Fikir...

NuffnangX

Monday, July 8, 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK 1434 HIJRAH dan kisah kiasan, sifat dan sikap seekor NYAMUK.



Sungguh HEBAT NAFSU seekor NYAMUK, 

Bukan nyamuk namanya kalau dia dapat mengendalikan nafsunya. Selama masih ada tenaganya, ia akan terus menghisap, maka darah mangsanya akan mengalir terus ke perutnya sehingga bengkak. 




Begitu BESAR NAFSUNYA sampai tidak sedar bahawa badannya sudah bertukar bengkak menjadi bola yang berisi darah sehingga ia tidak mampu lagi menerbangkan tubuhnya, tetapi TETAP tidak ia pedulikan. 

Akibat dari perangai BURUKNYA itu, perutnya akan meletup kerana terlalu banyak makan, atau nyamuk itu akan MATI HODOH dengan perut buncit kekenyangan di tempat itu juga. 

Begitulah sebuah kisah kiasan dari alam ciptaan ALLAH ini buat pedoman kita semua agar JANGAN SESEKALI BERNAFSU 
seperti nyamuk, samada nafsu besar mahupun nafsu yang kecil..."





Dan hidup ini bukannya sekadar untuk hidup mengikut kepala, tenggorok dan perut semata-mata seperti sifat tubuh nyamuk. 

Kita sebagai insan dan manusia yang diciptakan semulianya dari ALLAH pasti SEPATUTNYA HIDUP lebih baik dari nyamuk.

 Ada perkara hikmah lebih besar dari itu semua dalam kehidupan di dunia ini.





SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK INI 1434 PADA TAHUN INI.
SEMOGA KITA SEMUA TIDAK MENJADI SEPERTI NYAMUK PADA BULAN RAMADHAN INI DAN JUGA BULAN-BULAN SELEPASNYA.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH.

SEMOGA AMAL IBADAT KITA INI DITERIMA DAN PERBUATAN AMAL KITA DIREDHAI ALLAH.










Amiiiin Ya Robbal Alamiiiin.






.


DSSM - Rakaman Program Safiyya TV9 untuk Srikandi Melayu







Pada Sabtu 06hb. Julai 2013, telah berlangsung satu rakaman persilatan khusus untuk Srikandi wanita Melayu oleh pihak TV9 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dengan sokongan kehadiran srikandi dari pelbagai perguruan.

Ini adalah gambar sekitar rakaman untuk program Safiyya TV9 :



































InsyaALLAH, 


semoga semarak kebangkitan semangat para srikandi Melayu tetap kekal di jiwa sanubari setiap wanita Melayu di Alam Melayu Nusantara ini...



Amiiin Ya Robbal Alamiiin...



.



Srikandi Alam Melayu























Assalamualaikum warohmatullah.

Apabila kita menonton filem klasik bertajuk "Tun Fatimah" seperti di atas, pasti kita mengkagumi ketokohan dan kepahlawanan srikandi wanita Melayu tersebut pada zaman kegemilangan Empayar Melaka. Namun, pada hakikat sebenarnya, ada LEBIH RAMAI lagi para srikandi wanita Melayu atau pahlawan wanita Melayu ini yang tidak dikenali ramai.


Dalam sejarah bangsa ini, kita banyak mengenal nama-nama pahlawan wanita kita seperti Cut Nya’ Dhien, Cut Mutiah, Nyi. Ageng Serang, Dewi Sartika, Nyi Ahmad Dahlan, Ny. Walandouw Maramis, Christina Martha Tiahohu, dan lainnya. Mereka berjuang di daerah, pada waktu, dan dengan cara yang berbeza. Ada yang berjuang di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Maluku, Sulu dan sebaginaya.



Ada yang berjuang pada zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Sepanyol. Ada yang berjuang pada zaman penjajahan Jepun, atau setelah kemerdekaan. Ada yang berjuang dengan mengangkat senjata, ada yang melalui pendidikan, ada yang melalui organisasi dan pelbagai cara yang lainnya. Mereka semua adalah pejuang-pejuang bangsa, pahlawan-pahlawan bangsa yang patut kita hormati dan teladani.

Namun sebenarnya, ada ramai lagi Pahlawan Wanita dan Srikandi Melayu yang jarang kita dengar nama mereka. Berjuang bersama-sama para srikanda menentang penjajahan puak penjajah salibi di Alam Nusantara ini.

Nama-nama besar para pahlawan wanita atau srikandi ini seperti:
























Cut Nyak Dhien (Acheh)


















Laksamana Keumalahayati (Acheh)






















Ratu Jaleha (Banjarmasin)





























Ratu Langkasuka (gambar dari filem)



Rasanya telah tiba masanya para srikandi ditonjolkan sebagai 'adiwira masyarakat wanita' setelah sekian lama kita mendengar nama-nama hebat pahlawan wanita Melayu seperti Tun Fatimah, Tun Teja yang pernah kita dengar.







Tun Teja







InsyaALLAH...




.