dulu sbb flight aku jam 10.00 pagi untuk berlepas. Alhamdulillah, tak lama lepas aku rayu pegawai tu, dapat jugak passport aku dulu walaupun sebenarnya aku dlm queue. Hikhikhik...Tima kacih..tima kacih... encik imigresen.
Bila balik ke keta aku, jam dah dekat 8.45 pagi...huhuhu. Ada lagi kurang 1jam 15 minit kapal terbang bertolak. Hmmmm....camana ya? Federal Hi-way dari Shah Alam ke Airport Subang tu sure jem punya....aku tawakal....
Start jer keta....aku pun speeding laaa lagik. Alhamdulillah, trafik lancar kecuali dah dekat area airport. Jalan jem...adussssss. Hmmmm....masa ni mmg kena kreativiti sikit....korang faham2 jerlah!! Hehehe....cilok sana....cilok sini....hikhikhik
Sampai airport, jam menunjukkan pukul 9.05 pagi. Hehehe...Ganas juga aku driving ni yer...Nasib baik abah aku sporting....dia tak bising pun masa aku speeding dari rumah, ambil passport hingga sampai ke airport.....apapun....TERIMA KASIH, ABAH!!!! TERIMA KASIH KERANA SUDI MENENGOK ANAK LELAKI ABAH NI DRIVE KETA DGN PENUH 'BERHEMAT'.... hikhikhik
Moral of the story:
1. Jangan langgar undang2 trafik, nnt kena saman susah. Sekarang kadar bayaran saman speeding mahal woo!!
2. Berhati2 di jalan raya, ingatlah Duyung yg tersayang....
3. Jangan berlagak, minta tolong jika rasa dalam kesusahan
4. Jangan malu bertanya...kalau malu sesat jalan
5. Tawakal mau kuat....hehehe
6. Jangan menyusahkan orang tua kerana kekalutan kita....hehehe
End of Part 1.
.