Fikir...

NuffnangX

Sunday, November 7, 2010

Kejora ku bersatu?

Intro
Ini adalah salah satu lagu terbaik dari kumpulan Rock No. 1 negara- 'SEARCH'...Diterbitkan untuk album "SELEPAS BANJIR" pada tahun 1999 dengan penyanyi baru, Moq yg menggantikan Amy Search (ketika itu keluar sebagai penyanyi solo)...
Moq boleh dikatakan sebagai satu-satunya penyanyi baru yang berjaya sebagai penyanyi mengikut rentak muzik SEARCH walau ramai yg mengatakan AMY adalah SEARCH dan begitulah sebaliknya....Lagu ini juga dinyanyikan oleh Fiq (Juara Mentor TV3 Musim Kedua) didalam album Single kedua Fiq yang dipetik dari album Fiq & Nieyl.
Album Selepas Banjir ini juga adalah album studio terakhir yang keluar di bawah nama kumpulan SEARCH sebelum diumumkan bubar pada tahun 2001. Ketika ini, hanya tinggal seorang anggota asal Search, iaitu Yazid Ahmad sebagai pemain dram, setelah ditinggalkan oleh Amy, Nasir Daud, Hamzah Taib dan Noordin Taib yang menganggotai kugiran ini sepanjang zaman kegemilangannya pada 1980-an dan 1990-an. Kali ini, Ismail Mohd Ali, juga dikenali sebagai Moq, mengambil alih peranan Amy sebagai penyanyi, diiringi oleh Shah sebagai pemain gitar.


Hebatkan sejarah lagu ni!!! 
Setiap lagu yg baik pasti diminati dan disukai oleh sesiapapun...Betul tak?



Komen: 
Setakat ini tiada kumpulan Rock Melayu yg setanding dengan band2 rock lama yg mempunyai kekuatan dari segi adunan muzik, melodi yang membuai jiwa dan lirik yg  menyentuh hati...

Lagu ni untuk siapa? Hehehe...korang tafsirkanlah sendiri ya. Tak kuasa aku nak fikirkan semua ni kat korang....apa-apa pun, cubalah dengarkan lagu ni...aku rasa pasti korang semua sukakannya.Layanssss...sampai zzzzzz. Hehehe....



*********************************************************************************************************************


LIRIK KEJORAKU BERSATU:


Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku...
Di sini telah datang sayang paling dalam... bawaku pulang berteman pelangi...



Kamar hati ku hiasi.. Biar cantik biar baru...Semuanya keranamu...


Ku yang lemah kini gagah...Asal buruk jadi indah...Kerana sentuhan cintamu...
Ku susun langkah melayarkan hari indah... Bersamamu...


Lilin diri takkan padam... Seandainya engkau adalah sumbunya...
Kaulah puteri ku dambakan... Bidadari syurga jelmaan dunia...

Akan ku jaga seluruh jiwaku... Biarlah karam berdua... 
Asal kau tak terlepa...Dari genggamanku


Biar kulamar sahih darimu... Menjadi ratu...
Beradu dalam pelukanku..........Kejoraku bersatu... 
Klik Video klip dibawah ini untuk lagu Kejora ku Bersatu





Dowload? 
Suka lagu ni...korang downloadlah di URL bawah ni....pastu boleh dengar tiap2 hari. Hehehe
Download: Search (Moq) - Kejora Ku Bersatu.mp3



Nota kaki:
Sebenarnya lagu ni lagu rindu aku kat si duyung....time rindu kat dia jer aku mesti terus pasang lagu ni. Ntahlah...aku suka lagu ni start dari aku letak lagu ni sebagai lagu rasmi dlm HP aku hanya untuk panggilan dari dia sahaja...Jangan marah, ya. Hikhikhik :P




....




Tragedi: Bukit Kepong 23 Februari 1950 (sumber dari Kosmo! Online)

 

"Saya lihat bayi rentung"

Pengalaman mengutip cebisan tubuh yang dibakar pengganas komunis di Bukit Kepong bersama Dato’ Onn Jaafar menyebabkan ada menitis air mata sehingga kini.


PEKAN kecil ini menjadi saksi kekejaman komunis.



KETIKA kejadian awal pagi Isnin, 23 Februari 1950 itu, dia bernasib baik kerana gilirannya mengawal Rumah Pasung Bukit Kepong baru berakhir. Empat anggota baru Home Guard atau Pengawal Kampung mengambil tugas di keliling balai itu.

Antara mereka ialah anak saudaranya, Samad Yatim yang juga Auxillary Police atau Polis Bantuan. Dinihari itu mereka agak bingit mendengar bunyi mercun sempena Tahun Baru Cina yang disambut masyarakat Tionghua berdekatan balai itu.

Tanpa disedari, itulah hari terakhir mereka dapat menyaksikan suasana malam kerana tepat pukul 5 pagi, balai itu diserang hendap. Selepas subuh, dia tidak menyangka kawasan balai tersebut bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.


SARJAN Jamil (duduk tengah) dan anggotanya mempertahankan balai sehingga titisan darah terakhir.



Hingga kini, setiap kali melalui kawasan balai itu, saya pasti menangis macam peristiwa itu baru saja berlaku semalam,” kata Abdullah Malik, berusia 118 tahun, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Bendar tidak jauh dari Bukit Kepong, Muar, Johor.

Mengimbau insiden itu, dia ralat mengenangkan kegagalannya menyelamatkan nyawa mereka yang terkorban mempertahankan balai tersebut. Ini kerana balai itu sudah dikepung lebih 200 pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) daripada Kompeni Ke-4.

Malah, sebaik saja mengetahui serangan itu, dia bersama penduduk kampung di bawah Penghulu Ali Mustafa dan pasukan Polis Bantuan sudah bergerak ke balai berkenaan. Mereka lengkap bersenjata raifal tetapi turut diserang komunis.

Kami berlindung di sebalik pokok getah kerana ditembak pihak komunis. Penghulu lalu mengarah kami bersabar dan ketika itu, ada yang menitis air mata mendengar tangisan ahli keluarga anggota polis meminta tolong,” cerita Abdullah.



Menjelang petang, sebaik pihak komunis berundur, mereka segera ke balai itu. Api masih marak dan cuma beberapa orang terselamat. Balai polis, berek kelamin dan balai penghulu musnah dengan bau mayat terbakar menyelubungi kawasan.

Serangan mengejut itu meragut nyawa Ketua Polis Balai, Sarjan Jamil Mohd. Shah bersama 13 anggota polis, empat orang Pengawal Kampung, tiga anggota Polis Bantuan dan empat ahli keluarga termasuk seorang bayi yang dibakar hidup-hidup.

Pengganas dipercayai menggunakan 25 tin minyak bagi memusnahkan seluruh kompleks balai itu dan membakar mayat anggota polis. Ini menyebabkan kerja pembersihan memakan masa lebih seminggu kerana bahang api masih lagi panas.

Suasana bertambah sayu apabila Yang Dipertua UMNO, Dato’ Onn Jaafar turut datang, beliau menangis melihat mayat rentung dibunuh komunis. Kami pun sedih apatah lagi menemui cebisan mayat dalam bara api di situ,” kata Abdullah.





Sementelahan, hubungan masyarakat di situ dengan pihak polis amat baik. Ramai anak anggota pasukan keselamatan itu dihantar mengaji al-Quran dengan ustaz di kampung tersebut selain bergotong-royong ketika majlis kenduri-kendara.

Menceritakan peristiwa sama ialah Hamidah Idris, 64, yang ketika itu berusia lima tahun. Dia dapat melihat sendiri penduduk mengutip beberapa anggota tubuh manusia untuk dikumpul sebelum dikebumi dalam satu liang lahad besar.

Biarpun masih kecil, insiden itu meninggalkan kesan mendalam kerana orang kampung waktu tersebut hidup ketakutan. Setiap malam, ada rumah penduduk diceroboh pengganas komunis yang menggeledah bagi mencari barang berharga.

Saya selalu cerita perkara ini kepada lima orang anak bagaimana kesusahan waktu itu. Jika kenang kembali peristiwa tersebut, saya menangis dan tidak dapat membayangkan kesakitan dirasai mereka yang terkorban di balai itu,” katanya.

TAPAK balai lama di tebing sungai kini menjadi muzium mini.



Berkongsi kisah sama ialah Md. Lazim Ujud, 71, yang pernah menjadi Pengawal Kampung pada usia 16 tahun, dua tahun selepas tragedi itu. Baginya, peristiwa berdarah tersebut membuka mata penduduk kampung mengenai kekejaman komunis. 

Meskipun pasukan keselamatan ‘kalah’ dalam pertempuran itu, moral pengganas komunis mulai jatuh dan mereka tidak lagi mendapat sokongan penduduk. Ini dapat dilihat pada majlis tahlil diadakan bersempena dengan kejadian itu setiap tahun.

Selain pihak polis, penduduk kampung beramai-ramai datang ke Masjid Bukit Kepong memperingati peristiwa itu termasuk menziarahi kubur tempat bersemadi anggota polis dan keluarga serta orang awam yang terkorban,” katanya. 

Keadaan ujarnya, menjadi lebih hiba apabila mereka membersihkan dua petak kecil iaitu kubur jenazah bayi lelaki dan seorang budak perempuan yang dicampak hidup-hidup oleh pihak komunis ke dalam api yang marak semasa peristiwa tersebut.


Balai polis menghadap sungai

Hakikatnya, walaupun hampir enam dekad tragedi itu berlalu, bagi generasi lama di Bukit Kepong, kezaliman pengganas komunis masih dirasai.

Bukit Kepong kini merupakan sebuah pekan kecil yang dihuni sekitar 1,000 orang penduduk. Ia terletak 60 kilometer dari bandar Muar. Jika anda berhasrat melancong ke sini, hanya ada dua tempat menarik wajib dikunjungi – balai polis dan masjidnya.

Ini mungkin pelik dan lucu namun dua bangunan itu sebenarnya merakamkan sejarah tidak ternilai yang pasti diingati seumur hidup. Ada yang berkata, pekan itu mulai popular sewaktu filem Bukit Kepong ditayangkan sejak tahun 1981.

JETI polis marin masih teguh berdiri.



Pekan itu, yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari simpang lebuh raya dekat Pagoh; suatu ketika cuma boleh dilalui dengan sampan. Ia terpencil dan tidak ramai tahu kewujudannya hingga sekitar 1970-an apabila jalan raya dibina.

Tetapi jangan terkejut, sebahagian besar daripada generasi yang lahir sebelum 1980 di pekan tersebut ialah pelakon tambahan dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Lenga, lima kilometer dari situ.

Kini, tapak Balai Polis Bukit Kepong yang dibakar ratusan pengganas komunis pada tahun 1950 telah diganti dengan bangunan baru. Ia juga menjadi muzium mini polis bagi menceritakan semula kekejaman PKM sewaktu era darurat.


Bangunan dibina dengan batu selepas serangan itu pernah beberapa kali tenggelam kerana terletak di tebing Sungai Muar. Penduduk mendakwa, cuma bumbung kelihatan apabila sungai besar yang dirujuk mereka sebagai laut itu mulai banjir.

Uniknya, menurut cerita penduduk, balai baru itu aneh. Bahagian depan menghadap ke arah sungai; satu-satunya balai polis di Malaysia dalam posisi itu. Kononnya sewaktu dibina semula, ramai penduduk bersedih, lalu ia dibangun dalam arah lawan.


Di sebelah tapak balai ada sebuah jeti kecil yang suatu ketika ialah jeti polis marin. Di situlah tercatat sejarah Konstabel Marin Abu Bakar Daud terselamat kerana menyelam dengan bernafas melalui batang keladi apabila bot polis dibakar.

Beliau antara empat anggota polis selain sembilan ahli keluarga mereka yang terselamat dalam serangan itu. Jeti tersebut menjadi penghubung utama Bukit Kepong dengan Lenga sebelum jalan raya siap dibangunkan tiga dekad lalu.

Melawat Bukit Kepong tidak lengkap jika tidak singgah di masjid jamek pekan itu yang terletak 100 meter dari tapak balai polis. Di sebelahnya ialah tanah perkuburan Islam yang menempatkan pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa itu.

Perhatian pelawat pasti tertumpu kepada dua kubur kecil yang menjadi saksi kekejaman pengganas komunis. Di situlah jenazah seorang bayi lelaki dan kanak-kanak kecil yang mati dibunuh dengan dicampak hidup-hidup ke dalam api yang sedang marak.





....

Tragedi: Bukit Kepong 23 Februari 1950 - Sedikit maklumat tambahan


 Gambar Kenangan Anggota Polis Bkt Kepong Sebelum Kejadian  (1)

  Gambar Kenangan Anggota Polis Bkt Kepong Sebelum Kejadian  (2)



 Gambar Balai Bukit Kepong Selepas Kejadian

1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.


2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.


3. Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.


4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.


5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Beberapa petualang negara yg terkorban di tangan para perajurit

 
6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancangannya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

  Petalang negara mengatur langkah menyerang Balai Bukit Kepong 
7. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.


8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh
Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.


10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.
Kaum Wanita yang menjadi Pengawal Kampung demi mempertahankan tanahair



11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping
 
13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.


  Gambar-gambar Anggota Polis Yang Mati Dicampak Dalam Api
 

Semoga Allah Merahmati Mereka!!!

 
15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.


16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.


17. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


18. Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema hingga kebeberapa buah kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).


19. Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan  kira-kira sekitar setengah kilometer dari stesen polis Bukit Kepong. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka telah mengurangkan tekanan kepada pasukan  polis yang bertahan di Bukit Kepong dan seterusnya memaksa pengunduran umum komunis.


20. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10 pagi dan menyampaikan berita serangan ke atas balai polis Bukit Kepong.


21. Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun telah mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil  yang berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. 


 ANGGOTA KESELAMATAN SENTIASA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA


22. Terdapat maklumat orang kampung mengatakan antara sebab yang menyebabkan komunis menyerang dan menganas di balai polis Bukit Kepong adalah lanjutan insiden 2 minggu selepas darudat diistiharkan di mana pengawal kampung Mohamad Said bin Alam dan Saibun yang hanya bersenjatakan parang telah membunuh seorang komunis Cina dan menahan komunis berbangsa India dan seorang komunis Melayu telah berjaya melarikan diri. Kejadian ini berlaku di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong.

23. Selepas beberapa hari insiden di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina iaitu Goh Peng Tun yang masih berdendam dengan Mohamad Said Alam telah menyerang Kampung Belatek untuk mencari beliau iaitu waktu orang kampung berbuka puasa. Didalam serangan itu pengawal kampung Shahdan bin Md. Yunus serta seorang ibu dan anak dalam buian mati dibunuh kejam oleh komunis yang gagal membunuh Mohamad Said.


ANTARA MEREKA TERKORBAN SECARA KEJAM (DICAMPAK DALAM API BAIK YANG SUDAH MENINGGAL ATAU YANG MASIH BERNYAWA) - AL-FATIHAH UNTUK ROH MEREKA....


SEBAHAGIAN MEREKA TELAH TERKORBAN TERMASUK BEBERAPA ANAK DAN ISTERI ANGGOTA
JASA MU TETAP AKAN DIKENANG OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG




"ANAK-ANAK MUDA, KENANGILAH PENGORBANAN PAKCIK MAKCIK, DATUK NENEK KITA SEHINGGA MENIKMATI APA YANG ADA SEKARANG - MEREKA BERKORBAN HANYA UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANAK ABANGSA.. JANGALAH MELUPAI SEJARAH SEBENAR DAN MENJANJUNG PERTUALANG/KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN..."






Dipetik dari blog TunjangLangit





... 

Filem Bukit Kepong (1981), filem yg paling mengesankan perasaan....Buat iktibar kita semua, jangan berulang perkara begini pada anak cucu kita di masa hadapan....Semoga Allah melindungi kita. Amin.




Sinopsis
Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara....



Anugerah
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengarah Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Jurukamera Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengadun Bunyi Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pengarah Seni Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 3 (1982)
:
Pelakon Harapan Wanita Terbaik






"Satu-satunya filem perang (Malaysia) yang tak jemu ditonton dan meninggalkan kesan yg mendalam didalam jiwa..."


Bukit Kepong (1981) Part 1



Bukit Kepong (1981) Part 2



Bukit Kepong (1981) Part 3



Bukit Kepong (1981) Part 4



Bukit Kepong (1981) Part 5



Bukit Kepong (1981) Part 6



Bukit Kepong (1981) Part 7



Bukit Kepong (1981) Part 8



Bukit Kepong (1981) Part 9



Bukit Kepong (1981) Part 10



Bukit Kepong (1981) Part 11 (Akhir)






Gambar set yg dibina, lepas tu dibakar di akhir filem...mmg real, takde CGI teknologi pada masa tersebut...



Pengarah
Jins Shamsudin

Penulis
Jins Shamsudin ... Lakonlayar
Aimi Jarr
... Skrip asal
PPP Yusoff Ariffin
... Skrip asal
PPP Ismail Johari
... Cerita & Skrip asal
Polis Di Raja Malaysia ... Cerita asal

