Fikir...

NuffnangX

Saturday, November 20, 2010

Nak sebut yg mana satu... Solat atau Sembahyang?

  
 
 
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah Sembahyang yang merujuk kepada Solat. Tetapi pada hakikatnya, istilah Sembahyang mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur Syirik.... 

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan Sembahyang.... 
Katanya:
Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. Sembahyang juga diertikan sebagai "Menyembah
berhala yang bernama Hyang"
 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga telah mengesahkan bahawa istilah sembahyang merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang"
 

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah sembahyang terserahlah kepada mereka... 
Tetapi....

Umat Islam, amat tidak sesuai sekiranya Solat juga diistilahkan sebagai sembahyang yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada"menyembah dewa bernama Hyang" 

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh:
"Nak, bangun nak! bangun sembahyang Subuh...."
kepada
"Nak, bangun nak! bangun Solat Subuh...."

Solat disini lebih tepat istilahnya.... 



 
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. 

WALLAHU'ALAM... sama-sama kita perbetulkan yang salah kepada yang benar ...



 



SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. 
Amin!. 

 







...

No comments: