Fikir...

NuffnangX

Saturday, August 17, 2013

Kisah seorang lelaki yang punya 4 orang isteri...


Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI, namun beginilah sikap dan layanannya kepada isteri-isterinya:

Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian..

Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian..


Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang..


Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.


Mahukah kalian menemaniku di alam kubur..??


Isteri ke-4 : "Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu."


Isteri ke-2 dan ke-3 : "Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja."



Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. 

Isteri pertama menjawab :
"Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu."



Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita

Isteri ke 3 - Teman-teman kita

Isteri ke 2 - Keluarga kita

Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.


Itulah yg akan menemani kita suatu hari nanti di Alam Kematian..


























.

Selamat Hari Raya AidilFitri Minal Walfaizin 2013...



Assalamualaikum warohmatullah,


rasanya masih belum terlewat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat-sahabat, saudara mara dan rakan taulan yang mengenali.

Pasti ramai yang merindui kerana lama tidak ber'online' kerana menguruskan 'hal ehwal negara' buat sementara waktu ini. Pasti saya akan kembali selepas genap 100 har nanti... InsyaALLAH...









Apapun haluan hidup kita ini, pasti kita semua tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan sesama kita selama kita masih bernama manusia di hayat ini..

Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika ada terkasar bahasa, sikap dan kelakuan semasa kita berkomunikasi...

Ambangan Indah Lagi Berseri,
Menjadi Hiasan Di AidilFitri.
Blog Ditulis Sebagai Pengganti Diri,

Tanda Ingatan Tak Luput Di Hati.

Harimau Keramat Naga sakti,

Senjata Sentiasa Ada Di sisi.
30 Juzuk Pedoman Diri,

36 Harimau Sedia Berbakti.

7 Lapis langit 7 Lapis Bumi menjadi Saksi,

Ucapan ini sebagai Pengganti Diri,
Untuk semua Saudara Yang Diingati,
Selagi Bernyawa Hingga Ke Mati,
Salah Dan Salah Silap Dari Diri Sendiri,
Mohon Maaf Dari Hujung Rambut Hingga ke Hujung Kaki,
Jangan Di simpan Di Dalam Hati,
Semoga Perjuangan Kekal Teguh Abadi....













Salam AidilFitri..

MAAF ZAHIR DAN BATIN...


Syawal 2013








.