Fikir...

NuffnangX

Thursday, September 9, 2010

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah." (Imam Al-Ghazali)

Penjelasan Istilah:

1. Wanita ANANAH
Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian.
2. Wanita MANANAH
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Bahasa mudah: Mengungkit.
3. Wanita HANANAH
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…
4. Wanita HADAQAH
Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli. Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.
5. Wanita BARAQAH
Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).
6. Wanita SYADAQAH
Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).

Aku: Pesanan untuk lelaki dan juga perempuan, yang dah kahwin atau pun yang belum. Terutama sekali buat wanita yang belum berkahwin. Pesanan ini telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada umat Islam 1000 tahun yang lalu, namun pesanan beliau sangat bersesuaian sekali untuk dijadikan pedoman buat kita yang hidup di zaman moden ini.
Renung-renungkanlah…

No comments: