Fikir...

NuffnangX

Tuesday, November 9, 2010

Bertemu Cikgu Baharin bin Hj. Ibrahim, Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik)

Satu pertemuan yg tidak disangka-sangka!!!!

Hmmmm.....sewaktu hadir ke pejabat Koperasi Jiran Aman Malaysia atau PeJaRaM di Taman Permata, Kuala Lumpur. Aku terpandangkan seorang lelaki separuh abad duduk di kerusi sebelum aku memasuki pejabat. Seakan-akan ada aura pada diri beliau yg membuatkan aku terus menghulurkan salam pada beliau juga pada pegawai Koperasi yg lain.  Ntah...ada sesuatu yg menarik pada diri beliau...jawab hati aku....

Dalam sembang punya sembang punya sembang, pecahlah cerita bahawa beliau adalah Cikgu Baharin bin Hj. Ibrahim dari Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik). Beliau adalah Jurulatih Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan, bekas jurulatih silat kebangsaan tahun 1996~2006 dan juga Pengadil (Wasit) Silat dan Juri Antarabangsa (Kelas Pertama). Patutlah aku rasa seperti pernah bertemu dengan beliau dahulu semasa aku aktif dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) terutama semasa terlibat dalam program anjuran Kementerian seperti Festival Silat Nusantara dan juga Kejohanan Silat Sedunia.

Walau hanya pertemuan singkat, namun aku rasakan beliau telah menyuntik satu semangat apabila beliau berkata:  
"Kita bukan sekadar ahli silat, tetapi kita seharusnya menjadi pejuang silat kerana ini adalah perjuangan..."







08.11.2010, 4.15pm - Satu pertemuan yang tidak diduga....syukur ke hadrat Allah


Wajah dari jarak dekat Cikgu Baharin, dari Perguruan Silat Sendeng Asli Pahang (2 Beradik). Wajah tampak bertenaga dan gagah. Beginilah rupa seorang insan yg berjuang memartabatkan seni persilatan melayu di bumi bertuah ini...


Tahniah kepada beliau kerana baru dilantik sebagai Ketua Biro Pembangunan Dan Aktiviti, Persatuan Guru-Guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA)









....

No comments: