Fikir...

NuffnangX

Saturday, November 20, 2010

Dimanakah keadilan? Keadilan?

 
Kalau baca tajuk diatas macam biasa kita dengar, kan? Ye laaaa....itukan skrip lakonan arwah Nordin Ahmad dalam filem Hang Tuah...betul tak?

Apa yang aku nak kongsikan disini sebenarnya 100% bukan pasal cerita tu... tetapi hikmah kejadian alam haiwan yg kadangkala berlaku didepan mata kita, untuk kita berfikir dan renung-renungkan...





Begini kisahnya...
 


Pada suatu hari...


 
Di suatu petang yg nyaman....sedang aku syok2...sedap2 tido. 
Terasa seperti ada sesuatu melompat atas kepala aku... Apa ni? Hmmm....
  
 
 
Kemudian, benda tu mula bergerak ke atas badan aku pulak....


 Aiksss!!! rasa macam kena patuk kat perut? 
Takkan kutu pulak kot?


 
Bila aku toleh dan buka mata.... 
Rupa-rupanya si hijau, burung tecik yg tuan aku baru beli semalam...


 
Hmmmm..... aku suruh si hijau ni gi main jauh2...
Aku takmo  kawan ngan dia... bukan best fren aku pun!!! 
Lagipun aku tengah ngantuk giler sekarang ni ....


 
Tapi dia takmo pergi jugak...patuk2 aku lagi ada laaa.... 
Provokasi betul la dia ni!!! Aku ngantuk la weeiiii....


 
Bila aku tak layan....dia naik pulak atas badan aku!!!  
 Hmmm...berat gak si hijau ni kata hati aku.....!!! 
Adooooiii....berat weeeiii... blah laaa!!! 
Aku nak tido niii!!! Jangan kaco!!!


 
Kemudian suasana jadi senyap...
Mana pulak dia ni pergi? Hmmmm...lantak laaa..... 


 
Tetiba aku terdengar dia tengah patuk sesuatu benda lain plak... 
Apa bendanya tu? 


Hmmm.... 
Rupa2nya sedang  mengerjakan handphone tuan aku....


 
Aku pun naik hangin laaa.... dah laa tadi kaco aku tido. 
Ni ko kaco handphone tuan aku pulak yerr!!!


 
Aku pun jerit kuat2 kat dia: "Woooi! rosak barang tu kang, tuan aku marah lah"
Huh!! Dia melawan plak tu... tak dengar cakap aku!!! Buat selamba jer diaaa....
Aku pun apa lagi.... aku pun luku la kepala dia sedas. Yerlaaa...kena ajar sikit si hijau ni...hehehe. Dan2 time tu tuan aku lalu plak.... Nasib tak baik!!


 
Tak pasal2 sebab aku luku sikit kepala si hijau tu, hanya kerana nak defend barang tuan aku...
Sekarang, aku dihukum tanpa dipanggil utk membela diri.....
Aku jerit:"Tuan, bukan saya yang buat tuan!!! Apa salah saya tuan!!!".
Tuan aku buat derk jer.... terus humban aku ke dalam penjara....huhuhu
 

 
 Sedihnya aku...sayu dan pilu hati aku ini...sob..sob

Aku tertanya2.....

Oh Tuhan!! Di manakah keadilan buat ku? Adilkah?...

 

Moral of the story:
 Kadang2 kerana persepsi yang salah, tanpa mengkaji dan usul periksa...kita menganiaya orang lain....
Selamat Beramal...hehehe



.


Sendiri mau ingat laaa...ngeh ngeh ngeh



Bila boss tak ada di ofis    
Bila boss panggil  
Bila kena attend meeting  

Bila boss suruh pergi training 



Bila time tea break
Bila nak dekat pukul 5.00 ptg



Bila esok hari cuti: 


Bila dapat 'assignment' baru dari boss    
Bila 'assignment' boss bagi susah nak buat 


Bila mustahil untuk siapkan 'assignment' boss



OT untuk 2 jam
OT untuk satu malam
Boss suruh buat OT waktu weekend  
Bila dah terbuat silap    


Bila berjaya 'perform' sikit jer  
Bila gagal, kecewa rasa nak mati  
Bila org finance lambat bayar claim staff      




Bila dpt tau takder BONUS tahun nih!!!:  





Moral of the story:
Yang mana satukah character kita, adakah sikap kita begini sewaktu bekerja? ... Hehehe....no komen.




..

Huzaifah Ibnu Yaman...dalam lagu D'Cromok?



