Fikir...

NuffnangX

Thursday, June 20, 2013

'SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM'

Assalamualaikum warohmatullah...


Gambar Solat para pesilat semasa Majlis Perjumpaan DSSM edisi ke 7


Mungkin ramai yang tidak faham kaitan tentang perkara 'SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM' ini, dan kaitannya Bangsa Melayu.

Silat tidak lari dari solat, dan juga Silat tidak lari dari Silaturrahim. Begitulah yang dididik dan diasuh oleh para guru-guru Silat dahulu hingga sekarang. 

Dalam Silat sendiri ada gerakan Solat, dan dalam Silat sendiri ada perkara halus menyentuh tentang hati dan diri yang dalam dikalangan kita semua dalam satu syahadah, satu kalimah tauhid. ALLAH dan RASUL.

Dalam Silat juga digalakkan berSILATurrahim juga. Dengan pantang larang, jangan bermusuh sesama sendiri yang pastinya bertujuan apabila kita memahami intipati Silat itu. Inilah pakaian kita, berkasih sayang sesama kita. 

Inilah kelakuan kita : SILAT-SOLAT-SILATURRAHIM" 

Gambar semasa penutup Majlis Perjumpaan DSSM edisi ke 7



Dan sehingga kini, hanya bangsa Melayu di Rumpun Nusantara ini yang masih mengamalkan perkara Sunnah dari RASULULLAH ini, dan diterapkan dalam kehidupan sehariannya. Sesuai dengan fitrah kehidupan setiap individu Melayu yang dijadikan ALLAH Subhana Wataala.

Watak MELAYU menolak permusuhan,
Jiwa MELAYU mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara MELAYU,
SILATURAHIM yang murni,
Di mulut sama di hati.

Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.



Amiiiin Ya Robbal Alamiin.

.

Konon tersebut AL-KISAH suatu masa dahulu...


Suatu masa dulu, sering kali disebut dan diucapkan susah senang sama-sama, tetapi senang jer yang sama. Rupanya susah sendiri2...

Bak kata peribahasa :

"Sudah dapat Gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi"


Maksudnya berasaskan pada kiasan yang digunakan. Dimanakah nilai tanduk di bandingkan dgn nilai gading. Tanduk berharga tapi gading lebih tinggi harganya dari tanduk. Jadi jika pada mulanya kita ada tanduk, tanduk itu kita lupakan bila sudah pula mendapat gading.

Yang mendatangkan maksud apabila kita atau seseorang lain atau sesuatu itu dahulunya diharap2kan dan dihargai tetapi bila dapat diganti dgn sesuatu yang baru dan lebih  berharga. Maka kita ditinggal pergi dan dilupakan. 








Inilah rupa tanduk, walaupun tanduk seladang yang sukar dicari.., terjelepuk atas lantai jer.









Inilah pula rupa gading, baiknya tempatnya.., dengan perhiasan.









Haiii.. nasib oh nasib ....

Sedih hiba...











PATAH HATI

Patah hatiku 
Membawa derita 
Merajuklah diri 
Merajuk diri 
Tak tentu haluan

Patah hati ku 
Membawa derita 
Merajuklah diri 
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu 
Bahagia selalu 
Sayang 
Rupanya patah 
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang 
Resah menanggung 
Sayang 
Kenanglah jangan 
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku 
Di dalam nestapa 
Mengenangkan nasib 
Mengenang nasib diriku malang 
( 2 X )

Maksud hatiku 
Maksud hatiku 
Bahagia bersama 
Sayang 
Apakan daya 
Diriku miskin 
Harta tak punya

Ingin ku petik 
Bintang yang tinggi 
Sayang 
Tanganku hangus 
Tanganku hangus disambar petir

Khamis
11 Syaaban 1434H | 20hb. Jun, 2013


.