Fikir...

NuffnangX

Monday, June 25, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN SAHABAT DUNIA SENI SILAT MELAYU (3), 2012


Perjumpaan kita kali yang ke 3 
DUNIA SENI SILAT MELAYU' atau 'DSSM'
https://www.facebook.com/groups/57586640075/

Tajuk Perjumpaan:
"SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, tetapi MANIS di luar gelanggang...."

Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...

Siapa yang perlu hadir :
Terbuka kepada semua ahli pertubuhan silat yang menjadi rakan dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM) ini dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.

Orang ramai juga dijemput hadir dan amatlah dialu-alukan...

Pakaian : Bebas
*namun digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu


ATURCARA :

08.30 pagi : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook
'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)

09.00 pagi : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

09.05 pagi : Kata-kata aluan penganjur

09.10 pagi : Bacaan Doa pembuka majlis

09.15 pagi : Tahlil dan Doa sempena kedatangan Ramadhan Al-
Mubarak

09.45 pagi : Rehat, sarapan dan minum pagi

10.00 pagi : Suaikenal dan Sembang Santai antara rakan2 DSSM

12.00 tgh : Persembahan Silat Pulut dan Tari

12.45 tgh : Persembahan Silat Tempur

01.15 tgh : Persembahan Tempur Senjata Melayu

02.00 ptg : Sessi bergambar beramai-ramai

02.00 ptg : Sembang Santai rakan2 DSSM sebelum pulang

02.30 ptg : Selawat beramai-ramai dan bersurai untuk solat Zohor
dan pulang


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan 'Tali Silaturrahim' di kalangan ahli warga Persilatan yang berlainan Perguruan di Malaysia dan juga alam Nusantara...


Nota
*Harap maklum juga pihak penganjur tidak menyediakan sebarang perbelanjaan makan dan minum kerana program ini tiada dana sumbangan dari mana2 pihak.

Sahabat2 DSSM yang hadir DIALU-ALUKAN membawa POT LUCK masing2 ke acara perjumpaan kita ini... Sikit sama dikongsi, Muafakat membawa Berkat...

**Segalanya adalah inisiatif kita sebagai pencinta silat yg ingin berjumpa dan bergabung dalam satu perjumpaan silaturrahim persilatan yg berlainan perguruannya...


Gathering DSSM(1) - 01hb Mei, 2012

Gathering DSSM(2) - 

No comments: