Fikir...

NuffnangX

Tuesday, November 9, 2010

Kau Yang Sangat Ku Sayang...


Adoooiiiii...

masa tengah dok surfing baca blog tentang masyarakat Melayu di Kepulauan Sulu dan Moro...tiba2 aku terdengar satu lagu lama dlm video Youtube kat blog tu. Nama lagu tu "Ikaw in Kalasahan ku"....

Mulanya aku tak dapat nak kenal pasti apa sebenar tajuk lagu tu tapi bila aku hayati melodinya rupanya lagu ni... Lagu lama dari Indonesia, tajuk "Kau Yang Sangat Ku Sayang" dendangan Rano Karno. Bukan Bung Karno yer....Rano Karno ngn Bung Karno takde kena mengena....hehehe

Lirik lagu ni mmg simple gilerr..tapi feeling beb!!! Hikhikhik...Cuba korang baca lirik dia sambil dengar lagu tu. Sure korang poyo+lemau punyaaa...Hahahaha

Korang nak dengar lagu ni skali ngn video, klik kat Youtube ni:  


Kau yang sangat kusayang
Karena kau gadis pendiam
Anggun pribadimu
Tenang di wajahmu
Hati ini mengagumimu

Kau yang sangat kusayang
Karena kau tak pernah manja
Wajah keibuan
Tersungging senyuman
Tiada yang menandingimu


Ku mengkhayal
Bila saat nanti hidup bersamamu
Hanya engkau teman dalam duka
Penghibur derita

Kepadamu akulah yang manja
Dengarkanlah, sayang..
Kupandang potretmu di dalam kamar
Tersenyum padaku.. 


Judul Album : Yang Sangat Kusayang
Penyanyi : Rano Karno
Tahun Produksi : 1981
Produksi : Purnama Recods
Download lagu ni disini: Yang Sangat Kusayang


Rasanya korang nak tau gak rupa penyanyi lagu ni....so ni la gambar penyanyi lagu ni - Rano Karno. Gambar masa muda remaja dulu laaa...Masa tu aku budak tecik lagi...hehehe








Ni dia Gambar terbaru Rano Karno sekarang....

Masih ganteng, kan? Hehehe





Nota Kaki:
lagu buat Puteri Duyung.....:D



..




..

Bertemu Cikgu Baharin bin Hj. Ibrahim, Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik)

Satu pertemuan yg tidak disangka-sangka!!!!

Hmmmm.....sewaktu hadir ke pejabat Koperasi Jiran Aman Malaysia atau PeJaRaM di Taman Permata, Kuala Lumpur. Aku terpandangkan seorang lelaki separuh abad duduk di kerusi sebelum aku memasuki pejabat. Seakan-akan ada aura pada diri beliau yg membuatkan aku terus menghulurkan salam pada beliau juga pada pegawai Koperasi yg lain.  Ntah...ada sesuatu yg menarik pada diri beliau...jawab hati aku....

Dalam sembang punya sembang punya sembang, pecahlah cerita bahawa beliau adalah Cikgu Baharin bin Hj. Ibrahim dari Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik). Beliau adalah Jurulatih Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan, bekas jurulatih silat kebangsaan tahun 1996~2006 dan juga Pengadil (Wasit) Silat dan Juri Antarabangsa (Kelas Pertama). Patutlah aku rasa seperti pernah bertemu dengan beliau dahulu semasa aku aktif dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) terutama semasa terlibat dalam program anjuran Kementerian seperti Festival Silat Nusantara dan juga Kejohanan Silat Sedunia.

Walau hanya pertemuan singkat, namun aku rasakan beliau telah menyuntik satu semangat apabila beliau berkata:  
"Kita bukan sekadar ahli silat, tetapi kita seharusnya menjadi pejuang silat kerana ini adalah perjuangan..."







08.11.2010, 4.15pm - Satu pertemuan yang tidak diduga....syukur ke hadrat Allah


Wajah dari jarak dekat Cikgu Baharin, dari Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik). Wajah tampak bertenaga dan gagah. Beginilah rupa seorang insan yg berjuang memartabatkan seni persilatan melayu di bumi bertuah ini...


Tahniah kepada beliau kerana baru dilantik sebagai Ketua Biro Pembangunan Dan Aktiviti, Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA)









....