PERJUANGAN. Namun dalam memperjuangkan kehidupan ini, sering kali kita menghadapi situasi jatuh dan bangun, merasa pahit dan manisnya, buruk dan keindahannya...
Pastinya, segolongan antara kita adalah orang yang tetap bersemangat untuk memperjuangkan hidupnya meskipun mereka sudah terjatuh berkali-kali, tetap bersemangat tanpa rasa jemu dan putus asa. Namun, akan tetapi ada juga segolongan lagi yang mudah putus asa, putus harapan dan lantas segera hanyut dibawa gelombang ganas entah ke mana harga dirinya, emosi, akal dan amanah dari Tuhannya... Mereka lupa bahawa hakikatnya semua manusia itu mempunyai darjat yang sama disisi Tuhannya melain mereka bertakwa dan tawadu'...
..Hidup adalah pengalaman, bertambahnya pengalaman membuatmu menjadi lebih baik.
Walau hidup tidak mudah bagi siapapun. Tapi kita harus mempunyai kegigihan dan percaya pada diri sendiri. Kita harus percaya bahwa kita diberi suatu bakat dan berapapun pengorbanannya, kita harus mendapatkannya ...
Umpama menanam sebatang Pokok, begitulah hakikatnya kehidupan ini. Dari menyemai biji benih hinggalah membaja, menjaganya hingga menuainya hasil begitulah kehidupan ini.... dengan jagaan yg baik ia akan merimbun tebal, berbuah manis namun masih rendang dan tidak tegak menuding langit. Bak kata pepatah lama :"semakin berisi semakin tunduk...."
Masalah kita adalah buatan manusia, maka dari itu, dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia. Kesukaran yg dihadapi dalam melalui liku-liku "Perjalanan" inilah, baru akan datang kedewasaan kerana menjadi dewasa juga bererti menghadapi, dan bukan menghindar semua krisis yang datang dengan kecekalan, kesabaran dan pengalaman yang mematangkan diri, minda dan jiwa hingga mampu mengenal siapa Pencipta Nya.... *Beruntunglah siapa-siapa yg mendapat hidayah seperti ini...
Tidak ada dalam hidup yang harus ditakuti. Yang ada hanyalah tahu BAGAIMANA MEMAHAMINYA....
Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, itulah KEJUJURAN.
BERFIKIRAN POSITIF semasa kesulitan, jangan terlalu emosi akibat perkara yg telah berlalu atau terlalu berfikir tentang masa depan.. Tetapi TATAP lah WAKTU KINI. Masa yang berlalu sudah berlalu, tak akan kembali lagi, masa depan itu belum terjadi jadi kita tak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu. Namun pada masa inilah kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.Berfikiran positif dan optimis adalah sangat penting dalam menentukan keputusan yang akan dibawa bakal membawa kehancuran atau kebahagiaan dan kejayaan...
(3)
SYUKURI lah apa yang kamu ada kerana belum tentu kamu mampu mendapat lagi apa yang telah kamu dapat ketika ini. Dan harus diingat bahawa ada insan lain yg lebih sukar hidupnya daripada kamu walau sesukar mana kamu ketika ini.... Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya, apa yang kita ada...
KETAKUTAN Jangan dijadikan suatu masalah dan alasan kegagalan untuk takut mencuba berjuang dan mencuba lagi , tetapi lihatlah masalah atau kegagalan itu sebagai pendorong kekuatan untuk lebih berjaya.... Ini kerana selalunya kita tidak melihat ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, ada pintu yang lain terbuka. Tetapi seringkali kita melihat ke pintu yang tertutup begitu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibuka untuk kita. dan kita tidak akan pernah belajar untuk menjadi berani dan sabar jika yang kita temukan di dunia ini hanyalah sukacita...
ketika diri kita merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar suatu saat kau tak akan mengkhianati dan mengecewakan orang lain, kerana kamu juga telah merasakan betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan... Ingatlah! Hal yang besar bukanlah apa yang terjadi di dalam hidup kita, melainkan apa yang sudah kita lakukan terhadap setiap kejadian di dalam hidup kita...
Hidup adalah pelajaran panjang tentang kerendahan hati kerana disini letaknya kekuatan diri dan penentu kejayaan. Hidup tanpa hati adalah mati kerana jiwa tidak mampu hidup tanpa hati yg tenang dan terang. Hati mampu menyuluh apa yang ada disebalik dinding yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar...
Namun, KEBAHAGIAAN bukanlah tujuan kehidupan, melainkan hanyalah cara untuk kita menjalani hidup... dan KEBAHAGIAAN bergantung atas pada apa yang dapat kita berikan, bukan pada apa yang kita inginkan. Ingat! Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup iaitu mencintai dan dicintai……
"KENALILAH SIAPA DIRIMU DISISI TUHANMU, MAKA KAMU AKAN MENGENAL KAMU... dan HARAPAN bukanlah mimpi melainkan cara untuk membuat mimpi menjadi sebuah KENYATAAN..."
Amin.... Amin... Amin
Abg Saha - 5.05am
04.05.2011
.
Hidup ini sebenarnya adalah satu