Fikir...

NuffnangX

Friday, October 15, 2010

Hari bertemu Para Pendekar dari Pergunungan...N9 Darul Khusus

Assalamualaikum....

Minggu kedua Oktober ni mmg banyak perkara2 yg tidak terfikir berlaku dalam hidup aku....Salah satunya aku berjumpa para pendekar dari gunung...dari kemuncak Titiwangsa.....Lokasinya, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan....

Haaa....nama sahabat tu Tuan Matlago...nama betul kena tanya dia sendiri laaaa...hehehe...tu haaa orangnya, cuba nengok kat gambar atas tu....simple tapi encem laaaa....maklumlah...para pendekar semuanya hensem dan gagah perkasa....mana yg kenal tu almaklumlah.....hehehe

Tempat pertemuan ngn derang tu ialah sebuah bengkel membuat senjata tradisional Melayu lama seperti keris, golok, kerambit, kelewang, pedang dan lain-lain lagi. Banyak juga senjata yg derang buat samada untuk perhiasan, baik pulih semula ataupun utk dijual....hasil kerja tangan derang ni mmg cantik....boleh aku katakanlah terbaik di seluruh Negeri Sembilan ni...
 


Yang kat sebelah aku ni pulak (gambar atas) ni tokey bengkel besi aka Tukang Besi aka Pendekar Besi....Nama dia Tuan Zamri. mmg famili dia turun menurun menjalankan kerja2 bengkel besi ni...Syabas aku ucapkan kepada beliau kerana bengkel besi ini berjaya mengeluarkan produk2 kraftangan yang amat bermutu tinggi...



Gambar atas ni pulak masa aku sedang meneliti kualiti hasil kraftangan (senjata melayu lama)....mmg cantik dan kemas!!!



Yang ni pulak Tuan Zamri sedang memperkatakan sesuatu ttg hasil kerja tangan serta teknik2 penghasilannya...




Tu haaaa.....gambo atas tu pulak...hehehe...ado gayo pendekar tak? Hehehe...gambar tu Tuan Matlago punyo spesel request...apapun tahniah aku ucapkan atas kesungguhan para pendekar kita ni memperjuangankan hasil2 kerja tangan tradisional Melayu supaya dapat lagi diwarisi dan ditatapi oleh semua org Melayu....Tabik Tuan!!!!

Laman blognya ada dibawah nun....cuba cari. :D






Doa Pendinding (utk yg rajin beramal....)







Alhamdulillah.....Bukti kasih sayang Allah




Hmmmmm.....
Tanggal 06.10.2010, hari dia menjalani pembedahan di Hospital Besar Tunku Jaafar, Seremban. Dan kebetulan juga, sejak dari hari Selasa lagi aku kena outstation ke daerah2 dlm Negeri Sembilan. Apa yg menyedihkan, aku tidak dapat menghampirinya...untuk ziarah apatah lagi memberikan sokongan dan kekuatan buatnya dalam mengahadapi ujian berat ini....Nak cakap tak sampai hospital, aku dah sampai tapi...apakan daya orang tak sudi....aku patah balik ke Kuala Lumpur....Sepanjang perjalanan pulang....apa yg mampu aku lakukan, hanyalah berdoa pada Allah semoga Allah memeliharanya dari segala musibah dan memberikan kesejahteraan dan ketenangan...tak putus2 aku sms padanya bertanya khabar, doa dan memberikan sokongan moral....

Hmmmmm.....
Tanggal 07.10.2010 (Senawang), jadi hari penentuan aku dan dia.Entah apa puncanya aku pun tak tahu....yg aku tahu dia menelefon ku bertanya apa khabar....kemudian bila aku on9 di Resto mamak tu aku nampak dia msg aku di YM...kami berbincang...ntah apa aku tak berapa ingat (takmo ingat...sakit kepala!!) tapi sure bab sedihlah....Apa yg aku ingat ialah:"syg akan ingat apa yg abg tulis utk syg..walau masa, keadaan dan paras rupa berubah namun hati tetap sama. Menyayangimu hingga ke akhir hayat...terima kasih abg... terima kasih atas segala-galanya....." aku pasrah. Aku tahu Allah Maha Kaya dan Dia tahu apa yg tersirat jauh di lubuk hati hambaNya yg ikhlas dalam hidup.....


Hmmmmm.....
aku terkedu....kepala aku jem....taktau nak fikir apa. Pulak dah masa tu aku ngn biz partner tengah sembang bab projek di Lumut tu...huhuhu....3x aku ke toilet...cuci muka...taktaulah...aku nanges ke aku penat ke aku ngantuk ke....aku letih....ntahlah....yg aku perasan kawan aku tu dok perati aku tiap saat....tiba2 dia bersuara: "Dalam senyuman ada tangisan...dalam penderitaan ada kebahagiaan....dalam kedukaan pasti masih ada senyuman. Semuanya sudah ketentuan.....!!"



Hmmmmm.....
aku tersentak....astaghfirullahalazim. Rupa2nya selama ini aku terlupa bahawa segala2nya dari Dia...dari Allah hatta kasih sayang aku dan dia ini.... Dia tauke, tuan punya cinta kasih sayang aku dan dia. Jika aku lupa tuan punya kasih....faham2lah jika kasih itu ditarik balik sebab lupa pada tuan punya kasih itu....aku tarik nafas panjang....lantas aku bersuara: "Ya Allah, disebalik "pengambilan" ini, pasti ada "pemberian" dari Mu. Damaikanlah hatiku, Ya Allah. Hanya pada Mu tempat ku berserah diri...."


Dari situlah ku tanamkan ilmu dgn rasa bahawa:"Biarlah aku derita kerana Pencipta, bukan derita kerana sesama dicipta....."

|"Terima kasih sahabat.... :D"






Aku rindukan...Dia dan dia


Jika aku rindu dia...aku mesti lebih merindui Dia...kerana Dia yg menciptakan aku dan dia...

Tanpa Dia....tiada aku, dia dan dunia ini.....
Tanpa Dia....tiada kasih sayang di hati aku dan di hati dia
Tanpa Dia....tiada keberkatan dalam kasih sayang ini kerana Dia empunya segala cinta dan kasih sayang

Hanya Dia yg membimbing aku dan dia tatkala kami alpa....
Hanya Dia tempat mengadu aku dan dia tatkala kami resah gelisah kerana musibah....
Hanya Dia yg memahami apa yg terpendam di lubuk hati sanubari ....
Hanya Dia yg menciptakan pertemuan ini, kasih sayang ini, rezeki ini serta ajal dan maut nanti....
Hanya Dia tempat aku dan dia merafak kasih, menyembah harapan untuk kebahagiaan di dunia mahupun akhirat....

Kerana Dia.....Empunya segalanya....aku dan dia.



*Buat peringatan aku dan dia....



- Abang Saha, 3.30am