Fikir...

NuffnangX

Saturday, June 4, 2011

Hidup Ini... Apa yg aku melalut ni???

Hidup ini adalah sengsara? Hidup ini adalah sukar? Hidup ini adalah derita?

Jawapannya... TIDAK!!!

Hidup ini sebenarnya adalah satu PERJUANGAN. Namun dalam memperjuangkan kehidupan ini, sering kali kita menghadapi situasi jatuh dan bangun, merasa pahit dan manisnya, buruk dan keindahannya...

Pastinya, segolongan antara kita adalah orang yang tetap bersemangat untuk memperjuangkan hidupnya meskipun mereka sudah terjatuh berkali-kali, tetap bersemangat tanpa rasa jemu dan putus asa. Kata mereka, biarlah apa yang orang lain mahu fikir dan biarlah apa yang orang lain mahu kata, tetapi mereka tak tahu bahawa PAHITnya dan MANISnya aku yang merasa nikmatnya.... Ingat! Disinilah permulaannya perjalanan sebenar makna dan erti kehidupan...

Namun, akan tetapi ada juga segolongan lagi yang mudah putus asa, putus harapan dan lantas segera hanyut dibawa gelombang ganas entah ke mana harga dirinya, emosi, akal dan amanah dari Tuhannya... Mereka lupa bahawa hakikatnya semua manusia itu mempunyai darjat yang sama disisi Tuhannya melain mereka bertakwa dan tawadu'...


Sebenarnya...

Hidup ini sebenarnya tidaklah terlalu sukar melainkan kerana kita tenggelam dalam emosi yang pelbagai. Bila punya masalah, ada masanya kita KUAT bertahan dan ada masanya kita goyah menentang arus. Namun begitu, KEKUATAN itu sebenarnya ada dalam diri... cuma kita lupa bagaimana cara mahu menjanakannya...Hidup adalah pengalaman, bertambahnya pengalaman membuatmu menjadi lebih baik.

Walau hidup tidak mudah bagi siapapun. Tapi kita harus mempunyai kegigihan dan percaya pada diri sendiri. Kita harus percaya bahwa kita diberi suatu bakat dan berapapun pengorbanannya, kita harus mendapatkannya ...

Umpama menanam sebatang Pokok, begitulah hakikatnya kehidupan ini. Dari menyemai biji benih hinggalah membaja, menjaganya hingga menuainya hasil begitulah kehidupan ini.... dengan jagaan yg baik ia akan merimbun tebal, berbuah manis namun masih rendang dan tidak tegak menuding langit. Bak kata pepatah lama :"semakin berisi semakin tunduk...."

Masalah kita adalah buatan manusia, maka dari itu, dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia. Kesukaran yg dihadapi dalam melalui liku-liku "Perjalanan" inilah, baru akan datang kedewasaan kerana menjadi dewasa juga bererti menghadapi, dan bukan menghindar semua krisis yang datang dengan kecekalan, kesabaran dan pengalaman yang mematangkan diri, minda dan jiwa hingga mampu mengenal siapa Pencipta Nya.... *Beruntunglah siapa-siapa yg mendapat hidayah seperti ini...

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Namun itu tidak sehebat dan seberat tanggungjawab dan janji yg digalas, berat lagi HATI dan JIWA yg menanggungnya..."

Benar kata-kata diatas itu...


Tetapi bagaimana?

Tidak ada dalam hidup yang harus ditakuti. Yang ada hanyalah tahu BAGAIMANA MEMAHAMINYA....

(1)
JUJUR lah pada diri dan jiwa mu, iaitu zahir dan batinmu harus SEJALAN SEIRING. Jika keduanya tidak sejalan maka engkau akan terus tertekan dan merana. Engkau akan merasa kepayahan untuk menutupi kekurangan dan kekhilafan dirimu dalam menghadapi dugaan dan cobaan yang datang...

Hiduplah engkau dengan secara apa adanya dengan rezeki yang telah diberikan. Bersyukurlah kerana dengan bersyukur itu akan mententeramkan jiwa mu dan akan menambah lagi rezeki pemberian oleh tuhan mu.

Jujurlah engkau kpd dirimu, engkau akan bebas dan ringan melangkah ke mana-mana. Engkau tidak akan dihinggapi rasa was-was dan khuatir terhadap kekurangan dirimu. SERASIkanlah penampilan ZAHIR mu dgn penampilan BATIN mu dengan pandangan kalbu Cinta dan Kasih Sayang kamu kepada alam ini dan segala isinya...


Ingat! Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, itulah KEJUJURAN.

(2)

BERFIKIRAN POSITIF
semasa kesulitan, jangan terlalu emosi akibat perkara yg telah berlalu atau terlalu berfikir tentang masa depan.. Tetapi TATAP lah WAKTU KINI. Masa yang berlalu sudah berlalu, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu. Namun pada masa inilah kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.Berfikiran positif dan optimis adalah sangat penting dalam menentukan keputusan yang akan dibawa bakal membawa kehancuran atau kebahagiaan dan kejayaan...

(3)
SYUKURI lah apa yang kamu ada kerana belum tentu kamu mampu mendapat lagi apa yang telah kamu dapat ketika ini. Dan harus diingat bahawa ada insan lain yg lebih sukar hidupnya daripada kamu walau sesukar mana kamu ketika ini.... Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya, apa yang kita ada...

(4)
KETAKUTAN Jangan dijadikan suatu masalah dan alasan kegagalan untuk takut mencuba berjuang dan mencuba lagi , tetapi lihatlah masalah atau kegagalan itu sebagai pendorong kekuatan untuk lebih berjaya.... Ini kerana selalunya kita tidak melihat ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, ada pintu yang lain terbuka. Tetapi seringkali kita melihat ke pintu yang tertutup begitu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibuka untuk kita... dan kita tidak akan pernah belajar untuk menjadi berani dan sabar jika yang kita temukan di dunia ini hanyalah sukacita...

(4)
JANJI.
Berpegang teguh pada janji. Apa di kata tetap akan di kota tidak kira lambat atau cepat, namun jangan sesekali mungkir dan khianati janji... Namun
ketika diri kita merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar suatu saat kau tak akan mengkhianati dan mengecewakan orang lain, kerana kamu juga telah merasakan betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan... Ingatlah! Hal yang besar bukanlah apa yang terjadi di dalam hidup kita, melainkan apa yang sudah kita lakukan terhadap setiap kejadian di dalam hidup kita...

(5)
HATI -
Hidup adalah pelajaran panjang tentang kerendahan hati kerana disini letaknya kekuatan diri dan penentu kejayaan. Hidup tanpa hati adalah mati kerana jiwa tidak mampu hidup tanpa hati yg tenang dan terang. Hati mampu menyuluh apa yang ada disebalik dinding yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar...


Rumusannya:

KEHEBATAN KITA adalah apabila tiada antara kita yg merasa akan KEKALAHAN. Semua sama, semua cantik, semua hebat walau ada perbezaan diantara kita. Namun, KEBAHAGIAAN bukanlah tujuan kehidupan, melainkan hanyalah cara untuk kita menjalani hidup... dan KEBAHAGIAAN bergantung atas pada apa yang dapat kita berikan, bukan pada apa yang kita inginkan. Ingat! Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup iaitu mencintai dan dicintai……

"KENALILAH SIAPA DIRIMU DISISI TUHANMU, MAKA KAMU AKAN MENGENAL KAMU... dan HARAPAN bukanlah mimpi melainkan cara untuk membuat mimpi menjadi sebuah KENYATAAN..."


Amin.... Amin... Amin



Abg Saha - 5.05am
04.05.2011


.

Sunday, March 27, 2011

What must this guy have scored in his driving test !






Whoever came up with this storyline is a genius!

Perbezaan antara Para Pemenang dan Para Pecundang



Pemenang berkata, "Biarkan saya melakukannya untuk anda"
;

Pecundang selalu berkata, "Itu bukan pekerjaan dan masalah saya."


Pemenang melihat jawapan untuk setiap masalah;
Pecundang melihat masalah bagi setiap jawapan.


Pemenang berkata, "Ini mungkin sukar tapi mungkin";
Pecundang selalu berkata, "Ini mungkin boleh, tapi terlalu sukar."


Saat pemenang melakukan kesalahan, dia berkata, "aku salah";
Ketika pecundang melakukan kesalahan, ia mengatakan, "Itu bukan salahku."


Pemenang membuat komitmen;
Pecundang hanya membuat janji.


Pemenang mempunyai impian;
Pecundang mempunyai skim.


Pemenang berkata, "Aku harus melakukan sesuatu";
Pecundang berkata, "Sesuatu perlu dilakukan."


Pemenang adalah sebahagian daripada pasukan;
Pecundang berasingan daripada pasukan.

Pemenang melihat keuntungan;
Pecundang melihat rasa kesukaran.


Pemenang melihat kemungkinan;
Pecundang melihat masalah.


Pemenang percaya pada perkongsian dan situasi menang-menang;
Pecundang percaya bahawa bagi mereka untuk menang seseorang harus menang.


Pemenang melihat POTENSI;
Pecundang melihat masa lalu.


Pemenang seperti THERMOSTAT;
Pecundang seperti thermometer.


Pemenang memilih apa yang mereka katakan;
Pecundang mengatakan apa yang mereka pilih.


Pemenang menggunakan hujah keras tapi kata-kata lembut;
Pecundang menggunakan hujah lunak tapi kata-kata keras.


Pemenang berpegang teguh pada nilai-nilai dan impak terbesar namun tetap berkompromi pada hal-hal kecil;
Pecundang hanya berdiri teguh pada hal-hal kecil tapi tidak peduli untuk berkompromi pada nilai-nilai dan impak terbesar.


Pemenang mengikuti falsafah empati: "Jangan lakukan pada orang lain apa yang anda tidak ingin mereka lakukan untuk anda";
Pecundang mengikuti falsafah, "Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya padamu."


Pemenang membuat sesuatu terjadi;
Pecundang membiarkan hal itu terjadi.


Pemenang merancang dan mempersiapkan diri untuk menang.
Kata kuncinya adalah persiapan.



FIKIR-FIKIR DAN RENUNGKANLAH...


.

Apa hal pertama WANITA lakukan SELEPAS kemalangan Kereta?


Matikan enjin? TIDAK

Lari dari kereta yang akan bakal meletup itu? TIDAK

Telefon 999? TIDAK

Telefon ambulan? TENTU SAHAJA TIDAK

Jadi? Apa yang bakal berlaku?

Control cun ... itu yang paling penting.
Untuk wanita luar negara sahaja yer, yang pasti BUKAN wanita Malaysia.
Fikir-fikirkanlah.... Hehehe



Saturday, March 12, 2011

Dosakah aku???



Cuba hayati lirik lagu nih...

Cuba letakkan diri anda di tempat mereka... janganlah terlalu mudah menghakimi org lain walau apapun situasi percintaan atau dugaan didalam hidup mereka... kerana hanya mereka yang melalui perjalanan dan ketentuan ini sahaja yang merasainya.

Bagaimanakah anda dapat berpisah dari seseorg yg merupakan
'Nyawa Anda Sendiri'??? Sanggupkah anda menjadi mayat hidup yg jiwanya telah mati???... Tiada siapa yg memahami melainkan mereka sendiri merasai kepedihan dan kesakitan perpisahan disebabkan cinta yg tidak direstui namun aku yakin CINTA SUCI tetap akan MENANG...

Kepada mereka yg menghadapi ujian yg amat hebat ini...
BERSABARLAH kerana Allah sentiasa bersama kamu. Ada hikmah dan keajaiban di sebaliknya...Percayalah.


Kepada orang yg suka2 menghakimi pula, adakah kamu akan berjaya jika ditakdirkan melalui dugaan dan ujian ketentuan hidup seperti ini? Fikir-fikirkanlah....






Dosakah aku mencintaimu, mendampingimu... inginkanmu.

Aku menjadi diri sendiri, tak peduli apa kata dunia.
Ku nanti hari ketika cinta datang... cinta menang.

Jadi sayangku bertahanlah... bila terkadang mulutnya kejam.

Peluklah aku... jangan menyerah.
Mereka bukan hakim kita...

Bintang yang mempertemukan kita...
cinta yang mempertahankan kita...
Ooh Tuhan... Dengarkan doa dari cinta yang terlarang.

Rasa yang mempersatukan kita...
cinta yang mempertahan kita...
Ooh Tuhan.... dengarkan DOA dari cinta yang terlarang...

Cinta dan Rasa bersatu di DOA... Berharap cinta kita yang terlarang.
Berharap cinta kita yang kan MENANG...


.

Monday, February 14, 2011

Hari Kekasih??? Valentine's Day??? Ini bukan budaya kita...