Pelakon
Jins Shamsudin ... Sjn Jamil Md Shah
A. Rahim ... L/Kpl Jidin
Hussein Abu Hassan ... MM Osman Yusoff
Yusof Haslam ... MM Jaffar Hassan
Dali Abdullah ... MM Mohd Jaffar
Samsudin Baslah ... MM Kadir Jusoff
JA Halim ... MM/T Mohd Tap
Hisham Ihsan ... Penghulu Ali
Mohd Noor Bon ... A/P Ali Akob
Harun Ibrahim ... A/P Samad Yatim
Jamaliah Arshad ... Mariam
Edah Ahmad ... Saadiah
Suhaina Yahya ... Fatimah Manan
Ayu Rahman ... Pon
Normah Alim ... Arpah
Noraini Talib ... Fatimah Ya'aba
Norazizah Md Seh ... Jamilah
Ahmad Tarmizi Mad Zain ... Mohd Nor
Akmal Md Zain ... Hassan
Norizan Hashim ... Zainun
Azizan Mokhtar ... Abu Samah
Baby Yahya ... Zaleha
Abdul Malik Abdullah ... Pegawai Pentadbir Daerah
Mike Steward ... Mr Davis
Steven Wang ... Tuck Sai
James Ling ... Ling
Omar Suita ... Saibun
Mohd Azam Zakaria ... Aziz
Mohd Rashid Md Isa ... Said
Saadah Fadzil ... Isteri Saibun
Zamry Ahmad ... Anak Saibun
Embong Azizah ... Ibu Saibun
Low Hwee Huang ... Isteri Ah Yau
Tan Mei Ling ... Anak Ah Yau
Insp Fauzy Abu Bakar ... MM/T Ahmad Khalid
Insp Zainal Abidin Mohd ... OCPD Pagoh (J.J. Raj)
Konst Abd Ghani Mohd Yusoff ... Komunis Melayu
Konst Chong Yun Fook ... Kwan Pin
Konst Ghani Abdul Wahid ... Leman
Konst Lam Seng Lan ... Wing Chan
Konst Lee Seng Chong ... Ah Siah
Konst Looi Thye Choe ... Chin Siang
Konst Mat Saad ... MPC 60 Ibrahim Adam
Konst Md Jan Katan ... MPC 68 Awang Ali
Konst Malek Baba ... MPC 181 Basiron Adam
Konst Marsat Jidin ... Kpl Yassin
Konst Mohd Yatim ... Komunis Melayu
Konst Seah Lai Soon ... Chan Fei
Konst Sukarman Selamat ... MM Hamzah Ahmad
Konst Talib Janggi ... MM Jaffar Arshad
Konst Yahya Nordin ... Komunis Melayu
Konst/W Wong Chen Chu ... Anak Ah Siah
Kpl Abdullah Jabar ... A/P Osman Yahya
Kpl Abd Ghani Abdul ... MM Abu Md Ali
Kpl Mohd Kurdi Ismail
... MM Hassan Osman
Kpl Shukor Daud
... MPC 37 Abu Bakar Daud
Kpl Tham Chen Yao ... Ah Yau
PPP Latifi Ahmad ... MM Yusoff Rono
Sjn Ng Thin Hong ... Lee Tuan

Pekerja (crew)
A. Rahim ... Penolong Pengarah
Ahmad Tajudin ... Penolong Jururakam Audio
Azmi Mohd Nor ... Penolong Jururakam Audio
Ed Rizal ... Penolong Jurukamera
Insp Abu Bakar Long ... Penggubah Lagu
Insp Fauzy Abu Bakar ... Penasihat Teknikal
Johari Ibrahim ... Penyunting Filem
Mariam Ibrahim ... Penolong Penyunting Filem
Peter Lim ... Jururakam Audio
PPP Yusoff Ariffin ... Pengarah Penataan Seni & Pereka Set
PPP Zakaria Mohammad ... Pereka Set
PPP Latiff Ahmad ... Penasihat Teknikal
PPP Alias Arshad ... Pengarah Muzik
S. Mohan ... Jurukamera
Zulkifli Salleh ... Jururakam Audio

Penerbit
Jins Shamsudin ... Penerbit
Jins Shamsudin Productions ... Syarikat Penerbitan Filem


pelakon dan anggota polis yg terlibat dlm pembikinan filem




Nota:
Semoga kita semua mengambil iktibar dari peristiwa Bukit Kepong ini...Sejarah mungkin berulang jika kita leka dan alpa....berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri...Semoga Allah Melindungi kita. Amin









Berhati2 Ketika Membaca Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.



Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat...

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian:
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat rahmat Nya.....





.

Waktu...dan Masa.

Sebagai Renungan Buat Kita Semua...fikir2kanlah

 

Firman Allah dalam surah Al-’Asr 103: (1-3):

[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.




  • Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok....
  • Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati....
  • Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu....
  • Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu...



"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...."


  • Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya....
  • Masa dihargai,dan janji ditepati (pepatah Melayu)
  • Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu dalam menghabiskan masa yang tidak perlu....


Imam Ali berkata:
“Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”