Fikir...

NuffnangX

Sunday, June 16, 2013

'Aku belajar' pada 7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013...







Assalamualaikum warohmatullah...

Lama tak berhapdet blog ni... banyak perkara berlaku pahit manis, perih sukar bahagia gembira..

Yang penting selama ini, KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI adalah sesuatu yang paling sukar didapati dari kalangan manusia sekarang ini. Belum tentu lagi in san yang kita sayang juga ikhlas hatinya kepada kita, apatah lagi mereka yang baru dikenali.

Dunia sekarang, ramai yang lebih mementingkan diri sendiri, bak kata alamarhum Nenek dulu: "Kawan gembira ada dimana-mana, kawan menangis sukar dicari..."... dan pada zaman ini bukan sahaja kawan, tetapi teman rapat mahupun kekasih hati juga bersikap begitu.

Semuanya lebih memandang kepada kebendaan, darjat dan harta benda wang ringgit. Nilai keperibadian bukanlah sesuatu lagi yang dipandang oleh setiap manusia zaman sekarang... Apatah ada lagi kepada 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI  kerana ia bukanlah lagi sesuatu yang penting pada pandangan manusia sekarang.

Terlalu ramai juga yang mengambil 'sikap tikam belakang', 'curang', 'cakap lain buat lain' dan selain mempergunakan orang lain demi kesenangan sendiri...

Namun untuk apa difikirkan semua itu kerana sesuatu itu berlaku pasti dihitung oleh ALLAH jua. Pada DIA sahaja tempat kita bergantung hati dan rezeki, jodoh dan maut, hatta rezeki setiap hari..

Mungkin ini cara ALLAH mendidik...

Apa yang berlaku BIARLAH.... seperti dalam lagu baru Faizal Tahir 'BIAR'...

BIARLAH,  semuanya telah berlalu. Dan masa depan jua hanya di dalam ketentuan ALLAH jua... Kita cuma melaku apa yang TERBAIK untuk semua...

Dan yang paling penting, KEKALKAN 
KEIKHLASAN dan KETULUSAN HATI dalam melalui perjalanan hidup ini, kerana hanya itu sahaja yang dipandang ALLAH dan tidak terhijab kita darinya...
In shaa ALLAH...

ALLAH itu Maha Kaya...




7hb Syaaban 1434H | 16 Jun 2013



.

No comments: