Fikir...

NuffnangX

Saturday, October 13, 2012

JALAN2 BUDAYA KE NEGERI MELAKA...




Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan September 2012, 
antaranya adalah Jalan2 Budaya ke negeri Melaka ini..

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH....


Di bawah ni antara gambar-gambar saya bersama tuan Pangeran Nur Satria Aduka dan tuan Wan Nur Aduka dari  Perguruan Gayong Makrifat berjalan2 sekitar Bandar Hilir Melaka.... 





Gambar yang di atas ni adalah di bangunan Muzium Stadhuys atau Muzium Belanda atau bangunan merah....
Pegawai-pegawai PERZIM yang ada di situ memang sangat mengalu-alukan kami yang datang berbusana Melayu di muzium ini...





Gambar ni masa jalan2 dan terjumpa kedai barangan antik.... termasuklah senjata sunda bernama Kujang yang bagak ni... Berat tuuuuu....



Lama tak memegang lembing, apatah lagi melembing. 
Dapat barang ni apalagi, macam dapat nyawa pulak... 
Macam ada power charging... Hehehe 





Ni bergambar bersama pelancong dari Perancis yang sebelum ni curi2 ambil gambar kami..... Takut kot kena charge untuk bergambar atau seram tengok lelaki melayu seperti kami berbusana bersama senjata melayu... Hehehe....



 Ni gambar bersama pelancong dari China yang tahan kami untuk ajak bergambar selepas kami melintas jalan....






Gambar di atas ni kami ambil semasa berposing di dalam gereja kota Saint Paul yang dipercayai batu batanya adalah dari batu nesan perkuburan orang-orang Melayu Islam...




Yang paling menarik adalah melakukan persembahan silat pulut kepada kanak-kanak sekolah rendah ats pemintaan guru sekolah mereka...
ALHAMDULILLAH, dapat juga membantu mempromosikan budaya silat melayu kepada anak-anak bangsa di kota bersejarah ini....


dan Alhamdulillah, jadi artis pula kami ni sebab sibuk adik-adik ni nak ambil gambar kami... dan terima kasih kepada cikgu2 mereka yang sememangnya sporting habis....


Ada juga peminat dari kalangan pelancong nusantara kita seperti dari Jakarta, Indonesia ini...
Teruja betul mereka bila bergambar bersama kami...



Turun dari atas tu, sempat juga kami bergambar didepan bangunan DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM...
Kena ambil gambar kat sini, bangunan kebanggaan orang melayu ni kerana ini satunya pusat maklumat dunia Melayu Islam nusantara yang ada di Malaysia...

Sayangnya, kami TAK SEMPAT bergambar di depan Istana Melaka kerana jam ketika ini telah menunjukkan jam 5 petang dan kawasan istana telah pun ditutup...


Habis jalan-jalan sekitar Bandar Hilir, kami ke Umbai untuk bertemu sahabat-sahabat silat disini pula...
Kemudian kami ke gelanggang Perguruan Gerak Tepat Melaka untuk menunaikan solat dan membersihkan tubuh badan...


Semasa di sini, kami adakan sesi muzakarah ilmu dengan Pak Guru Aziz dan sahabat-sahabat senior Gerak Tepat iaitu tuan Huzaifah, tuan Rosezaimy dan yang lain-lain lagi....



Ini antara pesanan dan madah dari Pak Guru Aziz Md Said buat kami....


Baharullah lautan nya dalam,
ombak bertepuk siang dan malam.
Alangkan wali kan tersalah faham,
sinaran buih di sangka manikam...

Belajar silat sambil berdiri,
dibantai dengan sebatang buluh.
Kalau belajar mengkaji diri,
jangan sampai bertuhankan tubuh.

Anak qek dahinya gendol,
ambil galah pikulkan raga.
Biar setitik asalkan cendol,
dapat hilang haus dahaga.

Buah salak buah kendondong,
buah berangan tidak berduri.
Bukan salah ibu mengandung,
salah kita tak kenal diri...

Baik baik menebang buluh,
kerna buluh ada empat.
Baik2 mengaji tubuh,
di dalam tubuh ada sifat.

Kerana buluh ada empat,
seekor ulat terlompat lompat.
Di dalam tubuh ada sifat,
di dalam sifat kenyataan zat.

Awal bismillah mula di sebut,
rahman dan rahim sifat mengikut.
Ilmu hakikat hendak lah di tuntut,
dunia dan akhirat ia meliput.

Telur itik dari senggora,
batang pandan di langkahi.
Darahnya bertitik di Singapura,
badannya pula di Langkawi.

Berdesau ku sangka ia...
rupanya lalang di tiup angin...
nanau aku gila sasar...
rindu dara di sebalik tabir
bertukar tangkap dengan lepas...
sayang berpulang pada mu jua...

04 Zulkaedah 1433H/20 September 2012 - 2.20am




Habis sesi muzakarah dan bergambar di gelanggang, kami terus menuju sebuah restoran berhampiran Umbai juga kerana sahabat-sahabat Perguruan Gerak Tepat ramai di sana sedang berkumpul untuk berkenal-kenalan bersama kami dari Kuala Lumpur ini....

Lihat gambar di atas ni... Hebatnya, hampir semua hadir dengan bertanjak pendekar melayu...

SYABAS SAHABAT SEMUA KERANA MELESTARIKAN BUDAYA WARISAN BANGSA DI TEMPAT UMUM!!!!


Dari sini, kami dijemput pula ke rumah Pak Guru Yahya dari Perguruan Gerak Insan Seni Melaka untuk bermalam...

Selepas akan subuh, semua 'pengsan' di rumah Pak Guru Yahya kerana kepenatan...
Apapun, TERIMA KASIH kepada Pak Guru Yahya kerana memberikan kami sebuah bilik di rumahnya untuk berehat...



Inilah dia Pak Guru Yahya yang sentiasa ceria wajahnya...
Masa ni kami baru keluar dari masjid selepas solat zohor....
Tidur pun tadi selepas subuh hanya sekejap sahaja, sekadar melepaskan lelah semalam...

Balik solat zohor di masjid, kami di jamu makan tengahari oleh isteri beliau.
ALHAMDULILLAH, sedap masakan orang Melaka ni...

Hmmmm....

Petang ni selepas makan tengahari, kami akan berangkat pulang ke KL semula...




Sebelum pulang, sempat lagi kami bergambar bersama Pak Guru Yahya di gelanggang beliau...


Apa pun, acara jalan-jalan berbudaya yang tidak dirancangkan ini membawa seribu pengertian dan makna mendalam kepada kami semua...


TERIMA KASIH ORANG-ORANG MELAKA... 
ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK!!!!