Fikir...

NuffnangX

Saturday, October 13, 2012

KAIN KAFAN DIRI SEBAGAI IKATAN BENGKUNG PENDEKAR MELAYU....


Orang melayu dulu – dulu memang tidak boleh dipisahkan dengan kain lilit pinggang yang disebut bengkong atau bengkung. Bagi wanita melayu, amalan berbengkong bukan sahaja menjadikan bentuk tubuh badan mereka bertambah menarik malah ianya juga dipercayai boleh mengelakkan perut menjadi buncit.Sehingga kini amalan memakai bengkong masih diamalkan terutamanya ketika lepas bersalin.

Bagi lelaki melayu pula, amalan berbengkong sudah menjadi lumrah harian mereka. Jika di negeri sebelah pantai timur, lelaki melayu dulu-dulu biasanya boleh dikatakan setiap dari mereka wajib memakai atau membawa dua helai kain yang disebut ‘kain lepas’[nipis, panjang seperti selendang], satu untuk diikat di pinggang dan satu lagi untuk dililit pada kepala.


Bagi seorang pendekar melayu pula, pelbagai warna, jenis dan cara berbengkong mempunyai makna dan rahsianya yang tersendiri. Apatah lagi jika ianya berwafak dan anugerah dari Mahaguru....

Mengapa pula ketika ingin pergi berperang atau bertikam pendekar melayu melilitkan kain bengkong secara berlapis-lapis pada perut dan pinggangnya?
Tentu ada rahsia besar yang tersembunyi, kan?
.

Tentang bengkung dari kain kafan ini adalah sebagai persediaan setiap pendekar, "MATIKAN DIRI SEBELUM MATI...' selain mengingatkan diri bahawa kematian itu bila-bila masa akan datang menjemput terutama dalam situasi peperangan di zaman dahulu....


Mungkin ramai yang tak percaya tetapi inilah realitinya....
"MENGINGATKAN DIRI DENGAN DEKATNYA KEMATIAN YANG SELALU DATANG MENJENGAH SETIAP SAAT...."




Gambar 1 - Bentang dan hamparkan kain kafan diri....



Gambar 2 - Lipat kain kafan tadi selapis dengan cermat....




Gambar 3 - Lipat selapis kain kafan tadi menjadi 2 lapis....




Gambar 4 - Lipat sekali lagi dari 2 menjadi 3 lapis...




Gambar 5 - Biasanya lebar bengkung yang siap dilipat tadi adalah selebar tapak tangan.... 




Gambar 6 - Mulakan ikatan bengkung dari sebelah kiri...


Gambar 7 - Siap ikatan, dah boleh sisipkan keris di pinggang....


Gambar 8 - Setiap ikatan bengkung yang kemas, parang pun dah boleh diselitkan....



Kan dah siap... Bukan susah mana pun. 


SENANG jer.....


 Kita juga sepatutnya berbangga dengan amalan serta cara pemakaian orang-orang tua kita dahulu seperti berbengkong kerana ia mempunyai banyak rahsia yang tersembunyi termasuk dari sudut keselamatan diri dan kesihatan....

Teringat pula kehebatan cerita Kiyai Salleh dengan selempang merah... ia pun boleh diguna sebagai bengkung juga diikat dan menyelaputi diluar kain kafan putih tadi...

Rasanya berapa ramai antara kita yang membuat persediaan mati antaranya menyediakan kain kafan diri sendiri selain amalan dan kebajikan yang dituntut selaras dengan kehendak agama....

Hehehe...









2 comments:

Honey said...

sebelum aruah atok aku meningal di ada tingal kan kain ini.......dan hari ini juga lah aku tahu bengkung ini kegunaanye.......

Honey said...

baru aku tahu kain bengkung ke? aruah atok aku ada tinggal kan sebelum dia pergi........