Fikir...

NuffnangX

Monday, November 8, 2010

Opick - Mendambamu


Lagu Buat Mu, Ya Rasulullah....Betapa Aku Merindukan Mu. Mendambakan Syafaat Dan Kasih Sayang Mu....


Berlalu sang waktu
berabad sudah aku jauh darimu
dalam hitam legam jaman di wajahku


Mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku..

Muhammad Ya Rasullullah





Ya Nabi... Ya Habibi
semoga Allah selalu merahmati Mu
dengan cinta kasih dan keselamatan umatmu...



Di wajahmu... di langkahmu... Di setiap hela nafas yang terpancar teranglah cahaya... gelapnya jiwa

 




Allahumma shali wassalim alla Muhammad... Ya  Rasullullah
Allahumma shali wassalim wabarik allaihi



Muhammad karenamu...

Tersingkaplah jalan cinta hamba kepadamu
terang hati dengan cahaya di jalanmu

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
hadirlah gelap kan sirna


Ya Nabi... Ya Habibi... Ya Muhammad



......

Tiada kasih Semulia Mu, Ya Rasulullah....Ya Muhammad...












.... Syukur Pada Mu Ya Allah.....




..

Soalan Biasa Dari Non Muslim: Kenapa Nabi S.A.W kahwin dengan A'ishah r.a di usia muda?


Mungkin ramai orang non-muslim, hatta yang muslim juga ragu-ragu kenapa:
Rasulullah S.A.W kahwin dengan A'isha di usianya sangat muda iaitu 6 tahun dan menggaulinya pada usia 9 tahun?



Berikut merupakan jawapan dari Al-fadhil Ustaz Abu Umair.


1. Sabit dalam hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun dan mereka mula bersama ketika Aisyah berumur 9 tahun.


2. Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Katsir, "Hadis 'baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun' tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain". (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).


3. Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.


Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya,  
"Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". 
(Sunan Tirmizi 3/417).




Kata Imam Syafie:
 "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91).

Kata Imam Syafie lagi:
"Aku menjumpai di San'aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun". Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun". (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).
 
Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri adalah ketika mencapai usia 9 tahun...



4. Antara yang menunjukkan kebiasaan Arab pada zaman tersebut wanita berkahwin dalam usia yang begitu muda, ialah tidak dinukilkan oleh sejarawan bahawa musuh-musuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mentohmah baginda dengan kes perkahwinannya dengan Aisyah.

Jika sekiranya ia suatu yang mengaibkan, nescaya pasti dinukilkan tohmahan-tohmahan daripada musuh-musuh sekelilingnya dari kalangan musyrikin dan munafiqin.


5. Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.

Di dalam Sahih Bukhari:

أريتك في المنام مرتين أى أنك في سرقة من حرير ويقال هذا امرأتك فاكشف عنها فإذا هي أنت فأقول إن يكن هذا من عند الله يمضه

Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada Aisyah, 
"Aku melihat engkau di dalam mimpi sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku: Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu ialah engkau. Lalu aku berkata: Jika ia adalah daripada Allah, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no: 3682).
 


6. Antara hikmah perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.


7. Tohmahan musuh-musuh Islam, bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang muda semata-mata kerana nafsu adalah tertolak. Lihatlah kesemua isteri-isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selain Aisyah. Kesemua mereka adalah janda, kecuali Aisyah. Malahan ada yang menjadi isteri baginda ketika sudah berusia seperti Saudah.


 
Sebenarnya, musuh-musuh Islam sudah ketandusan idea untuk menolak kehebatan dan kebenaran agama Islam ini. Sehingga akhirnya mereka terpaksa membuat tohmahan berbentuk keduniaan pula.


Wallahu A'lam.



Nota: 
Semoga dengan jawapan dari Ustaz Abu Umair ini dapat menambahkan ilmu dan keyakinan kita serta dapat idea untuk menjawab persoalan yang datang dari rakan non-muslim kita, inshaAllah.




....