Pastinya ramai yang terkejut apabila mendengar suatu nama yang gemilang di zaman Rasulullah dahulu dinyanyikan dalam bentuk irama Thrash heavy metal oleh kumpulan D'Cromok....adakah ini satu bentuk penghinaan kepada sahabat nabi?

Walau apapun tafsiran anda...

Pasti ada sesuatu yg menarik tentang beliau kerana pastinya tidak ramai yg mengenali siapa sebenarnya sahabat Rasullulah ini...



Huzaifah Ibnu Yaman
Waahidun min asha bu nabi


Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi


Huzaifah Ibnu Yaman
Wakaana sodiqun nabi


Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi





Huzaifah ibnu Yaman (Penyimpan Rahsia Nabi)
Mengapa beliau digelar "Penyimpan Rahsia Nabi"? ..

Lagi tentang CROMOK:
Klik disini - Album terbaik CROMOK-Forever In Time
LIAKlik disini - CROMOK LIVE CONCERT in AUSTRALIA










Siapakah Huzaifah Ibnu Yaman RA?



Dalam menelusuri sejarah Al-Quran kita menemui banyak nama para sahabat yang terlibat dengan usaha mengumpul dan menulisnya. Antara nama yang terkenal dan sering disebutkan ialah Zaid bin Thabit. Beliau merupakan tokoh yang dilantik oleh Saidina Uthman untuk menyusun al-Quran. Selain Zaid ada tiga tokoh lain yang terlibat dengan usaha besar tersebut iaitu Abdullah Ibnu Zubair, Said Ibnu Al-As, Abdul Rahman Ibnu Al-Harith. Namun ada satu nama yang mungkin kurang dikenali tetapi turut memainkan peranan dalam penghasilan al-Quran. Tokoh tersebut ialah Huzaifah al-Yaman. Apakah peranan Huzaifah dalam sejarah al-Quran?

Huzaifah merupakan tokoh di zaman Saidina Uthman yang pernah berada di Azerbaijan dan Armenia. Di sana beliau melihat pertengkaran berlaku di antara penduduk berasal dari Iraq dan Syam mengenai bacaan al-Quran. (Pertengkaran timbul kerana al-Quran pada ketika itu dalam bentuk berbagai mushaf dengan qiraat yang berbeza). Huzaifah menemui Saidina Uthman dan melapurkan kebimbangan beliau mengenai apa yang dilihatnya. Mendengar keresahan Huzaifah tentang hal tersebut membuatkan Saidina Uthman mengambil keputusan memerintahkan Zaid menyusun semula al-Quran. Dari usaha tersebut lahirlah al-Quran yang kita kenali sebagai Rasm Uthmani.







Kisah Penuh Huzaifah Ibnu Yaman

Sahabat tokoh penaklukan ini banyak memegang rahsia-rahsia Nabi. Khalifah Umar bin Khattab ra. mengangkatnya menjadi pemerinah di Madain. Pada tahun 642 M, dia berjaya mengalahkan tentera Persia dalam perang Nahawand, kemudian dia mengikuti perang penaklukan ke atas Jazirah Arab dan akhirnya meninggal di kota Madain.

“Jika engkau ingin digolongkan kepada Muhajirin, engkau memang Muhajir. Dan jika engkau ingin digolongkan kepada Anshar, engkau memang seorang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai. “

Itulah kalimat yang diucapkan Rasulullah kepada Hudzaifah Ibnu Yaman, ketika bertemu buat pertama kali di Mekah. Mengenai pilihan itu, apakah beliau tergolong dari kalangan Muhajirin atau Anshar? Pasti ada kisah tersendiri bagi Hudzaifah.

Al-Yaman, ayah Hudzaifah, adalah orang Mekah dari Bani Abbas. Kerana masalah hutang darah kepada kaumnya, dia terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Yastrib (Madinah). Di sana dia meminta perlindungan kepada Bani Abd Asyhal dan bersumpah setia pada mereka untuk menjadi keluarga dalam persukuan Bani Abd Asyhal. Dia kemudian berkahwin dengan anak perempuan suku Asyhal. Dari perkawinannya itu, lahirlah anaknya, Hudzaifah. Maka, hilanglah halangan yang menghambat Al-Yaman untuk memasuki kota Mekah. Sejak itu dia bebas pulang pergi antara Mekah dan Madinah. Meskipun demikian, dia lebih banyak tinggal dan menetap di Madinah.

Ketika Islam memancarkan cahanya ke seluruh Jazirah Arab, Al-Yaman termasuk salah seorang dari sepuluh orang Bani Abbas yang berkeinginan menemui Rasulullah dan menyatakan keislamannya. Ini semua terjadi sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Sesuai dengan garis keturunan yang berlaku di negeri Arab, yaitu garis keturunan bapak (patriach), maka Hudzaifah adalah orang Mekah yang lahir dan dibesarkan di Madinah.

Hudzaifah Ibnu Yaman lahir, dipelihara dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya yang telah memeluk agama Allah, sebagai rombongan pertama. Kerana itu, Hudzaifah telah Islam sebelum dia bertemu muka dengan Rasulullah .

Kerinduan Hudzaifah hendak bertemu dengan Rasulullah memenuhi setiap rongga hatinya. Sejak masuk Islam, dia senantiasa menunggu-nunggu berita, sentiasa bertanya tentang keperibadian dan ciri-ciri Rasulullah. Bila hal itu dijelaskan orang kepadanya, makin bertambah cinta dan kerinduannya kepada Rasulullah.

Pada suatu hari ketika beliau hendak berangkat ke Mekah, beliau menemui Rasulullah. Setelah bertemu, Hudzaifah bertanya kepada Rasulullah, “Apakah saya ini seorang Muhajir atau Anshar, ya Rasulullah?”

Jawab Rasulullah, “Jika engkau ingin disebut Muhajir engkau memang seorang muhajir dan jika engkau ingin disebut Anshar, engkau memang orang Anshar. Pilihlah mana yang engkau sukai.”

Hudzaifah menjawab, “Aku memilih Anshar, ya Rasulullah!”

Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, Hudzaifah selalu mendampingi beliau bagaikan seorang kekasih. Hudzaifah turut bersama-sama dalam setiap peperangan yang dipimpinnya, kecuali dalam Perang Badar. Mengapa dia tidak ikut dalam Perang Badar? Soal ini pernah diceritakan oleh Hudzaifah. Ia berkata, “Yang menghalangiku untuk turut berperang dalam peperangan Badar karena saat itu aku dan bapakku sedang pergi keluar Madinah. Dalam perjalanan pulang, kami ditangkap oleh kaum kafir Quraisy seraya bertanya, “Hendak ke mana kalian?”

Mereka menjawab, “Ke Madinah!”
Mereka bertanya, “Kalian hendak menemui Muhammad?”
“Kami hendak pulang ke rumah kami di Madinah,” jawab kami.
Mereka tidak bersedia membebaskan kami, kecuali dengan perjanjian bahwa kami tidak akan membantu Muhammad, dan tidak akan memerangi mereka. Sesudah itu barulah kami dibebaskannya.

Setelah bertemu dengan Rasulullah , kami menceritakan kepada beliau peristiwa tertangkapnya kami oleh kaum kafir Quraisy dan perjanjian dengan mereka. Lalu, kami bertanya kepada beliau tentang apa yang harus kami lakukan.

Rasulullah menjawab, “Batalkan perjanjian itu, dan marilah kita mohon pertolongan Allah untuk mengalahkan mereka!”

Dalam Perang Uhud, Hudzaifah ikut memerangi kaum kafir bersama dengan ayahnya, Al-Yaman. Dalam perang itu, Hudzaifah mendapat cobaan besar. Dia pulang dengan selamat, tetapi bapaknya syahid oleh pedang kaum muslimin sendiri, bukan kaum musyrikin.

Berikut kisahnya, pada hari terjadinya Perang Uhud, Rasulullah menugaskan Al-Yaman (ayah Hudzaifah) dan Tsabit bin Waqsy mengawal benteng tempat para wanita dan anak-anak, karena keduanya sudah lanjut usia. Ketika perang memuncak dan berkecamuk dengan sengit, Al-Yaman berkata kepada temannya, “Bagaimana pendapatmu, apalagi yang harus kita tunggu. Umur kita tinggal seperti lamanya kita menunggu keledai minum dengan puas. Kita mungkin saja mati hari ini atau besok. Apakah tidak lebih baik bila kita ambil pedang, lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh membantu Rasulullah. Mudah-mudahan Allah memberi kita rezeki menjadi syuhada bersama-sama dengan nabi-Nya.” Keduanya lalu mengambil pedangnya dan terjun ke medan pertempuran.

Tsabit bin Waqsy memperoleh kemuliaan di sisi Allah. Dia syahid di tangan kaum musyrikin. Tetapi, Al-Yaman menjadi sasaran pedang kaum muslimin sendiri, karena mereka tidak mengenalnya. Hudzaifah berteriak, “Itu bapakku …! Itu bapakku …!” Tetapi sayang, tidak seorang pun yang mendengar teriakannya, sehingga bapaknya jatuh tersungkur oleh pedang teman-temannya sendiri. Hudzaifah tidak berkata apa-apa, kecuali hanya berdoa kepada Allah, “Semoga Allah Taala mengampuni kalian, Dia Maha Pengasih dari yang paling pengasih.”

Rasulullah memutuskan untuk membayar tebusan darah (diyat) bapak Hudzaifah kepada anaknya, Hudzaifah. Hudzaifah berkata, “Bapakku menginginkan supaya dia mati syahid. Keinginannya itu kini telah dicapainya. Wahai Allah! Saksikanlah, sesungguhnya aku menyedekahkan diyat darah bapakku kepada kaum muslimin.”

Maka, dengan pernyataannya itu, penghargaan Rasulullah terhadap Hudzaifah bertambah tinggi dan mendalam.

Rasulullah menilai dalam pribadi Hudzaifah Ibnul Yaman terdapat tiga keistimewaan yang menonjol. Pertama, cerdas, sehingga dia dapat meloloskan diri dalam situasi yang serba sulit. Kedua, cepat tanggap, berpikir cepat, tepat dan jitu, yang dapat dilakukannya setiap diperlukan. Ketiga, cermat memegang rahasia, dan berdisplin tinggi, sehingga tidak seorang pun dapat mengorek yang dirahasiakannya.

Sudah menjadi salah satu kebijaksanaan Rasulullah, berusaha menyingkap keistimewaan para sahabatnya dan menyalurkannya sesuai dengan bakat dan kesanggupan yang terpendam dalam pribadi masing-masing mereka. Yakni, menempatkan seseorang pada tempat yang selaras.

Kesulitan terbesar yang dihadapi kaum muslimin di Madinah ialah kehadiran kaum Yahudi munafik dan sekutu mereka, yang selalu membuat isu-isu dan muslihat jahat, yang selalu dilancarkan mereka terhadap Rasulullah dan para sahabat. Untuk menghadapi kesulitan ini, Rasulullah mempercayakan suatu yang sangat rahasia kepada Hudzaifah Ibnul Yaman, dengan memberikan daftar nama orang munafik itu kepadanya. Itulah suatu rahasia yang tidak pernah bocor kepada siapa pun hingga sekarang, baik kepada para sahabat yang lain atau kepada siapa saja. Dengan mempercayakan hal yang sangat rahasia itu, Rasulullah menugaskan Hudzaifah memonitor setiap gerak-gerik dan kegiatan mereka, untuk mencegah bahaya yang mungkin dilontarkan mereka terhadap Islam dan kaum muslimin. Karena inilah, Hudzaifah Ibnul Yaman digelari oleh para sahabat dengan Shaahibu Sirri Rasulullah (Pemegang Rahasia Rasulullah).


Suatu ketika, Rasulullah memerintahkan Hudzaifah melaksanakan suatu tugas yang amat berbahaya, dan membutuhkan keterampilan luar biasa untuk mengatasinya. Karena itulah, beliau memilih orang yang cerdas, tanggap, dan berdisiplin tinggi. Peristiwa itu terjadi pada puncak peperangan Khandaq. Kaum muslimin telah lama dikepung rapat oleh musuh, sehingga mereka merasakan ujian yang berat, menahan penderitaan yang hampir tidak tertangguhkan, serta kesulitan-kesulitan yang tidak teratasi. Semakin hari situasi semakin gawat, sehingga menggoyahkan hati yang lemah. Bahkan, menjadikan sementara kaum muslimin berprasangka yang tidak wajar terhadap Allah .
Namun begitu, pada saat kaum muslimin mengalami ujian berat dan menentukan itu, kaum Quraisy dan sekutunya yang terdiri dari orang-orang musyrik tidak lebih baik keadaannya daripada yang dialami kaum muslimin. Karena murka-Nya, Allah menimpakan bencana kepada mereka dan melemahkan kekuatannya. Allah meniupkan angin topan yang amat dahsyat, sehingga menerbangkan kemah-kemah mereka, membalikkan periuk, kuali, dan belanga, memadamkan api, menyiramkan muka mereka dengan pasir dan menutup mata dan hidung mereka dengan tanah.

Pada situasi genting dalam sejarah setiap peperangan, pihak yang kalah ialah yang lebih dahulu mengeluh dan pihak yang menang ialah yang dapat bertahan menguasai diri melebihi lawannya. Dalam detik-detik seperti itu, amat diperlukan informasi secepatnya mengenai kondisi musuh, untuk menetapkan penilaian dan landasan dalam mengambil putusan melalui musyawarah.

Ketika itulah Rasulullah membutuhkan keterampilan Hudzaifah Ibnul Yaman untuk mendapatkan info-info yang tepat dan pasti. Maka, beliau memutuskan untuk mengutus Hudzaifah ke jantung pertahanan musuh, dalam kegelapan malam yang hitam pekat. Marilah kita dengarkan dia bercerita, bagaimana dia melaksanakan tugas maut tersebut.

Hudzaifah berkata, “Malam itu kami (tentara muslimin) duduk berbaris, Abu Sufyan dengan dua baris pasukannya kaum musyrikin Mekah mengepung kami sebelah atas. Orang-orang Yahudi Bani Quraizhah berada di sebelah bawah. Yang kami khawatirkan ialah serangan mereka terhadap para wanita dan anak-anak kami. Malam sangat gelap. Belum pernah kami alami gelap malam yang sepekat itu, sehingga tidak dapat melihat anak jari sendiri. Angin bertiup sangat kencang, sehingga desirannya menimbulkan suara bising yang memekakkan. Orang-orang lemah iman, dan orang-orang munafik minta izin pulang kepada Rasulullah, dengan alasan rumah mereka tidak terkunci. Padahal, sebenarnya rumah mereka terkunci.

Setiap orang yang minta izin pulang diberi izin oleh Rasulullah, tidak ada yang dilarang atau ditahan beliau. Semuanya keluar dengan sembunyi-sembunyi, sehingga kami yang tetap bertahan hanya tinggal 300 orang.

Rasulullah berdiri dan berjalan memeriksa kami satu per satu. Setelah beliau sampai di dekatku, aku sedang meringkuk kedinginan. Tidak ada yang melindungi tubuhku dari udara dingin yang menusuk-nusuk, selain sehelai sarung butut kepunyaan istriku, yang hanya dapat menutupi hingga lutut. Beliau mendekatiku yang sedang menggigil, seraya bertanya, “siapa ini!”

“Hudzaifah!” jawabku.

“Hudzaifah!” tanya Rasulullah minta kepastian. “Aku merapat ke tanah, sulit berdiri karena sangat lapar dan dingin.”

“Betul, ya Rasulullah!” jawabku.

“Ada beberapa peristiwa yang dialami musuh. Pergilah engkau ke sana dengan sembunyi-sembunyi untuk mendapatkan data-data yang pasti, dan laporkan kepadaku segera …!” kata beliau memerintah.

Aku bangun dengan ketakutan dan kedinginan yang sangat menusuk. Maka, Rasulullah berdoa, “Wahai Allah! lindungilah dia, dari hadapan, dari belakang, kanan, kiri, atas, dan dari bawah.”
Demi Allah! Sesudah Rasulullah selesai berdoa, ketakutan yang menghantui dalam dadaku dan kedinginan yang menusuk-nusuk tubuhku hilang seketika, sehingga aku merasa segar dan perkasa. Tatkala aku memalingkan diriku dari Rasulullah, beliau memanggilku dan berkata, “Hai, Hudzaifah! sekali-kali jangan melakukan tindakan yang mencurigakan mereka sampai tugasmu selesai, dan kembali kepadaku!”

Jawabku, “Saya siap, ya Rasulullah!”

Lalu, aku pergi dengan sembunyi-sembunyi dan hati-hati sekali, dalam kegelapan malam yang hitam kelam. Aku berhasil menyusup ke jantung pertahanan musuh dengan berlagak seolah-olah aku anggota pasukan mereka. Belum lama aku berada di tengah-tengah mereka, tiba-tiba terdengar Abu Sufyan memberi komando.

Ia berkata, “Hai, pasukan Quraisy! dengarkan aku berbicara kepada kamu sekalian. Aku sangat khawatir, hendaknya pembicaraanku ini jangan sampai terdengar oleh Muhammad. Karena itu, telitilah lebih dahulu setiap orang yang berada di samping kalian masing-masing!”
Mendengar ucapan Abu Sufyan, aku segera memegang tangan orang yang di sampingku seraya bertanya, “Siapa kamu?” Jawabnya, “Aku si Anu, anak si Anu!”