Menurut maklumat dari Ensiklopedia Katolik, nama Valentinus adalah merujuk kepada tiga martyer atau santo (orang suci) yang berbeza.

Hubungan antara ketiga-tiga orang ini dengan hari raya kasih sayang (valentine) tidaklah seberapa jelas. Bahkan Paus Gelasius I, pada tahun 496, menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada yang diketahui mengenai mereka-mereka ini, namun hari 14 Februari ditetapkan sebagai hari raya peringatan santo Valentinus. Ada yang mengatakan bahawa Paus Gelasius I sengaja menetapkan hal ini untuk merayakan Hari Lupercalia pada tanggal 15 Februari.

Santo atau Orang Suci yang di maksudkan itu adalah :

  • Pastur di Roma
  • Uskup Interamna (modern Terni)
  • Martir di provinsi Romawi Afrika.

Sisa-sisa rangka mayat yang digali dari makam Santo Hyppolytus, didkenalpasti sebagai mayat St. Valentinus. Kemudian diletakkan ke dalam sebuah peti keranda dari emas dan dikirim ke gereja Whitefriar Street Carmelite, di Dublin, Ireland. Mayat ini telah diberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada tahun 1836. Banyak pengunjung sekarang yang datang ke gereja ini pada hari Valentine (14 Februari), di mana peti keranda dari emas ini diarak dan dibawa ke sebuah altar tinggi. Pada hari itu dilakukan sebuah upacara yang khusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta.

Perayaan Valentine Days ini DIHAPUS dari kalender gerejawi pada tahun 1969 sebagai sebahagian dari usaha yang lebih luas untuk menghapus santo-santo yang asal- usulnya yg tidak jelas, meragukan dan hanya berasaskan kepada legenda sahaja. Namun pesta ini masih tatap dirayakan oleh orang-orang tertentu.


Hukum Merayakan Valentine Dalam Islam

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang kita untuk mengikuti tata cara dan ibadat kaum dan agama lain selain dari agama Islam, mafhumnya, "Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut" (HR. At-Tirmidzi) .

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ” Memberikan ucapan selamat terhadap acara ibadat orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut adalah HARAM “.

Mengapa ? karena ia bererti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah subhanahu wata’ala. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah subhanahu wata’ala dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh.

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ” Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, karena alasan berikut :

Pertama : Ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.

Kedua : Ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara murahan seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga mereka diredhai Allah -.

Contoh khusus : Biasanya, seseorang seorang gadis atau jejaka mengatakan bahawa dia tidak mengikuti keyakinan mereka, namun hanya pada hari Valentine tersebut sahaja dengan maksud memberikan makna cinta dan suka citanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Saudaraku!! Ini adalah suatu kelalaian, mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang baik dan berfaedah, tetapi lebih kepada mencerminkan penerapan nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan normal dalam pergaulan antara lelaki dan wanita sehingga struktur sosial mereka sendiri menjadi porak-poranda. Seharusnya, setiap muslim merasa bangga dengan agamanya, dan tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan suka akan ikut-ikutan. Semoga Allah subhanahu wata’ala melindungi kaum muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang nampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya. Amin.

Di dalam ayat lainnya, Allah berfirman, ” Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Mujadilah: 22).

Jadi,

kesimpulan dari hukum Perayaan Valentine adalah sebagai berikut :

Seorang muslim dilarang untuk meniru-niru kebiasan orang-orang di luar Islam, apalagi jika yang ditiru adalah sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan, pemikiran dan adat kebiasaan agama mereka.

Bahawa mengucapkan selamat terhadap acara kekufuran adalah lebih besar dosanya dari pada mengucapkan selamat kepada kemaksiatan seperti meminum minuman keras dan sebagainya.

HARAM hukumnya umat Islam ikut merayakan Hari Raya orang-orang di luar Islam.

Valentine’s Day adalah perayaan di luar Islam untuk memperingati pendeta St. Valentin yang dihukum mati kerana menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh karena itu umat Islam tidak boleh memperingati hari Valentine’s tersebut sebagai satu bentuk perayaan buat mereka.



Sumber maklumat:

Valentines Day: History of Valentine's Day (info dari History Channel)






Ustazah Norbayah - menyambut Valentine day HARAM menurut Islam









Nota:
Semoga kita semua muslimin dan muslimat dilindungi Allah dari hasutan dan propaganda ganda Yahudi/Nasrani kafir laknatullah...