Fikir...

NuffnangX

Showing posts with label Nukilan aku... Show all posts
Showing posts with label Nukilan aku... Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Siapalah akan bawa aku pergi...

Bawalah Daku Pergi?

Sambil2 melayari youtube, ternampak tajuk lagu ni. Lagu zaman persekolahan dulu, lagu yang aku sendiri tak tahu apa makna dan pengertiannya..


TETAPI sekarang aku dah faham apa makna dan maksudnya dalam lirik lagu ini sekarang. Punyalah lama, dekat2 25 tahun lagu tu dan cerita didalamnya. Baru sekarang aku faham apabila telah menjadi dewasa. 

Dulu yelah, zaman budak2... Zaman bodoh2 lagi tentang hal2 feeling ni...

Apapun pengalaman hidup ini, semuanya telah ditentukan ALLAH..




Rindu...
Rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa

Tiada...
Tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh...
Jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini

Syahdu...
Syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata...




Anita Sarawak - Bawalah Daku Pergi








.

Thursday, June 20, 2013

Konon tersebut AL-KISAH suatu masa dahulu...


Suatu masa dulu, sering kali disebut dan diucapkan susah senang sama-sama, tetapi senang jer yang sama. Rupanya susah sendiri2...

Bak kata peribahasa :

"Sudah dapat Gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi"


Maksudnya berasaskan pada kiasan yang digunakan. Dimanakah nilai tanduk di bandingkan dgn nilai gading. Tanduk berharga tapi gading lebih tinggi harganya dari tanduk. Jadi jika pada mulanya kita ada tanduk, tanduk itu kita lupakan bila sudah pula mendapat gading.

Yang mendatangkan maksud apabila kita atau seseorang lain atau sesuatu itu dahulunya diharap2kan dan dihargai tetapi bila dapat diganti dgn sesuatu yang baru dan lebih  berharga. Maka kita ditinggal pergi dan dilupakan. 








Inilah rupa tanduk, walaupun tanduk seladang yang sukar dicari.., terjelepuk atas lantai jer.









Inilah pula rupa gading, baiknya tempatnya.., dengan perhiasan.









Haiii.. nasib oh nasib ....

Sedih hiba...











PATAH HATI

Patah hatiku 
Membawa derita 
Merajuklah diri 
Merajuk diri 
Tak tentu haluan

Patah hati ku 
Membawa derita 
Merajuklah diri 
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu 
Bahagia selalu 
Sayang 
Rupanya patah 
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang 
Resah menanggung 
Sayang 
Kenanglah jangan 
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku 
Di dalam nestapa 
Mengenangkan nasib 
Mengenang nasib diriku malang 
( 2 X )

Maksud hatiku 
Maksud hatiku 
Bahagia bersama 
Sayang 
Apakan daya 
Diriku miskin 
Harta tak punya

Ingin ku petik 
Bintang yang tinggi 
Sayang 
Tanganku hangus 
Tanganku hangus disambar petir

Khamis
11 Syaaban 1434H | 20hb. Jun, 2013


.

Sunday, June 16, 2013

Gambar Kenangan berambut panjang dulu...



Kenangan oh Kenangan...

Ini semua gambar kenangan semasa berambut panjang dulu.... 

Rasa syahdu pulak... waaaaaaa






Ni gambar paling menarik semasa di jalan-jalan berbudaya ke  Melaka...





Ni gambar di pantai Bagan, Port Dickson...














Mungkinkah aku akan kembali berambut panjang semula?

Hanya masa yang akan menentukan segalanya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013










Rambut dah pendek...???









Tanggal 28hb April, selang 7 hari selepas masuk ke usia 40.... telah berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan iaitu Majlis Kenduri Doa Selamat dan potong rambut yang panjang ini...


Dibawah ini adalah 3 gambart terakhir sebelum rambut dipotong...















Gambar yang last ni, ditepung tawar oleh Mak Long yang datang sejauh dari Johor ke Kuala Lumpur ini...


Inilah gambar PERTAMA selepas rambut dipotong... 



macam budak sekolah jer,kan?... hehehe




Maka, pepatah apa guna berambut panjang tidak boleh digunakan lagi... Hik hik hik



'Aku belajar' pada 7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013...







Assalamualaikum warohmatullah...

Lama tak berhapdet blog ni... banyak perkara berlaku pahit manis, perih sukar bahagia gembira..

Yang penting selama ini, KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI adalah sesuatu yang paling sukar didapati dari kalangan manusia sekarang ini. Belum tentu lagi in san yang kita sayang juga ikhlas hatinya kepada kita, apatah lagi mereka yang baru dikenali.

Dunia sekarang, ramai yang lebih mementingkan diri sendiri, bak kata alamarhum Nenek dulu: "Kawan gembira ada dimana-mana, kawan menangis sukar dicari..."... dan pada zaman ini bukan sahaja kawan, tetapi teman rapat mahupun kekasih hati juga bersikap begitu.

Semuanya lebih memandang kepada kebendaan, darjat dan harta benda wang ringgit. Nilai keperibadian bukanlah sesuatu lagi yang dipandang oleh setiap manusia zaman sekarang... Apatah ada lagi kepada 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI  kerana ia bukanlah lagi sesuatu yang penting pada pandangan manusia sekarang.

Terlalu ramai juga yang mengambil 'sikap tikam belakang', 'curang', 'cakap lain buat lain' dan selain mempergunakan orang lain demi kesenangan sendiri...

Namun untuk apa difikirkan semua itu kerana sesuatu itu berlaku pasti dihitung oleh ALLAH jua. Pada DIA sahaja tempat kita bergantung hati dan rezeki, jodoh dan maut, hatta rezeki setiap hari..

Mungkin ini cara ALLAH mendidik...

Apa yang berlaku BIARLAH.... seperti dalam lagu baru Faizal Tahir 'BIAR'...

BIARLAH,  semuanya telah berlalu. Dan masa depan jua hanya di dalam ketentuan ALLAH jua... Kita cuma melaku apa yang TERBAIK untuk semua...

Dan yang paling penting, KEKALKAN 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI dalam melalui perjalanan hidup ini, kerana hanya itu sahaja yang dipandang ALLAH dan tidak terhijab kita darinya...
In shaa ALLAH...

ALLAH itu Maha Kaya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013



.

Wednesday, May 22, 2013

"Pak ketipak ketipung... Suara gendang bertalu-talu"




.
Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak HATI BINGUNG,
Hati di dalam SIAPA yang tahu...


Kolam di dusun dek airnya penuh,
Hujan lah rintik belum berhenti.
Senjata racun tidak membunuh
Cinta yang murni  DIBAWA MATI...






.
.

Tuesday, May 21, 2013

Alhamdulillah, wassyukurillah



Ya Robbi Solli ala Nabi Muhammadin




"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu. Pasti akan damailah hatimu,kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mugkin itulah yang DIA mahu. Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa. Tapi, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri, kerana mungkin airmata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang kian tersasar dari keikhlasan kepadaNYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi, banyak pula dugaan yang datang. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa hebatnya ALLAH itu.. Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka ALLAH berfirman : " Biarkan hamba Ku itu.. kerana Aku mencintai rintih suaranya".... - Anas ibn Malik r.a.


Semoga apa pun keputusan yang kita dapat, sama ada berjaya ataupun gagal, diharap kita semua dapat menerima dengan tabah, sabar dan redha di atas segala perancangan dan ketentuan dari ALLAH SWT. Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-hamba yang taat dan bersyukur pada NYA.


"Dan ingatlah, bahawa sesungguhnya kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita bertemu dengan ALLAH SWT dalam keadaan DIA redha kepada diri kita.."
- ALLAH HU ROBBI


"Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambamu yang sentiasa BERSYUKUR dan REDHA di atas segala ujian dan ketentuan Mu.." 


Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...


Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah


Amiiin Ya Robbal Alamiiiin




"Kepada ALLAH kita berserah.." - DARI AKU untuk aku
Sahruddin Esa 
21 Mei, 2013@11 Rejab, 1434H
12.45am



Monday, April 22, 2013

D u n i a B a r u

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum warohmatullah...

Pada tanggal 21 April, 2013... maka bermulalah satu perubahan baru menjejak usia 40'an.... Bak kata sahabat2 yang lain : "Welcome to the world of 4 series..." 


4 series? Macam kereta BMW pulak... Hehehe...
Apapun yang bakal berlaku, tetap sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup... InsyaALLAH....











Tuesday, March 26, 2013

The most painful.... the most...




The most painful thing is the person you love right in front of you but then you know you can't have them....




Tidak percaya dan pernah aku menduga
Kasih terpisah dalam sekelip mata
Sukar untuk dimengerti... 
berat untuk difahami... 
Mengapa mawarku berduri...

Kau pelangi mengiringi gerimisku... 

Kau... 
Kau di dalam hatiku..
Kau dalam ingatan... 
Kau sebagai kasihku...
KEKAL sepanjang zaman..
Kira kau dan aku... 
Satu hari nanti akan bersatu...

Biar terbakar jiwa di perjalanan... 
Aku bersumpah pulang ke pangkuan...


Kau cahaya menyinari duniaku.... 


Kau... 

Kau di dalam hatiku..


KEKAL di dalam hatiku...

Kau dalam ingatan ... 

Kau sebagai kasihku...

KEKAL sepanjang zaman...

Kira kau dan aku satu hari nanti akan BERSATU ...

Kau... 

Kau di dalam hatiku...


KEKAL di dalam hatiku...

Kau dalam ingatan... 

Kau sebagai kasihku...

KEKAL sepanjang zaman...

Kira kau dan aku satu hari nanti akan BERSATU ...




Engkau dalam ingatan... 

KEKAL sepanjang zaman..

SELAMANYA...







FINAL, THE END
Publish 4.00am/26.03.2013
.
.


Suatu Masa Dahulu...




Ada bulan Cinta di awan langit...


bersama sebuah sinar Cinta di ufuk dinihari....


dan hadirnya kabus pagi menyentuh hati perasaan...
demi sebuah ikatan suci di masa depan...


Antara bayang Cinta dua jiwa di kaki bumi...



Namun...

semuanya kini TIADA ERTI lagi.... 
kerana dia pergi dan hilang apabila datangnya 'Sinar Baru' dalam hidupnya...

TERIMA KASIH, bayang Cinta...

Kau pergi jua...


Seperti BULAN CINTA itu juga...


TIADA LAGI...


TIADA LAGI....



TIADA LAGI......




TIDAK AKAN MUNCUL LAGI...





.















Sunday, October 14, 2012

EKSIDEN 1MALAYSIA...




kemalangan melibatkan 5 buah kenderaan iaitu 4 buah kereta (Satria Neo, Proton Wira Sedan, Proton Iswara dan Perodua Viva), sebuah Van dan sebuah motosikal...

Kemalangan turut melibatkan seorang pejalan kaki yang terhimpit apabila kenderaan yang terletak di tepi jalan itu beralih dan menghimpitnya...

KENAPA DI PANGGIL SEBAGAI EKSIDEN 1MALAYSIA...???




Berikut adalah mangsanya:

Satria Neo - Melayu
Proton Wira sedan - India
Proton Iswara - Cina
Perodua Viva - Melayu (aku la tuuuu....)
Van - Cina
Motosikal - Melayu
Pejalan kaki - Cina


Hehehe...


Kelihatan nyonya yang berbaju kuning sedang dibantu akibat terhimpit oleh kereta aku....
Terhimpit semasa berjalan kaki di sebelah kereta aku...

Adoooiiiii...

"WRONG TIME, WRONG PLACE...."

Kesian kat dia...




Remuk teruk kereta Proton Wira Sedan yang dipandu oleh seorang uncle bangsa india bersama isteri dan anak2nya....



Ini kedudukan kereta aku yang dilanggar oleh kereta Proton Wira Sedan dipandu oleh seorang uncle berbangsa India...



Kesian uncle india ni... dia masih dalam keadaan panik sehinggakan masih lagi memegang stereng kereta walau sudah 10 minit kemalangan berlaku...




Proton Wira Sedan itu juga 'cium mulut' dengan kereta Proton Iswara yang sedang parking ketika itu...



Ni lah kereta aku yang terhimpit paling kiri sekali...











