Rasanya tajuk ini agak menarik jadi dari En. Adam....mari kita kongsikan di sini...
Tanda1
Apabila anda cuba untuk menghubunginya melalui kemudahan SMS atau telefon, si Dia akan mengambil masa yang amat panjang untuk membuat balasan atau menjawab panggilan anda. Sekiranya dia membalas, anda pasti akan terasa hampa atau marah dengan jawapannya yang ringkas dan sedikit pun tidak menyakinkan anda seperti “Ok” atau sekadar “K” kepada soalan anda. Rasionalnya, dia mungkin benar-benar sibuk atau cuba untuk mengalihkan tumpuan anda kepadanya. Walau sesibuk mana, apakah perlu menunjukkan bahawa diri anda terlalu sibuk sehingga timbul syak wasangka bahawa anda sebenarnya buat-buat sibuk?
Tanda 2
Lebih teruk daripada lambat membuat sahutan atau membalas SMS anda, si Dia kadang-kadang cuba melarikan diri dengan langsung tidak membenarkan anda untuk berhubung dengannya. Mungkin dengan cara mengabaikan panggilan anda atau mematikan panggilan anda. Sekali lagi, apabila begitu kerap anda menghubunginya, dia akan menjawab dengan jawapan yang tidak meyakinkan atau memberitahu bahawa dia sedang sibuk atau bateri telefonnya lemah.
Tanda 3
Apabila tiba tarikh istimewa anda seperti ulangtahun anda sebagai pasangan kekasih, si Dia langsung tidak mengingatinya. Dan bila anda membuat ucapan penghargaan kepadanya, dia tersentak dan memberi alasan yang bukan-bukan seperti “Saya tidak lupa, cuma menanti anda membuat ucapan terlebih dahulu...hmmm...romantik kan?”
Tanda4
Semasa anda cuba untuk bertentang mata dengannya, dia akan cuba 100% untuk mengalihkan perhatian anda kepadanya. Seribu satu alasan dicari untuk membuatkan anda berhenti daripada memerhatikan gerak gerinya. Cara dia bercakap, cara dia bekerja juga sama sekali berbeza dengan cara sepertimana mula-mula anda kenal dia dahulu.
Tanda 5
Sebelum ini, setiap apa perlakuan anda akan dibalas dengan kata-kata manis, kini tidak lagi kata-kata: “Awak pandai”, “Awak comel”, “Awak hebat”, ataupun “Terima kasih, sayang” selepas anda melakukan sesuatu. Rasanya seperti dia tidak lagi menghargai perlakuan anda kepadanya.
Cukup 5?
Sebenarnya tanda bosan terhadap akan jelas kelihatan apabila “Dia tidak seperti dulu” atau “Dia telah berubah”. Jika anda sedar bahawa perubahannya membawa kepada keresahan dalam diri anda, maka sedarlah bahawa dia telah bosan dengan anda. Jadi, cuba untuk berbincang tentang hal ini. Jelaskan bahawa anda terasa seperti ditinggalkan dan berilah peluang kepadanya untuk berubah. Selepas diberi peluang dan masih tidak ada perubahan, maka — tamatkan. Jangan seksa diri anda dengan pagar besi ciptaan anda sendiri. Usah berikan hati pada siapa yang tidak pandai menghargainya....
P/S: Terima kasih En. Adam...
No comments:
Post a Comment