Fikir...

NuffnangX

Saturday, August 17, 2013

Kisah seorang lelaki yang punya 4 orang isteri...


Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI, namun beginilah sikap dan layanannya kepada isteri-isterinya:

Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian..

Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian..


Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang..


Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.


Mahukah kalian menemaniku di alam kubur..??


Isteri ke-4 : "Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu."


Isteri ke-2 dan ke-3 : "Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja."



Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. 

Isteri pertama menjawab :
"Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu."



Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita

Isteri ke 3 - Teman-teman kita

Isteri ke 2 - Keluarga kita

Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.


Itulah yg akan menemani kita suatu hari nanti di Alam Kematian..


























.

No comments: