Sungguh HEBAT NAFSU seekor NYAMUK,
Bukan nyamuk namanya kalau dia dapat mengendalikan nafsunya. Selama masih ada tenaganya, ia akan terus menghisap, maka darah mangsanya akan mengalir terus ke perutnya sehingga bengkak.
Begitu BESAR NAFSUNYA sampai tidak sedar bahawa badannya sudah bertukar bengkak menjadi bola yang berisi darah sehingga ia tidak mampu lagi menerbangkan tubuhnya, tetapi TETAP tidak ia pedulikan.
Akibat dari perangai BURUKNYA itu, perutnya akan meletup kerana terlalu banyak makan, atau nyamuk itu akan MATI HODOH dengan perut buncit kekenyangan di tempat itu juga.
Begitulah sebuah kisah kiasan dari alam ciptaan ALLAH ini buat pedoman kita semua agar JANGAN SESEKALI BERNAFSU
seperti nyamuk, samada nafsu besar mahupun nafsu yang kecil..."
Dan hidup ini bukannya sekadar untuk hidup mengikut kepala, tenggorok dan perut semata-mata seperti sifat tubuh nyamuk.
Kita sebagai insan dan manusia yang diciptakan semulianya dari ALLAH pasti SEPATUTNYA HIDUP lebih baik dari nyamuk.
Ada perkara hikmah lebih besar dari itu semua dalam kehidupan di dunia ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK INI 1434 PADA TAHUN INI.
SEMOGA KITA SEMUA TIDAK MENJADI SEPERTI NYAMUK PADA BULAN RAMADHAN INI DAN JUGA BULAN-BULAN SELEPASNYA.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH.
SEMOGA AMAL IBADAT KITA INI DITERIMA DAN PERBUATAN AMAL KITA DIREDHAI ALLAH.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH.
SEMOGA AMAL IBADAT KITA INI DITERIMA DAN PERBUATAN AMAL KITA DIREDHAI ALLAH.
Amiiiin Ya Robbal Alamiiiin.
.
No comments:
Post a Comment