Fikir...

NuffnangX

Friday, October 29, 2010

Panggilan Haji...

Assalamualaikum, Salam Pagi Jumaat...

Semalam dan hari ini sahaja, 2 org kenalan (jiran dan rakan sepejabat) telah dan akan berlepas tanah suci menunaikan fardu Haji. Terasa sayu hati bila melihat wajah2 penuh ketenangan ini akan menjadi tetamu Allah di sana... Aku? Bila lagi aku akan menunaikan haji ni ya? 

Hmmm... 
Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup... Itu yg aku faham sejak aku kecil lagi. Tapi bila check akaun tabung haji masih belum cukup lagi. Nampaknya aku kena gandakan usaha menambah rezeki lagi... tambahkan simpanan untuk ke tanah suci. Jika dah sampai seruan.. InsyaAllah, maka akan tercapailah hajat ke tanah suci....dengan izin Nya.

 Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."




InsyaAllah, aku kepingin sekali hendak ke sana.
I want to be there and I'll be there...but when? I don't Know....Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Pentadbir diri ku...


"Ya Allah...permudahkanlah segala persiapan kami untuk menunaikan haji. Jemputlah kami sebagai tetamu istimewa Mu. Amin. " 





2 comments:

Encik Anif said...

Insyallah akan terlaksana juga hajat itu nanti..

Sahruddin Esa said...

Terima kasih, Anif. InsyaAllah....Amin.