Inilah kereta aku yang rosak teruk di bahagian depan sebelah kiri...
Memang tak boleh drive ke workshop...
Masa ni tow truck dah sampai...




Ini kereta Proton Satria Neo yang menjadi punca kemalangan ini....

Puncanya akibat kecuaian minum air semasa memandu...
Kenapa saya berkata demikian?
KERANA dibahagian atas dashboard kereta penuh dengan tumpahan air coke atau pepsi cola...

Disebelah kanan Satria Neo itulah motosikal yang dilanggarnya...
Entahlah apa nasib penunggang motosikal tersebut kerana dia telah dibawa ke hospital oleh orang ramai....





Time ni kereta aku dah ditarik ke Balai Polis Jalan Bandar untuk diambil gambar dan membuat laporan polis sebelum di bawa ke workshop...


ALHAMDULILLAH... 

Yang penting semuanya selamat tanpa ada kemalangan jiwa kepada semua pihak yang terlibat....



Amiiiinnn...















Friday, October 12, 2012

MISTERI : UFO? ALIEN...? MAKHLUK ASING DI Sentul...???


Pasti ramai yang terkejut bila baca posting bab MISTERI ni,,,,,
Ada alien? ada UFO? kat Sentul... ???
Ini bukan sebarang alien sebab aku tangkap gambar alien ni pakai HP Samsung GT-S3850 Corby cabuk ni jer... Bukan pakai kamera lensa kuasa tinggi pun..

Kalau korang tak percaya dan korang tanya betul ke? 
Jawab aku...
Haaah... Memang ada. 

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.....





Cahaya di pintu tu bukan cahaya kapal angkasa UFO mendarat yer.... tetapi cahaya terang yang menerangi lorong gelap gelita yang sedang aku lalui ini...
Senang cerita, inilah laluan dan pandangan aku berjalan mengadap ke depan....

Tiba-tiba aku rasa macam ada orang mengintai-intai pulak. 
SASPEN beb... maklumlah tempat gelap gelita di sepanjang lorong ni...

Aku pun apa lagi, bila rasa macam diganggu jer. 'TEMPER' aku cepat naik sebab aku kerja maaaa... tengah kerja ni, cuma bezanya aku baru keluar dari toilet di hujung lorong bangunan ni....

Hmmmm... 
apa lagi Samsung Corby ni aku bawa keluar dan cepat2 snap gambar sebelah depan aku...  

Nak sangat 'mengintai-intai' aku, meh aku amek gambar 'ko', mana tau ...





Haaaaa...
ni laa gambar di bahagian belakang aku berjalan yang aku snap...
gambar ni diambil dari tempat aku berdiri dan berpaling ke belakang...

CABUTTT Lariiiii??? 
Owh TIDAK... aku takkan lari kerana aku menerima pakai pesanan dan petua orang2 tua...
JANGAN LARI apabila mengahadapi situasi....

Namun di ketika aku lihat disekeliling kawasan belakang, TAK ADA APA-APA PUN YANG PELIK.....

tapi hati cakap snap jer laaa gambar.... rasanya 'ada' tu...
Bila tengok dalam HP lepas snap takde apa2 yang pelik pun...
Aku lalu meneruskan perjalanan ke tempat lokasi kerja....

Buat la kerja seperti biasa....
..
....
.....
.......
..........
............
..............
................




Malam tadi malam jumaat.... punyalah boring taktau nak buat apa...

Hmmmm... tetiba teringat gambar dalam HP tadi, aku buka semula....

Still tak ada apa2 pun, namun tergerak hati untuk transfer ke laptop ni...

HASILNYA!!!!

Tttuuuuuuuuuuuuuuu..... gambar kat dalam bulatan tu.
Siapa ek? ALIEN? UFO?



Bila diperbesarkan lagi gambar ini, inilah hasilnya....
SUBHANALLAH!!!!!
memang ADA ALIEN puuuuuuuuuuunnnn!!!!!!


Apapun, AL-FATIHAH BUAT MEREKA...

Baik buruk, jahat baik bukan kerja aku untuk menilainya, biarlah ALLAH yang mengurusnya...


-----------------------------------------------------------------------------