Fikir...

NuffnangX

Friday, October 12, 2012

PADA SUATU HARI....

Saidina Ali bin Abu Talib bertanya kpd Rasulullah S.A.W tentang sunnahnya, maka  Rasulullah S.A.W  menjawab dengan gaya bahasa madah dan berfalsafah: 


Makrifat adalah modalku
Akal fikiran adalah sumber agamaku


Cinta adalah dasar hidupku
Rindu adalah kenderaanku


Berzikir adalah kawan dekatku 
Keteguhan pendirian adalah perbendaharaanku


Kerelaan adalah sasaranku
Duka adalah kawanku


Ilmu adalah senjataku
Ketabahan adalah pakaianku


Berfikir adalah kebanggaanku
Menahan diri adalah pekerjaanku


Keyakinan adalah makananku
Kejujuran adalah perantaraanku


Ketaatan adalah ukuranku
Berjihad adalah kegemaran/perangaiku 

dan...

Solat adalah Hiburanku...






*Semoga memberi manafaat buat ku dan juga dirimu....






MISTERI : UFO? ALIEN...? MAKHLUK ASING DI Sentul...???


Pasti ramai yang terkejut bila baca posting bab MISTERI ni,,,,,
Ada alien? ada UFO? kat Sentul... ???
Ini bukan sebarang alien sebab aku tangkap gambar alien ni pakai HP Samsung GT-S3850 Corby cabuk ni jer... Bukan pakai kamera lensa kuasa tinggi pun..

Kalau korang tak percaya dan korang tanya betul ke? 
Jawab aku...
Haaah... Memang ada

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.....





Cahaya di pintu tu bukan cahaya kapal angkasa UFO mendarat yer.... tetapi cahaya terang yang menerangi lorong gelap gelita yang sedang aku lalui ini...
Senang cerita, inilah laluan dan pandangan aku berjalan mengadap ke depan....

Tiba-tiba aku rasa macam ada orang mengintai-intai pulak. 
SASPEN beb... maklumlah tempat gelap gelita di sepanjang lorong ni...

Aku pun apa lagi, bila rasa macam diganggu jer. 'TEMPER' aku cepat naik sebab aku kerja maaaa... tengah kerja ni, cuma bezanya aku baru keluar dari toilet di hujung lorong bangunan ni....

Hmmmm... 
apa lagi Samsung Corby ni aku bawa keluar dan cepat2 snap gambar sebelah depan aku...  

Nak sangat 'mengintai-intai' aku, meh aku amek gambar 'ko', mana tau ...





Haaaaa...
ni laa gambar di bahagian belakang aku berjalan yang aku snap...
gambar ni diambil dari tempat aku berdiri dan berpaling ke belakang...

CABUTTT Lariiiii??? 
Owh TIDAK... aku takkan lari kerana aku menerima pakai pesanan dan petua orang2 tua...
JANGAN LARI apabila mengahadapi situasi....

Namun di ketika aku lihat disekeliling kawasan belakang, TAK ADA APA-APA PUN YANG PELIK.....

tapi hati cakap snap jer laaa gambar.... rasanya 'ada' tu...
Bila tengok dalam HP lepas snap takde apa2 yang pelik pun...
Aku lalu meneruskan perjalanan ke tempat lokasi kerja....

Buat la kerja seperti biasa....
..
....
.....
.......
..........
............
..............
................




Malam tadi malam jumaat.... punyalah boring taktau nak buat apa...

Hmmmm... tetiba teringat gambar dalam HP tadi, aku buka semula....

Still tak ada apa2 pun, namun tergerak hati untuk transfer ke laptop ni...

HASILNYA!!!!

Tttuuuuuuuuuuuuuuu..... gambar kat dalam bulatan tu.
Siapa ek? ALIEN? UFO?



Bila diperbesarkan lagi gambar ini, inilah hasilnya....
SUBHANALLAH!!!!!
memang ADA ALIEN puuuuuuuuuuunnnn!!!!!!


Apapun, AL-FATIHAH BUAT MEREKA...

Baik buruk, jahat baik bukan kerja aku untuk menilainya, biarlah ALLAH yang mengurusnya...


-----------------------------------------------------------------------------






ISI BORANG KERJA BARU DAN SOALAN IQ YANG sedikit HAMPEH...



Lama tak lama.... rasanya lama juga la aku tak kerja lepas resign dari kerja lama di Shah Alam. Biasalah, 'Darah Pendekar'...Hehehe

Hmmm... Banyak betul form dan borang 'online' yang kena isi tapi yang ni memang best. Dalam memohon kerja dan perlu isi borang data maklumat diri, ada satu soalan seperti soalan IQ juga la....


Banyak betul soalan cikedees aku kena jawab, tapi ni la jawapannya...  'sedap macam tapai pulut'.







Jenuh juga nak isi sebab semua dalam bahasa Inggeris tapi yang best  apabila keluar resultnya... Nampak seperti cemerlang...

Eh? ye ke???  Hehehe...

* Ini bukan angkat bakul sendiri atau cobaan dari Pendekar Mustar ye... Ini apa yang keluar dari result softwarenya... Hehehe


SENYUMMMM...!!! 

Cakkk!!!!

TETAPI yang paling bongok tentang sistem software ni adalah panggil aku dengan nama bapak pulak. Memang nampak dasar software sistem mat saleh. Sesuka hati jer panggil nama aku pakai nama bapak... Haram jadah tul... tu jer yang FAIL, bukan aku tapi sistem ni la.... 
Mangkuk Hayunan  punya sistem!!!

Hahahaha...  :))



AKU BERSAHAJA... KAMU YANG 'LUARBIASA'...

Pusing punya pusing dalam net, terjumpa pulak lagu dengan tajuk "AKU BERSAHAJA" ni... nampak macam lagu buat orang yang simple macam aku ni. TAPI...

bila dihayati liriknya, memang padan pada orang macam aku ni yang suka mendoakan orang lain lebih hebat dari aku... Hmmmm....
"Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis CINTA...  yang TERBAZIR didunia..."



Woww!!! Jom layan....






Rossa & Taufik Batisah - AKU BERSAHAJA


Bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah.. 
Bisakah ku menebak masa cintakan tercipta...
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia...
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya...

Ingin ku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa...

Sulitkah mahu ku cuma untuk mengucapkan cinta...

Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. 

Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis CINTA...  yang TERBAZIR didunia... 

Aku bersahaja... Aku bersahaja...

Menanti di 'tebing sana', haus tak terarah...
Hanya satu yang ku pinta, seteguk air CINTA...

Bisakah ku huraikan segala misteri dunia.. 

Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya...

Inginku pupuskan segala tanda tanya yang terbelenggu di jiwa...

Sulitkah mahu ku cuma untuk mengucapkan CINTA...


Aku bersahaja... Aku bersahaja... kamu yang luar biasa. 
Bukan syurga yang ku pinta, hanya secebis  CINTA...  yang TERBAZIR didunia... 

Aku bersahaja... Aku bersahaja...
Menanti di 'tebing sana', haus tak terarah...
Hanya satu yang ku pinta, seteguk air CINTA... 



Fuhhhhh!!!!