Jika aku rindu dia...aku mesti lebih merindui Dia...kerana Dia yg menciptakan aku dan dia...
Tanpa Dia....tiada aku, dia dan dunia ini.....
Tanpa Dia....tiada kasih sayang di hati aku dan di hati dia
Tanpa Dia....tiada keberkatan dalam kasih sayang ini kerana Dia empunya segala cinta dan kasih sayang
Hanya Dia yg membimbing aku dan dia tatkala kami alpa....
Hanya Dia tempat mengadu aku dan dia tatkala kami resah gelisah kerana musibah....
Hanya Dia yg memahami apa yg terpendam di lubuk hati sanubari ....
Hanya Dia yg menciptakan pertemuan ini, kasih sayang ini, rezeki ini serta ajal dan maut nanti....
Hanya Dia tempat aku dan dia merafak kasih, menyembah harapan untuk kebahagiaan di dunia mahupun akhirat....
Kerana Dia.....Empunya segalanya....aku dan dia.
*Buat peringatan aku dan dia....
- Abang Saha, 3.30am
No comments:
Post a Comment