Solat,
Satu kewajiban bagi setiap muslim yang hidup di muka bumi Allah untuk beramal kepada Nya. Solat juga merupakan ibadah paling berharga yang telah Allah fardhukan ke atas umat islam. Dengan cara yg begitu istimewa iaitu ketika Rasulullah SAW berada dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Solat menpunyai kedudukan yg tinggi, kerana merupakan amalan yang pertama di soal ketika berada di Padang Mahsyar kelak..
Allah SWT berfirman yang maksud-Nya:"Maka dirikanlah (dengan sempurna) solat itu, sesungguhnya solat merupakan satu ketetapan yang diwajibkan kepada orang-orang yang beriman yang telah ditentukan waktu-waktunya." (al-Nisa':73).
Oleh itu, solat mestilah dilaksanakan tidak kira apa situasi yg kita hadapi. Sama ada dalam keadaan sihat atau sakit, aman atau darurat, bermukim atau bermusafir, tidak kira tempat sama ada di daratan, lautan atau angkara, kecuali untuk mereka yang uzur syarie.
Oleh itu sudah pastinya solat juga boleh dilakukan di mana sahaja asalkan tempat itu bersih dan menghadap kiblat yang satu.
Bersama ini dikongsikan beberapa gambar yang membuktikan kita boleh menunaikan solat di mana sahaja.
Hamparan sejuk salji...
Di jalanraya...
Di tengah belantara...
Di tengah terik padang pasir...
Di atas gunung...
Di atas bongkah batu...
Di luar masjid, jika penuh di dalamnya...
Di atas air...
Sewaktu menjaga keselamatan...
Sewaktu didalam penerbangan....
Dan sudah tentunya di surau, musolla atau masjid...
Walaubagaimanapun terdapat beberapa pengecualian terhadap tempat-tempat yang dibolehkan solat di atasnya. Solat adalah ibadah yang paling mulia di sisi agama dan dengan itu sudah tentu dilarang perlaksanaannya di tempat-tempat bernajis atau kotor. Umar al-Khattab Radiallahu-anhu menerangkan dalam hadith berikut:
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam melarang seseorang mengerjakan solat di tujuh tempat:
(1) tempat pembuangan sampah
(2) tempat penjagaan dan penyembelihan binatang
(3) di kawasan perkuburan
(4) di tengah jalan
(5) di tempat / bilik mandi
(6) di tempat pertambatan unta dan
(7) di atas Ka'abah.
[9]Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli fiqh mengenai hadith di atas. Ada yang memandang ia sebagai satu larangan yang tidak sampai ke tahap haram manakala ada yang memandangnya sebagai sesuatu yang haram secara mutlak. Selain itu ada yang berpendapat tempat yang kotor atau bernajis di atas seperti kawasan pembuangan sampah, penyembelihan haiwan dan di tengah jalan - dibolehkan solat dalamnya apabila ia dilapik dengan sesuatu alas manakala ada pendapat lain yang berkata itu semua tetap juga tidak boleh.[10] Di antara beberapa pendapat ini yang terbaik ialah seharusnya kita berusaha sekuat mampu untuk mengelak diri dari bersolat di tujuh tempat terlarang tersebut.
[10] Huraian yang lebih mendalam lihat - Shaikh Sayid Sabiq - Fiqh-us-Sunnah, 2/155-157, Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 2/326-335 , Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 2/244-262, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/596, Shaikh Abdul Rahman al-Jaziri - Fiqh 'Alal Madzahibil Arba'ah, 1/489-491 dan lain-lain kitab fiqh muktabar. Walaubagaimanapun yang disepakati para ahli usul dan fiqh ialah haramnya solat di perkuburan samada di atasnya atau menghadapnya kerana ia membuka pintu-pintu ke arah perbuatan syirik dan kurafat.
Semoga beroleh manfaat...
..
1 comment:
andai solat di atas air,salji n sebagainya,macam mana nak tahu arah kiblat bg yang ta pandai kaji arah matahari...
Post a Comment