Fikir...

NuffnangX

Friday, November 19, 2010

Lagu yg selalu aku dengar dan berkumandang di Radio Batam... semasa di sana.


Masa di Batam, kebanyakkan lagu yg disiarkan oleh stesen radio (yg drebar teksi pasang) adalah lagu Melayu Deli....lagu2 ni lama dah aku tak dengar....balik ke Malaysia aku terus surfing cari lagu2 begini...Rasanya last aku dengar masa aku berumur 13 tahun dulu... Fuhhh!! lama betul weiiii...apapunlagu ni mmg ada seni bahasa Melayu yg tinggi...tabik...tabik...

Kesyahduan dan gemersik suara melagukan irama Melayu mmg asli tiada siapa yang boleh pertikaikan. Lentuk, lenggok dan patah lagunya berjaya disampaikan dengan penuh penghayatan...

Dengar saja lagu Ayah dan Ibu - hati menjadi sebak, pilu meruntun kalbu. Itulah hebatnya penangan lagu Melayu Deli. Antara penyanyinya adalah Sudirman, Sharifah Aini,  Zaleha Hamid serta Herman Tino.


Demi untuk mempertahan irama2 asli, disini aku sertakan link untuk korang download:



MELAYU DELI 1 - 1982

* Gunung Banang - Sharifah Aini
* Laksamana Mati Dibunuh - Zaleha Hamid
* Kuala Deli - Sudirman
* Makan Sireh - Herman Tino
* Mak Inang Kampung - Sudirman & Zaleha Hamid
* Pancaran Senja - Zaleha Hamid
* Seri Sarawak - Sudirman
* Serampang Laut - Sharifah Aini &; Herman Tino
* Batu Belah - Sharifah aini
* Ya Le Le - Herman Tino


MELAYU DELI II - 1983

* Cik Minah Sayang - Sharifah Aini & Herman Tino.
* Muslamah Manis - Zaleha Hamid
* Seri Banang - Herman Tino
* Seri Langkat - Sudirman & Zaleha Hamid
* Bunga Melor - Sharifah Aini
* Damak Sayang - Sudirman
*Jalak Lenteng - Sharifah Aini
* Joget Burung Merpati - ZalehaHamid & Herman Tino
* Patah Hati - Sudirman
* Timang Banjar - Herman Tino
* Mak Inang Melayu - Sharifah Aini & Sudirman
* Bentan Telani - Zaleha Hamid








...




Perkara yg aku lupa bagitau korang masa aku kat Batam...





Perkara yg aku lupa bagitau? Apa dia? Rasa2nya apa dia yerrrr???....

Ni haaaa....cuba korang tengok gambar kat bawah ni....




Aku jumpa Jalan Duyung....
nama penuh dia Jalan Duyung Si Jodoh....hehehe
Tapi sudah pasti Duyung sini tak sama, tak secantik dan sebaik Duyung aku di Malaysia...hahaha...


Jalan Duyung jer yer...bukan org duyung...jgn konar...Hahaha



Sekadar maklumat...Terima kasih.





...
end
..




.


Selamat Datang ke Pulau Batam, Indonesia (Part 5 Last Day - 12.11.2010)

Sambungan dari Part 4...




Hari ni Last Day di Batam...

Awal bangun tido...

Hmmmm... hari ni last day di Batam. Aku bangun seawal 6.30 pagi....tapi lepas subuh tertido balik. Ni semua pasal semalam punya hal laaaa...kerja hingga hampir tengah malam. Masa aku tersedar semula jam dah tunjuk pukul 8.30 pagi...aku apa lagi!!! Kelam kabut gilerrrr.....aku call Nadia, dia pun 2x5 cam aku gak...baru tersedar!!! Hahahaha.....

Lepas Check out hotel, aku cari Hendrik, dreabar teksi semalam. Alhamdulillah dia dah ada  tunggu kitorang. Pagi ni kitorang tak ambil bekpes kat restoran hotel. Dah tak sempat.....penerbangan pulang adalah jam 10.00 pagi waktu Batam. Hmmmmm.....





 
Otw ke Airport...
Jam ditangan menunjukkan pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Hmmm....betul ker ni? Flight pukul 10.00 pagi...sempat ker? Sepanjang perjalanan, cuaca agak mendung dan jalanraya sesak juga. Mungkin masa ni time org ramai pergi kerja macam di Malaysia...tapi tengok tempat juga laaaaa.....ada yg jem dan ada yg tak...






Ni gambar aku dalam kereta otw ke airport....sepet mata aku tu!!!!!





Aku lupa bagitau korang laaa......Batam sekarang ni tengah sibuk pilihanraya memilih datuk bandar atau Walikota dalam bahasa mereka.Ada banyak poster kempen, siap masuk dalam berita dan TV Batam lagi (Batam ade channel TV sendiri tau...hehehe)...Banyak poster yg kelakar2 termasuk protest dan sikit2 ngutuk...hahahaha.... Cuma aku ngn Nadia tak sempat snap jer.... hehehe.... Lain kalilah...

Ni antara gambar poster kempen Walikota Batam yg sempat kitorang ambil...





Kat Airport...

Aku terus menuju ke kaunter Firefly, tanya flight pagi ni. Dia kata ada 1 jam lagi....Alhamdulillah... Aku balik ke teksi dan terus bagitahu Nadia untuk punggah bag keluar. Waktu ni aku tengok drebar teksi hotel tadi, Hendrik tadi sedih jer....dia cakap: "Pak, lain kali jangan lupa kami disini ya..". Aku jawab: "InsyaAllah, Hendrik, jika diizinkan Allah nanti bulan Disember kami ke mari lagi....". Lepas membayar tambang teksi dan bersalaman dengan Hendrik, kami terus masuk ke pintu airport....


Insiden takleh lupa...

Selepas pemeriksaan bagasi oleh kastam Indonesia. Kami beratur pula untuk chop passport di kaunter imgresen Indonesia. Pada masa ni kami terserempak dengan abg Zailan n geng....aku terus menegur beliau: "Hai...kata ke Singapore? Balik ke Malaysia dari sana...apa dah jadi bang?".... jawab abg Zailan""Kitorang terlepas feri ke Singapore, Din.."...Ohhh...patut pun, kalau tak mmg tak jumpa lagi derang nih....

Tiba-tiba announcement dari siaraya lapangan terbang beritahu ada sesiapa yg tertinggal beg tangan berwarna coklat diminta ke kaunter kastam untuk mengambilnya. Aku, Nadia, abg Zailan dan geng cuma sembang2 tanya sapa la yg tertinggal bag tangan...mesti org tu kelam kabut tengah cari beg tangan dia...

Sewaktu aku tanya dokumen pada Nadia, baru dia perasan yg beg tangan (warna coklat) dia takde...aku pun apalagi suspen sangat.....takut dia kena pencopet lapangan terbang...adussssss...Tiba2 isteri abg Zailan bersuara: "Cuba check kat kaunter kastam tu, kot2 beg tangan warna coklat tu awak punya.."...barulah teringat yg announcement tadi tu merujuk kepada beg tangan Nadia!!!!

Aduss nasib baik tertinggal kat kaunter pemeriksaan kastam tadi. kalau kena sapu dgn pencopet tak ke haru!!!.... Apapun berlaku, syukur Alhamdulillah....dapat balik beg tangan tu....hehehe...


Ni satunya gambar abg Zailan dan isterinya....bersama skali ngn Nadia...bila la nak jumpa lagi abg Zailan ni..hehehe

Ni gambar aku ngn Nadia di balai berlepas Lapangan terbang Hang Nadim, Batam sebelum pulang...




