Fikir...

NuffnangX

Tuesday, May 21, 2013

Alhamdulillah, wassyukurillah



Ya Robbi Solli ala Nabi Muhammadin




"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu. Pasti akan damailah hatimu,kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mugkin itulah yang DIA mahu. Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa. Tapi, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri, kerana mungkin airmata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang kian tersasar dari keikhlasan kepadaNYA.."
- ALLAH HU ROBBI

Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...

"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi, banyak pula dugaan yang datang. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa hebatnya ALLAH itu.. Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka ALLAH berfirman : " Biarkan hamba Ku itu.. kerana Aku mencintai rintih suaranya".... - Anas ibn Malik r.a.


Semoga apa pun keputusan yang kita dapat, sama ada berjaya ataupun gagal, diharap kita semua dapat menerima dengan tabah, sabar dan redha di atas segala perancangan dan ketentuan dari ALLAH SWT. Semoga kita semua termasuk di kalangan hamba-hamba yang taat dan bersyukur pada NYA.


"Dan ingatlah, bahawa sesungguhnya kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita bertemu dengan ALLAH SWT dalam keadaan DIA redha kepada diri kita.."
- ALLAH HU ROBBI


"Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambamu yang sentiasa BERSYUKUR dan REDHA di atas segala ujian dan ketentuan Mu.." 


Zikir fikir...  Fikir zikir. 
Zikir dan Fikir... Fikir dan Zikir...


Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah
Alhamdulillah, wassyukurillah


Amiiin Ya Robbal Alamiiiin




"Kepada ALLAH kita berserah.." - DARI AKU untuk aku
Sahruddin Esa 
21 Mei, 2013@11 Rejab, 1434H
12.45am



No comments: