Fikir...

NuffnangX

Friday, October 29, 2010

Panggilan Haji...

Assalamualaikum, Salam Pagi Jumaat...

Semalam dan hari ini sahaja, 2 org kenalan (jiran dan rakan sepejabat) telah dan akan berlepas tanah suci menunaikan fardu Haji. Terasa sayu hati bila melihat wajah2 penuh ketenangan ini akan menjadi tetamu Allah di sana... Aku? Bila lagi aku akan menunaikan haji ni ya? 

Hmmm... 
Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup... Itu yg aku faham sejak aku kecil lagi. Tapi bila check akaun tabung haji masih belum cukup lagi. Nampaknya aku kena gandakan usaha menambah rezeki lagi... tambahkan simpanan untuk ke tanah suci. Jika dah sampai seruan.. InsyaAllah, maka akan tercapailah hajat ke tanah suci....dengan izin Nya.

 Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."




InsyaAllah, aku kepingin sekali hendak ke sana.
I want to be there and I'll be there...but when? I don't Know....Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Pentadbir diri ku...


"Ya Allah...permudahkanlah segala persiapan kami untuk menunaikan haji. Jemputlah kami sebagai tetamu istimewa Mu. Amin. " 





Sendiri... bersama 'Diri'


Tatkala sendiri, tiada sesiapa disisi....
Tatkala sendiri, semua menyepi diri...
Tatkala sendiri, diri rasa tiada sesiapa, apa2....
Tatkala sendiri, melihat sekeliling kosong tiada...
Tatkala sendiri, mulut mengomel berkata sendiri...
Tatkala sendiri, tak tahu hala tuju pada siapa mengadu...

Tatkala sendiri.... 
Ku pandang 'Ke dalam Diri'...dan berkata:
"Hanya Engkau teman setia ku... bersama di masa senang susah... gembira duka... ada tiada... dahaga lapar... seksa derita... nikmat suka. Engkau memahami, Engkau menjaga... Engkau merasa... Engkau sentiasa bersama....dimana-mana hingga ke hadapan Nya"  

- abg saha, 12.00 am 29 Oktober. 2010


P/s: Hati umpama permata. Dijaga dan digilap ia bercahaya...bersama 'Sinar'.













Thursday, October 28, 2010

Ingat Mengingat Sesama Kita....





 * Gambar di atas hanya sekadar hiasan...
 
 
"Wahai saudara, saudari dan para sahabat..marilah kita pakat ingat mengingat... bahawa dunia ini makin singkat. Esok atau lusa kita mungkin hadapi hari kiamat... Sampailah masa kita semua akan berangkat... Berangkat menuju ke negara akhirat... Di sana kita akan ditanya apa yg kita buat...  
Masa itu sendiri mau ingat!!"
  
dan...
"... janganlah terpedaya dgn dunia ini... jikalau tidak,  selepas mati hidup kau akan menderita...ingatlah, hidup ini akan berlalu juga satu hari nanti..."
*Pesanan Sulatanul Aulia', Sheikh Abdul Qadir Jailani




Deskripsi kehidupan...Di sini hingga Di sana


 

 

"Hitam Putih Jalan Hidup... Pahit Getir Warna Dunia... Tangis Tawa Rasa Hati... Terluka Atau Bahagia... Rasa Bangga Sementara... Setiap Duka Tak Abadi... Semuanya Wajah Kan Dipuji... Pada Allah Kita Kan Kembali"

 

 

 

Monday, October 25, 2010

OPICK - DIBAWAH LANGITMU

Waktu tengahari begini aku boleh terdengar lagu syahdu ni...terasa aman jiwa dan perasaan. Terasa sekali Allah amat hampir pada diriku...SubhanAllah...rupanya dia memanggil kerana sebentar lagi azan akan berkumandang.....terima kasih pada Mu, Ya Allah....




Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
Dan Bertasbih Semua Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta Dan Kasihmu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak Abadi
Semuanya Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali




..

Saturday, October 23, 2010

Semoga berjaya..




Ingat mengingati....buat diriku dan dirimu.


"...anggaplah kamu ada satu hari untuk hidup dan bersedialah untuk hari akhirat....janganlah terlalu gembira dgn apa yg ada...ingatlah kebahagiaan didunia ini hanyalah sementara sahaja..."




Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

 

... beliau ibarat matahari yang tidak pernah terbenam ...

"...Allah Allah Allah Allah... Allah.. Allah Allah Allah.. Allah..."




PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

PART 8

PART 9

PART 10

PART 11


P/s:
Semoga kita diberi kurniaan Allah Ta'ala hati yang suci untuk memahami perjalanan kerohanian para kekasihNya...


Cari...kenal...diri ini.


"...Paku dalam paku, paku dari seberang. Cari aku dalam aku, aku sembunyi dalam terang..."

"...kenallah diri sendiri, baru jumpa diri tajali. Binasa diri, tak semestinya kau mati... Tutup mata nyata, bukalah mata hati...carilah ilmu penyuluh diri..."




Antara kita, kebahagiaan dan Pemilik Kebahagiaan itu....



Jika kita meletakkan kebahagiaan tu pada manusia, maka akan pudarlah kebahagiaan yang kita impikan seiring dengan seringnya hati manusia itu berubah
Letaklah kebahagiaan itu pada DIA (Pemilik Kebahagiaan). Bagaimana mungkin DIA mencampakkan kekecewaan itu ke dalam hati kita andai kita niatkan untuk mencari redhaNya...



Cara effektif packing baju ke dalam beg...

Rasanya ramai yg mengeluh beg tak cukup besar bila nak packing baju....Kini ada kaedah dan cara terbaik dan mudah. Dengan cara yang betul, mampu menjimatkan ruang dan mudah, video ini pasti akan memberikan anda idea bagaimana untuk ‘packing’ baju dengan cara yang paling cepat, mudah dan effisien.




Semoga dapat membantu...

Perbezaan antara Minat, Suka, Sayang dan Cinta




Minat
Apa sesuatu ada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap, dan botak. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita....

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.


Sekadar bacaan (2)...



Rasanya tajuk ini agak menarik jadi dari En. Adam....mari kita kongsikan di sini...


Tanda1
Apabila anda cuba untuk menghubunginya melalui kemudahan SMS atau telefon, si Dia akan mengambil masa yang amat panjang untuk membuat balasan atau menjawab panggilan anda. Sekiranya dia membalas, anda pasti akan terasa hampa atau marah dengan jawapannya yang ringkas dan sedikit pun tidak menyakinkan anda seperti “Ok” atau sekadar “K” kepada soalan anda. Rasionalnya, dia mungkin benar-benar sibuk atau cuba untuk mengalihkan tumpuan anda kepadanya. Walau sesibuk mana, apakah perlu menunjukkan bahawa diri anda terlalu sibuk sehingga timbul syak wasangka bahawa anda sebenarnya buat-buat sibuk?

Tanda 2
Lebih teruk daripada lambat membuat sahutan atau membalas SMS anda, si Dia kadang-kadang cuba melarikan diri dengan langsung tidak membenarkan anda untuk berhubung dengannya. Mungkin dengan cara mengabaikan panggilan anda atau mematikan panggilan anda. Sekali lagi, apabila begitu kerap anda menghubunginya, dia akan menjawab dengan jawapan yang tidak meyakinkan atau memberitahu bahawa dia sedang sibuk atau bateri telefonnya lemah.

Tanda 3
Apabila tiba tarikh istimewa anda seperti ulangtahun anda sebagai pasangan kekasih, si Dia langsung tidak mengingatinya. Dan bila anda membuat ucapan penghargaan kepadanya, dia tersentak dan memberi alasan yang bukan-bukan seperti “Saya tidak lupa, cuma menanti anda membuat ucapan terlebih dahulu...hmmm...romantik kan?”

Tanda4
Semasa anda cuba untuk bertentang mata dengannya, dia akan cuba 100% untuk mengalihkan perhatian anda kepadanya. Seribu satu alasan dicari untuk membuatkan anda berhenti daripada memerhatikan gerak gerinya. Cara dia bercakap, cara dia bekerja juga sama sekali berbeza dengan cara sepertimana mula-mula anda kenal dia dahulu.

Tanda 5
Sebelum ini, setiap apa perlakuan anda akan dibalas dengan kata-kata manis, kini tidak lagi kata-kata: “Awak pandai”, “Awak comel”, “Awak hebat”, ataupun “Terima kasih, sayang” selepas anda melakukan sesuatu. Rasanya seperti dia tidak lagi menghargai perlakuan anda kepadanya.


Cukup 5? 
Sebenarnya tanda bosan terhadap akan jelas kelihatan apabila “Dia tidak seperti dulu” atau “Dia telah berubah”. Jika anda sedar bahawa perubahannya membawa kepada keresahan dalam diri anda, maka sedarlah bahawa dia telah bosan dengan anda. Jadi, cuba untuk berbincang tentang hal ini. Jelaskan bahawa anda terasa seperti ditinggalkan dan berilah peluang kepadanya untuk berubah. Selepas diberi peluang dan masih tidak ada perubahan, maka — tamatkan. Jangan seksa diri anda dengan pagar besi ciptaan anda sendiri. Usah berikan hati pada siapa yang tidak pandai menghargainya....


P/S: Terima kasih En. Adam... 





Sekadar bacaan (1)...

10 tanda- tanda awal kekasih anda curang terhadap anda!".......

Rasanya ramai yg tercari2  dan ingin tahu, apakah tanda2 kasih sayang mula berubah dari si dia kepada anda.... Apa yg dibentangkan dibawah ini adalah sebahagiannya sahaja....mungkin ianya boleh menjadi benar atau pun salah..... Hanya yg "merasainya" dan "melaluinya" akan faham situasi begini:


1. Layanan dingin 
Perubahan suara dari lembut berubah kepada kasar. Enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'...

2. Pemarah/ Mencari Salah 
kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian mengelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?

3. Alasan tak logik 
enggan luangkan masa dgn anda tetapi sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda...

4. Berahsia 
Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat handphone, bag atau barangan peribadinya yang lain...lebih banyak berdiam diri drpd bercerita atau bersembang...pelbagai alamat email, sering memadam caller ID...

5. Panggilan misteri 
Perbualan telefon dgn si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, agak berbisik dan singkat jawapannya...

6. Penampilan berubah 
Lain tingkah-lakunya, adakala semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu...
 
7. Masalah duit 
Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa...
 
8. Kemesraan hilang 
Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu apatah lagi memberi belaian seperti sentuhan ataupun kata2 sayang...

9. Teman2 lari  
Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung...
 
10. Naluri 
Mungkin anda akan tiba2 mengesyaki sesuatu yg tidak kena tetapi tiada bukti atau petanda sahih! Seterusnya perhubungan semakin lama semakin renggang jadinya... 



* P/s: Cuma sekadar peringatan buat kita semua (yg sedang bercinta ataupun sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan....) ....Kasihan kepada sesiapa juga yg sedang melaluinya dan merasa sakitnya...huhuh




Friday, October 22, 2010

"Melayu" Oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana... Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira... Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan... Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah... Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut... Selalu pecah di mulut
Biar mati adat... Jangan mati anak... Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan... Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan... Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya... Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya... Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak... Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai... Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual... Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali... Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi... Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu... Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum... Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah... Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan... Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga... Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan... Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali... Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut.... Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan... Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:... “Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan... Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu... Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang... Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan... Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan... Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana... Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya... Menjadi tuan di negara Merdeka!


- sajak oleh Usman Awang



Luahan...hati - Khamis, 21hb Oktober, 2010

"Hidup ini yang sedang aku harungi terasa ringan perjalanannya kerana kau menguatkan....kerana kau menyucikan.....kerana kau dan aku
satu nyawa.... satu rasa... satu cinta... sama2 duka dan bahagia.... mengharungi hidup...." - abg saha 2.00am

For you, sayang.....




 Priceless.....Truthly.... Tranquility.


.......Remember, yer.....

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...

Sahruddin lahir pada bulan April.... Sifat orang yang lahir pada bulan April biasanya:
 
1: Sangat aktif dan dinamik
2: Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
3: Sangat menarik dan pandai menjaga diri
4: Punya daya mental yang sangat kuat
5: Suka diberi perhatian
6: Sangat diplomatik (pandai memujuk )
7: Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
8: Sangat berani dan tiada perasaan takut
9: Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun
10: Emosi cepat terusik
11: Cuba kawal perasaan
12: Kecenderungan bersifat pendendam
13: Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
14: Kuat daya ingatan
15: Gerak hati yang sangat kuat
16: Pandai mendorong diri sendiri 
17. memotivasikan orang lain


Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah




 

".....I'm here again, a thousand miles away from you. A broken mess, just scattered pieces of who I am. I tried so hard thought I could do this on my own. I've lost so much along the way. Then I'll see your face...I know I'm finally yours. I find everything I thought I lost before. You call my name....I come to you in piec...es. So you can make me whole..........." 

- Song: Pieces, Singer: Red 

 

 

Pesanan dari Penaja...

"Orang hidup sebaiknya selalu rendah diri, tidak perlu sombong dan tidak boleh sombong. Yang boleh sombong hanyalah Allah kerana Allah sahajalah yg miliki segalanya. Kita manusia tidak punya apa-apa dan tidak bisa apa2. Jadi manusia jangan membangga diri....sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yg suka membanggakan diri....."

 

 

 

IBU dan Facebook...segalanya bermula disini.

Hanya aku dan dia sahaja memahaminya....sebuah memori....1kenangan....1sejarah.



Kadangkala aku termenung dan berfikir....apa kena mengenanya citer dlm youtube dan antara aku dgn dia? Ntahlah..yg pasti kami berkongsi 1jiwa dan 1perasaan masa tu....

Sebuah permulaan....sebuah cerita.....sebuah kehidupan.....dan 1perjuangan sudah bermula!!



Tapi.....kenapa...kenapa?....dan kenapa?....kenapa aku?....Yang pasti ada rahsia telah Allah tentukan disebalik setiap kejadian....aku sebagai makhluk ciptaan hanya meneruskan apa yg telah tertulis dan tersurat buat ku......InsyaAllah...akan aku fahami dan pelajarinya...







Thursday, October 21, 2010

Hello...hello...boleh cakap dgn En. Sahruddin???


Ini adalah dialog aku ngn "customer" yg call aku ajak kuar gi minum...skali dinner ngn dia...

Tepon (customer):..............Trrruuuuttttt......trrruuuuutttttt...........trrruuuttttttt......truuutttttttttt

Aku: Hello....

Tepon (customer):..............

Aku: Waalaikumsalam....Ya tuan...yer....yer....Sahruddin sedang bercakap ni.....

Tepon (customer):..............

Aku: Oooohhh....pasal chemical ek? Ok.....ok....kat mana tu? ....... seksyen 18? Ok...ok.....saya datang....

Tepon (customer):..............

Aku: Ohh.....bagi saya 15 minit ya tuan.....nnt saya sampai....
Tepon (customer):..............

Aku: Tuan kat mana? Klang? Tengah bayar tol? ....Ok...ok.....drive slow2 ya tuan.....saya sampai dalam 15 minit lagi...
Tepon (customer):..............

Aku: Ok....ok....baik...baik...jap lagi saya sampai....Assalamualaikum....

Tepon (customer):..............

Aku: ......*kemas laptop ngn barang2....terus chow dari opis.....


Moral of the story:  
* kalau kita dah sayang seseorang...apa juga kita akan lakukan untuknya, betul tak? Hehehe :D

Mounting engine kete aku pecah, duit lagi...RM...RM....RM

2~3 hari ni rasa macam hampeh sangat bila drive kete kesayangan aku ni....mana taknya....engine rasa bergegar semacam walaupun aku dah buat tuning untuk engine ngn ekon. Tapi bila sampai pick-up pun hilang tambah pulak ada bunyi "ketak..ketaK"...aku terus hantar ke wokshop member aku ni...kedai dia simple jer....atap zink dan kerja efektif dgn kos yg murah...hehehe...mmg trademark derang ni...

Bila aku tanya kat Aceh (pomen, member aku ni)....dia terus check...bukak bonet kete aku lalu berkata...:"Bang....dah hancusssss dah mounting kete abg ni...meh abg tengok.."

Mak aiiiii....teruknya!!!! katluar dah boleh nampak. Belum bukak lagi. Aku pun terus suruh dia tukar....

Aku: "Acheh, ko tukar semua empat2 skali mounting engine tu...sebelum tu ko tengok skali ya mana datangnya bunyi 'ketak-ketak' bila abg mula tekan minyak"


Acheh:"Roger bang....Budin!! Beli barang...mounting engine 4"

Apa lagi lepas tu...kete aku kena operasi "pempomeman" lah...hehehe




Hmmmm.....Korang nengoklah camner teruknya keta aku bila mounting engine suda dikeluarkan, nampaknya teruk aku kerjakan kete aku ni.....sampai hancussss...hancai bocai mounting tu...Lepas bukak dan bawak keluar....aku rasa shaft ni nak tercabut...









Betul telahan aku...mmg tercabut pun!!!! Mak aiiiiiiiii!!!! Takutnya aku!!!!!

Kalaulah engine kete aku jatuh atas jalan masa speeding....macamana ya???...

Nilah jumlah keseluruhan 4 biji engine mounting yg kena tukar pada hari tu....

Kosnya? Hehehe.....ni haaaa.............................. (agak2 kamu?)










Tuesday, October 19, 2010

My age? Why u so excited to know about it? Here my explanation...


Here the answer for you...

 

 

"....I'm not 37 but only 21 with 16 years of experience......" 

 

Satisfy? Hehehe...


P/s: terima kasih Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia..

 

 

 

 

Sunday, October 17, 2010

Nafas aku separuh ada kat kamu...

Bangun pagi ahad, lagu pertama aku terdengar adalah lagu ni..lagu Dewa yg lama tajuk "Separuh Nafas". Kebetulan pulak header blog aku ni pun sentuh bab2 nafas....Hmmm.....ada kaitan kot? Hehehehe

Apapun, layan jerlah....sebab rasa cam best jer. Maklumlah dulu taktau pun apa2 pasal lirik lagu ni...skrg ada la faham sikit2...hehehe :D *sambil tersengih2...




Dewa - Separuh Nafas

Separuh nafas ku terbang
Bersama dirimu
Saat kau tinggalkanku …salahkanku
 
Salahkah aku
Bila aku bukanlah
Seperti aku yang dahulu
Ada makna tergali… dari sini
dari pertikaian yang terjadi…
Kau hancurkan diriku…
Bila kau tinggalkan aku…
Kau Dewiku…
Kembalilah padaku
Bawa separuh nafasku
Kau Dewiku…





P/s: Bila la nak dapat balik nafas aku ni nanti...akekekeke :P

Hangin pagi Ahad...video "Police Intimidation" punya pasal!!!

Hmmmm....

Pepagi minggu hari Ahad ni tetiba jer aku naik hangen satu badan....hangen pun bukan pasal apa2 pun....bukan pasal personal atau politik negara tapi citer bab public ngn enforcer. Korang nak tau citer pasal apa? Ceritanya begini...Masa aku bukak Facebook aku tadi, ternampaklah satu posting yg aku rasa tiada dalam berita TV1, TV2, TV3, Astro Awani ataupun Bernama TV. Korang tau apa ceritanya? Tajuk berita dan cerita ialah video "Police Intimidation"?  

Citer ni berkenaan seorang wanita cina disaman oleh pihak polis kerana guna handpon semasa memandu. Polis tu bukannya minta rasuah pun. Derang cuma jalankan tugas seperti biasa, minta IC ngn lesen memandu. Pastu minta sain surat saman. Tapi korang tengoklah apa yg berlaku selepas tu...ada ke patut dicontengnya surat saman polis tu. Sain jerlah yg gi conteng tu sapa suruh. Kalau tak puas hati dan rasa diri benar tak lakukan kesalahan undang2...buat report. Fight di mahkamah.....ini tidak...melawan, keras kepala pulak tu. Kalau cakap bahasa utara "kedegaq". Kalau mcm nilah punya perangai, confirm kalau beranak keluar dapat anak jadik kepala perompak. Maklumlah...maknya pun tak menghormati undang2...inikan pula anaknya nanti...BUAT MALU MALAYSIA jer...Huhuhu....


Hmmmm....

Pada pendapatan aku...jika tak setuju atau tak suka dalam sesuatu perkara....bukan begini caranya? Betul tak? apa? ko ingat kalo dah boleh speaking English tu dah bagus sangat ke? Haram jadah....Dalam menuju ke arah negara maju dan bertamadun...masih ada lagi puak2 camni....sedih aku!!!Apapun, aku bak ulang sekali lagi..."Kurang ajar punya manusia"...tak reti adab apatah lagi undang2 pun masih mau lawan pihak berkuasa ker? Masih tak bersyukur ke tinggal di negara aman damai ni?. Asyik nak cari keburukan pihak polis dan kerajaan jer. Kalau tak suka tinggal di Malaysia....pulangkan kerakyatan tu dan blahlah ke negara lain. Buat menyemak dlm Malaysia jer.... 

Hmmmm....


Hangen punya pasal lupa lak nak tunjuk kat korang videonya kat Youtube....ni haaa....korang tengok pastu baru komen kat situ.... http://www.youtube.com/watch?v=pc4su-Qh1qM&feature=player_embedded

Bila aku bukak dan cari dlm Google search pulak, aku jumpa blognya...ni alamatnya: /http://www.loyarburok.com/the-system/bolehland/video-police-intimidation-caught-on-video/

Ni pulak respon Ketua Polis Selangor dan komen pompuan tu: http://www.loyarburok.com/the-system/bolehland/police-intimidation-video-what-happened-before/

 

Korang bacalah sendiri dan fahami niat orang yg ambil video tu...sendiri baca, sendri mau ingatlah....

 

P/s: Mengikut maklumat sumber dari blog tu....pompuan tu dok kat Taman Desa. Waaahhh!!! dekat umah aku tu..!!!! Sedihnyerrrr!!!!
 





 

Friday, October 15, 2010

Hari bertemu Para Pendekar dari Pergunungan...N9 Darul Khusus

Assalamualaikum....

Minggu kedua Oktober ni mmg banyak perkara2 yg tidak terfikir berlaku dalam hidup aku....Salah satunya aku berjumpa para pendekar dari gunung...dari kemuncak Titiwangsa.....Lokasinya, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan....

Haaa....nama sahabat tu Tuan Matlago...nama betul kena tanya dia sendiri laaaa...hehehe...tu haaa orangnya, cuba nengok kat gambar atas tu....simple tapi encem laaaa....maklumlah...para pendekar semuanya hensem dan gagah perkasa....mana yg kenal tu almaklumlah.....hehehe

Tempat pertemuan ngn derang tu ialah sebuah bengkel membuat senjata tradisional Melayu lama seperti keris, golok, kerambit, kelewang, pedang dan lain-lain lagi. Banyak juga senjata yg derang buat samada untuk perhiasan, baik pulih semula ataupun utk dijual....hasil kerja tangan derang ni mmg cantik....boleh aku katakanlah terbaik di seluruh Negeri Sembilan ni...
 


Yang kat sebelah aku ni pulak (gambar atas) ni tokey bengkel besi aka Tukang Besi aka Pendekar Besi....Nama dia Tuan Zamri. mmg famili dia turun menurun menjalankan kerja2 bengkel besi ni...Syabas aku ucapkan kepada beliau kerana bengkel besi ini berjaya mengeluarkan produk2 kraftangan yang amat bermutu tinggi...



Gambar atas ni pulak masa aku sedang meneliti kualiti hasil kraftangan (senjata melayu lama)....mmg cantik dan kemas!!!



Yang ni pulak Tuan Zamri sedang memperkatakan sesuatu ttg hasil kerja tangan serta teknik2 penghasilannya...




Tu haaaa.....gambo atas tu pulak...hehehe...ado gayo pendekar tak? Hehehe...gambar tu Tuan Matlago punyo spesel request...apapun tahniah aku ucapkan atas kesungguhan para pendekar kita ni memperjuangankan hasil2 kerja tangan tradisional Melayu supaya dapat lagi diwarisi dan ditatapi oleh semua org Melayu....Tabik Tuan!!!!

Laman blognya ada dibawah nun....cuba cari. :D






Doa Pendinding (utk yg rajin beramal....)