Sesudah dirasanya aman, Abu Sufyan melanjutkan bicaranya, “Hai, pasukan Quraisy! demi Tuhan! Sesungguhnya kita tidak dapat bertahan di sini lebih lama lagi. Hewan-hewan kendaraan kita telah banyak yang mati. Bani Quraizhah berkhianat meninggalkan kita. Angin topan menyerang kita dengan ganas seperti kalian rasakan. Karena itu, berangkatlah kalian sekarang dan tinggalkan tempat ini. Sesungguhnya aku sendiri akan berangkat.”

Selesai berkata demikian, Abu Sufyan kemudian mendekati untanya, melepaskan tali penambat, lalu dinaiki dan dipukulnya. Unta itu bangun dan Abu Sufyan langsung berangkat. Seandainya Rasulullah tidak melarangku melakukan suatu tindakan di luar perintah sebelum datang melapor kepada beliau, sungguh telah kubunuh Abu Sufyan dengan pedangku.

Aku kembali ke pos komando menemui Rasulullah. Kudapati beliau sedang salat di tikar kulit, milik salah seorang istrinya. Tatkala beliau melihatku, didekatkannya kakinya kepadaku dan diulurkannya ujung tikar menyuruhku duduk di dekatnya. Lalu, kulaporkan kepada beliau segala kejadian yang kulihat dan kudengar. Beliau sangat senang dan bersuka hati, serta mengucapkan puji dan syukur kepada Allah .
Hudzaifah Ibnul Yaman sangat cermat dan teguh memegang segala rahasia mengenai orang-orang munafik selama hidupnya, sampai kepada seorang khalifah sekalipun yang mencoba mengorek rahasia tetap ia tidak mau membocorkannya. Sampai-sampai khalifah Umar bin Khathtab r.a. ada orang muslim yang meninggal, dia bertanya, “Apakah Hudzaifah turut menyalatkan jenazah orang itu ?” Jika mereka menjawab, “Ada,” beliau turut menyalatkannya.

Suatu ketika, Khalifah Umar pernah bertanya kepada Hudzaifah dengan cerdik,”Adakah di antara pegawai-pegawaiku orang munafik?”

Jawab Hudzaifah,”Ada seorang!”

“Tolong tunjukkan kepadaku siapa?” kata Umar.

Hudzaifah menjawab, “Maaf Khalifah, saya dilarang Rasulullah mengatakannya.”

“Seandainya kautunjukkan, tentu Khalifah akan langsung memecat pegawai yang bersangkutan,” kata Hudzaifah bercerita.

Namun begitu, amat sedikit orang yang mengetahui bahawa Hudzaifah Ibnu Yaman adalah pahlawan penakluk Kota Nahawand, Dainawar, Hamadzan dan Rai. Dia membebaskan kaum muslimin kota-kota tersebut dari genggaman kekuasaan Persia yang bertuhankan berhala. Hudzaifah juga termasuk tokoh yang mempelopori keseragaman mushhaf Al Quran, kerana kitabullah itu beraneka ragam coraknya di tangan kaum muslimin. Dan Hudzaifah, hamba Allah yang sangat takut kepada Allah, dan sangat takut akan siksanya.

Ketika Hudzaifah sedang sakit kuat menjelang ajalnya tiba, beberapa orang sahabat datang mengunjunginya pada tengah malam.

Hudzaifah bertanya kepada mereka,”Pukul berapa sekarang?”

Mereka menjawab, “Sudah dekat Subuh.”

Hudzaifah berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari Subuh yang menyebabkan aku masuk neraka.”

Ia bertanya kembali, “Adakah tuan-tuan membawa kafan?”

Mereka menjawab, “Ada.”
Hudzaifah berkata, “Tidak perlu kafan yang mahal. Jika diriku baik dalam penilaian Allah, Dia akan menggantinya untukku dengan kafan yang lebih baik. Dan, jika aku tidak baik dalam pandangan Allah, Dia akan menanggalkan kafan itu dari tubuhku.” Sesudah itu dia berdoa kepada Allah, “Wahai Allah! sesungguhnya Engkau tahu, aku lebih suka fakir daripada kaya, aku lebih suka sederhana daripada mewah, aku lebih suka mati daripada hidup.”

Sesudah berdoa rohnya berangkat. Seorang kekasih Allah kembali kepada Allah dalam kerinduan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya. Wallahu a’lam bish-shawab.



Huzaifah bin Yamman (wafat 36 H/656 M)




Dari petikan : ahlulhadist
Sumber: Shuwar min Hayaatis Shahabah, karya Doktor ‘Abdurrahman Ra’fat Basya




..