Ni satunya juga gambar aku dgn anak Dato' Maznah Abd Hamid...lawa tak sang puteri ni? Hehehe..:D


 

Ni otw masuk ke perut kapal terbang kipas Firefly.....selamat tinggal Batam!!!




SELAMAT TINGGAL PULAU BATAM...

Pesawat  kipas Firefly ni bertolak tepat pukul 10.45 pagi....sepanjang perjalanan pulang aku rasa tak sabar nak jejak ke bumi Malaysia. Rasa puas dah dok kat Batam ni....walau apapun hujan emas di negeri orang....namun lebih hujan batu di negeri sendiri.... Didalam flight aku teringatkan lagu Sheqal bertajuk "Cinta Nusantara....teringatkan kenalan yg ditinggalkan di bumi Batam....
Judul : Cinta Nusantara
Aris : Sheqal
Lirik Lagu :
Laut membiru bukan pemisah
Hasrat hatiku bukan rahsia
Seloka pantun khazanah kita
Maksud terkandung susah dibaca
Jangan dipagar nyiur yang condong
Buahnya jatuh ke laman orang
Bumi dipijak langit dijunjung
Tegak berdiri bukannya lalang
Berinduk bak ayam
Rumpun bak serai
Junjung bak sirih
Itulah kita di nusantara
Ombak menyusul nyiur melambai
Laut tak putus dilanda badai
Bisikan salam bisikan pesan
Orang di sana dalam ingatan

Download MP3: Sheqal Nusantara


Tepat jam 12.15 tengahari Jumaat, kami mendarat di Skypark Subang... Alhamdulillah selamat kembali ke tanahair....tanah tumpah darahku. :D





Moral of the story:
1. Jangan lupa asal usul kita...dari mana kita datang....
2. Jangan lupa duyung yg menanti kepulangan....hehehe






End of Part 5....daaa abess...




...

Selamat Datang ke Pulau Batam, Indonesia (Part 4 Second Day - 11.11.2010)

Sambungan dari Part 3...




Hari ni Second Day di Batam...

Awal bangun tido...

Jam masa ini dah menunjukkan pukul 8.00 pagi... Kelam kabut gak sebab hari ni bangun lewat. Mesti sebab penat berjalan semalam. Appointment hari ni jam 10.30 pagi. Selepas bersiap2, aku terus turun ke lobi nak ambil breakfast kat restoran hotel ni....Hmmm...makanan ok gak tapi bab pastry jer yg kureng...kureng banyak. Yang lain2 tu sedap terutama makanan tradisional seperti nasi goreng, rendang dan kuih muih...

Kat luar hujan, hujan di awal pagi. Mmg lebat...Pak supir drebar teksi akan datang dalam jam 8.30 pagi....Hmmm...kena makan cepat ni...

Dah 8.40 pagi...aku ngn Nadia bingkas ke lobi. Mencari2 pak supir drebar semalam, janjinya datang jemput pukul 8.30....ni dah pukul 8.40 pagi pun batang hidung dia tak nampak lagi. Tunggu punya tunggu, masa berjalan....hinggalah jam 9.30 pagi. Aku terus ambil teksi hotel....apa laaa punya kencing drebar teksi semalam. Mungkin sebab dia takut tak boleh bagi resit pembayaran kot? atau dia ni drebar teksi sapu? Hmmmm...mana mungkin sebab teksi dia ada signboard teksi atas bumbung....Hmmm.... Biarlah kata hati aku...

Sepanjang perjalanan ke Kawasan Perindustrian Kabil, jalan raya agak kelam kabut. Ditambah pula dengan hujan lebat.....Drebar teksi hotel ni nama dia Hendrik....dengar nama cam org kristian tapi rupanya dia orang Muslim..asal dari Medan...agak peramah jugak laaaa....banyak yg disembangkan dgn kitorang....berbanding drebar semalam...dia ni agak sopan banyak berbanding yg semalam tu....nak kira education dia pun ok....ada diploma lagi cuma beza dia bawak teksi...jadi pilot hotel...



Hujan masih lebat

Sampai di Kawasan Perindustrian Kabil ni dalam jam 10.15 pagi...jalanraya kat sini becak sikit dengan tanah merah. Maklumlah, kawasan perindustrian ni agak baru. Pembangunan banyak yg belum selesai. Namun, penyelenggaraan terutama jalanraya dan longkang disini agak teruk sikit. Ntahlah apa yg pejabat Walikota buat...takde budget kot? Nasib baik tak banjir.... Yang aku kesian adalah pada Hendrik ni..teksi dia kotor...aku cakap balik nanti lepas hantar kitorang confirm teksi dia kena basuh...huhuuhu

Lepas mendaftar diri di pos kawalan keselamatan. Kami dibawa masuk ke pejabat. Alhamdulillah layanan org2 disini baik2. Diorang ni menghargai kehadiran orang luar terutamanya dari Malaysia.... Mengikut kata mereka, sistem pekerjaan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Indonesia dan ada sedikit kelonggaran berbanding di Singapura. Hmmmmm...alhamdulillah syukur. Baik juga nama Malaysia disini....

Selepas meeting ringkas, kami dibawa ke kawasan station kerja kitorang. Hmmmm...banyak juga kekurangan dari segi peralatan rupanya....takpelah. kami cuma sedaya upaya menyelsaikan masalah customer......
 
Apa yang berlaku selanjutnya saya tak boleh menghebahkan...biarlah RAHSIA...seperti kata Siti Nurhaliza...Apa yg boleh saya berikan adalah serba sedikit gambar kerja2 penyelidikan kimia disini...




Balik dari tempat kerja...

Jam masa ini dah menunjukkan pukul 11.30 malam. Perghhhh...layan kerja sampai tak ingat balik. Masa sampai ke pejabat (kantor) customer ni...perut aku mula berkeroncong mintak diisi. Last kitorang makan masa jam 1.00 tengahari tadi....Fuhhh!!! rupanya petang takde rehat...kerja sampai tak ingat dah hampir tengah malam.

 
Ni gambar dengan Pak Rhobby....masa abes kerja. banyak pertolongan yg beliau berikan..


Singgah makan dulu...

Sebelum balik hotel, aku, Nadia, Pak Rhobby dan isterinya singgah makan seafood di Restaurant Golden Prawn. Restotan ni dengar ceritanya dimiliki oleh orang Melayu Padang...Ramai orang Malaysia terutamanya ke sini makan seafood....Masa aku kat dalam, aku nampak makcik2 pakai tudung dari Malaysia nyanyi karaoke...hehehe....owhh...gini rupanya...hehehe.....besh2...
Ni gambar gambar pandangan Restoran Golden Prawn...
Kat depan pintu masuk restoran ni banyak ikan2 fresh termasuklah ikan Jaws/Yu/Jerung ni..Besar tak? Hehehe
Banyak ekor juga dalam kolan ni....fuhhh...kalau sua tangan tak tau ngap atau tak? Hahahaa

Ni aku ngn Nadia tengah pening....nak order ker aper ikan jaws ni...nak buat masak apa ek? masak lomak cili api? Hehehe...

Masuk dalam baru tau restoran ni besar rupanya..ada 3 bahagian tapi bawah satu tauke...


 


Ada banyak lgi makanan tapi cuma yg ni jer kami sempat snap...dah tak tahan...lapar giler....buat apa nak ambil gambar lagi...makan jer laaaaa...yummmmm....yummmmm....ngapppp!!! hehehehe....


Sampai hotel...

Jam masa ini dah menunjukkan pukul 2.00 pagi....Penatt weiiiii.......masuk bilik, salin pakaian aku terus lelap.....







Moral of the story:
1. Buat kerja elok2....jangan mudah semangat semasa membuat kerja terutamanya yg rumit lagi merumitkan.
2. Jaga kesihatan, jangan lupa dan minum air banyak....







End of Part 4....




...