Fikir...

NuffnangX

Saturday, October 23, 2010

Sekadar bacaan (1)...

10 tanda- tanda awal kekasih anda curang terhadap anda!".......

Rasanya ramai yg tercari2  dan ingin tahu, apakah tanda2 kasih sayang mula berubah dari si dia kepada anda.... Apa yg dibentangkan dibawah ini adalah sebahagiannya sahaja....mungkin ianya boleh menjadi benar atau pun salah..... Hanya yg "merasainya" dan "melaluinya" akan faham situasi begini:


1. Layanan dingin 
Perubahan suara dari lembut berubah kepada kasar. Enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'...

2. Pemarah/ Mencari Salah 
kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian mengelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?

3. Alasan tak logik 
enggan luangkan masa dgn anda tetapi sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda...

4. Berahsia 
Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat handphone, bag atau barangan peribadinya yang lain...lebih banyak berdiam diri drpd bercerita atau bersembang...pelbagai alamat email, sering memadam caller ID...

5. Panggilan misteri 
Perbualan telefon dgn si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, agak berbisik dan singkat jawapannya...

6. Penampilan berubah 
Lain tingkah-lakunya, adakala semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu...
 
7. Masalah duit 
Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa...
 
8. Kemesraan hilang 
Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu apatah lagi memberi belaian seperti sentuhan ataupun kata2 sayang...

9. Teman2 lari  
Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung...
 
10. Naluri 
Mungkin anda akan tiba2 mengesyaki sesuatu yg tidak kena tetapi tiada bukti atau petanda sahih! Seterusnya perhubungan semakin lama semakin renggang jadinya... 



* P/s: Cuma sekadar peringatan buat kita semua (yg sedang bercinta ataupun sebenarnya hanya bertepuk sebelah tangan....) ....Kasihan kepada sesiapa juga yg sedang melaluinya dan merasa sakitnya...huhuh




No comments: