Fikir...

NuffnangX

Friday, November 5, 2010

Album Terbaik CROMOK - "Forever In Time"

FOREVER IN TIME
Apa yg unik tentang album ini?


Sebelum aku meneruskan topik...lebih baik aku ceritakan serba sedikit tentang latar belakang band CROMOK ni dan seterusnya pasal album yg aku suka sangat ni, sebab aku rasa ada kawan2 yg pernah dengar tentang Cromok ni tetapi tak tahu siapa mereka sebenarnya.
Last sekali nanti baru aku bagitau pasai apa aku syok giler ngn album
"Forever In Time" ni...korang bacalah pendapat aku kat bawah ni yer. Ada 4 chapter....hehehe :D





CHAPTER 1 - Kronologi
Kumpulan CROMOK merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada tahun1987. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia.




Ahlinya terdiri daripada:

Sam (Vocalist+Bassist)
Din (Vocalist+Guitarist)
Karl (Guitarist)
Miji (Drummer).




Semasa di Sydney, Australia, mereka pernah membuat persembahan di kelab The Den, Teacher's Club, Royal Hotel dan Hills Inn.Ketika album pertama mereka belum dipasarkan di Malaysia, lagu-lagu mereka dalam album demo Image Of Purity (1990) telah kerap dimainkan dalam rancangan The Metal Show dan The Witching Hours menerusi Radio 2RRR's (Australia) dan rancangan The Metal Show di Radio 2SER FM (Australia). Rencana mengenai mereka juga telah diterbitkan oleh majalah Hot Metal (Australia) keluaran Jun 1989 dan Disember 1990. Album demo Image Of Purity (1990) dilaporkan terjual sebanyak 1,000 unit di Australia (Utusan Malaysia, 6 Mac 1992).

Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu 'Metallurgical' yang menggabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu....



CROMOK kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time CROMOK dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan merupakan album METAL paling berjaya!!!

Apa yang menarik mengenai Cromok, album itu berjaya meraih kutipan platinum biarpun ia diedarkan tanpa publisiti meluas. Apatah lagi mereka juga terpaksa berdepan cabaran hebat apabila kesemua lagu dalam produksi itu diharamkan penyiaran oleh stesen radio tempatan.



CROMOK seterusnya mengeluarkan album: Yours Truly (1996)
Mean, Meaner, Meanest (1999)
Re-release Image of Purity (2000)
What's Left (2000)
Deafening Silence (2002)
Engrave in Eternity (kompilasi 2003)
Untitled (2004)
Untitled + raw (2005)
The Great : Metal Manifest (2006)



Anugerah di Malaysia:
1. Anugerah Cakera Emas, album Image Of Purity terjual melebihi 30,000 unit (1992)
2. Anugerah Cakera Emas, album Forever In Time terjual melebihi 30,000 unit (Jun 1993)

Pencapaian:
Pada 13 September 1990, wakil dari pertubuhan Australians In Metal (AIM) menghadiri forum yayasan untuk kumpulan heavy metal di Los Angeles, Amerika Syarikat. Dalam forum itu, AIM memilih pita promosi dan risalah kumpulan Cromok untuk dibentangkan dalam forum itu (Berita Harian, 28 Mei 1991).

HEBATKAN!!!


Ok, dengar cerita Cromok famous main live show di sekitar tempat diorang belajar semasa di Australia dulu....tapi bila balik Malaysia, Cromok tak berapa join dengan keadaan dunia seni metal tanahair. Dgr kata Karl , yg dia memang tak follow pun scene metal tempatan sebab diorang pernah cakap: "We only play what we like to play". Jadi secara tidak langsung bagi aku "we only hear what we only want to hear" ...

Mungkin melalui cara ini, Cromok masih mengekalkan elemen metal kemelayuan yg diadun bersama background muzik Thrash. Pada aku, kejayaan diorang dalam menghasilkan lagu2 melayu metal tu memang setanding dengan band2 metal barat. Memang ada nilai2 asli dan sebagai contoh karya agung seperti Ulik Mayang tu memang POWER!!!



CHAPTER 2 - FIT ALBUM

Baiklah....sekarang bab album CROMOK - FOREVER IN TIME ni pulak.

Dalam Album ni ada 8 Track List seperti berikut (Download):
1. Memories 05:48 -
Cromok - Forever In Time - Memories.mp3
2. Colour Of Truth 03:26 - Cromok - Forever In Time - Colour Of Truth.mp3
3. Seedling 04:08 - Cromok - Forever In Time - Seedling.mp3
4. I Don't Belong Here 06:00 - Cromok - Forever In Time - I Don't Belong Here.mp3
5. Obsessed 04:49 - Cromok - Forever In Time - Obsessed.mp3
6. Misery 05:06 - Cromok - Forever In Time - Misery.mp3
7. The Other 06:08 - Cromok - Forever In Time - The Other.mp3
8. Another You 04:33 - Cromok - Forever In Time - Another You.mp3

Total playing time 39:58
Lagu yang paling best? Hmmmm....pada aku semua lagu dia best2. Kadang tengok angin jugak laaaaaa.....kalau angin aku slow. Aku layan lagu "Another you" atau "I Don't belong here"...2 lagu yg paling slow dlm album ni. Korang takmo try dengar ker? Hehehe.....sure korang pernah dengar 2 lagu yg aku sebut tadi....hehehe



CHAPTER 3 - KENAPA BEST?

OK....sekarang korang nak tahu kan kenapa album ni aku pilih sebagai album CROMOK yang paling BEST?
Ini salah satu jawapannya..................................Man Kidal.


Man Kidal adalah tulang belakang disebalik keasyikan dan keunikan alunan petikan gitar solo album ini......kenapa ada Man Kidal pulak? Hehehe...Ini kerana Man Kidal adalah muzik undangan Cromok didalam album ini....(mungkin ada yg nak belasah aku bab ni....hehehe...takpelah :D)


Baik...Kenapa Cromok pilih Man Kidal, bukan gitarist Malaysia yg lain?
Jawapan: Di waktu ini dan sehingga kini, Man kidal adalah antara pemain gitar terbaik Malaysia (selain Hillary Ang dan Din Search).... boleh:
1. rujuk http://www.ehoza.com/v4/forum/poll-survey-research-questionaire/25196-otai-pemain-gitar-terbaik-malaysia-5.html







Satu lagi soalan yg sama tapi tak serupa......apa yg best sangat bila Man Kidal jadi guitarist undangan untuk album ni?

Ini senarai jawapannya.....

A- Faktor Man Kidal sendiri
1. Hanya beliau satu2nya senior gitaris tangan kidal di Malaysia
2. Satu penghormatan buat Man Kidal kerana dijemput oleh CROMOK sebagai pemuzik undangan dalam album ini.
3. Respect sebagai abg senior dlm muzik rock/underground Malaysia...kasi kredit sikit la kat dia. Hehehe

B- Kehebatan petikan di dalam Album Forever In Time itu sendiri
1. Hayati petikan solo dalam setiap lagu dari yg slow hingga yg brutal....kesemua petikan dan alunan hidup dan penuh dengan jiwa gitarisnya
2. Layan lagu Misery....try tengok!!!





CHAPTER 4 - FINAL

Komen aku :
Album ini aku sifatkan album Thrash Metal Melayu paling berjaya. Album ini juga lebih kepada metal kemelayuan..hehehe.....walaupun heavy namun nilai2 kemelayuan tidak sesekali dilupakan...Forever in time - is the best album from cromok... Aku rasa, sampai hari ni pun masih ada orang layan dan mencari album ini sebagai satu koleksi sejarah serta kehebatan lagu Thrash Metal Melayu!!!!...Viva Cromok!!!
Any komen korang? hehehehe...





10 comments:

Anonymous said...

HARAP BRO WAT ULASAN GAK UNTUK ALBUM IMAGE OF PURITY, YOURS TRULY NGAN DEAFENING SILENCE,,, CROMOK MMG HEBAT N TEKENAL NGAN ALBUM FOREVER IN TIME,,, TAPI SBGAI PEMINAT CROMOK BAGI AKU SMUA ALBUM DIE THE BEST,,, BRO LUPE NAK TAMBAH FAKTA YG FOREVER IN TIME NI SATU2NYA ALBUM CROMOK YG DI PASAR KE SELURUH DUNIA,,,

Sahruddin Esa said...

Terima kasih bro atas komen yg diberikan....InsyaAllah saya akan beri ulasan ttg album CROMOK yg lain... :)

Anonymous said...

anggota terawal cromok(pra cromok)

Sam,Din,Ji dan Denan...

Sam Din,Mat Puck, Miji

Sam Din,Karl dn Miji

mieunikorn said...

pembetulan.man keedal dlm forever in time hanya diundang untuk main solo guitar dlm lagu Misery sahaja.lain-lain lagu Karl yg main.

mieunikorn said...

pembetulan.man keedal main solo lagu misery sahaja.lain2 lagu karl yg main.

D'arsil said...

kalau mengikut sejarahnya cromok akan beraksi opening untuk motorhead,disebabkan din dah balik malaysia,dan juga gitaris2 lain,cromok terpaksa menolak peluang tu.. secara automatiknya ada kesilapan diatas tu,din yang balik malaysia dulu sebab dia senior hehehe...

Anonymous said...

kalau mengikut sejarah cromok,dorang perna dapat ofer opening untuk band motorhead.. disebabkan din dah balik malaysia,dan juga gitaris2 yang lain,cromok kekok nak beraksi 3 orang..dan terpaksa melepaskan peluang tu.. dengan itu secara automatiknya ayat kat atas tu ada sedikit kesilapan,din yang balik malaysia dulu sbb dia senior. kena kaji betul2 bro nak bagi info jgn main copy saja...

D'arsil said...

kalau mengikut sejarahnya cromok akan beraksi opening untuk motorhead,disebabkan din dah balik malaysia,dan juga gitaris2 lain,cromok terpaksa menolak peluang tu.. secara automatiknya ada kesilapan diatas tu,din yang balik malaysia dulu sebab dia senior hehehe...

Anonymous said...

Man Keedal main solo lagu misery time ending lagu tu...yg lain karl yg main

Unknown said...

Btol