Fikir...

NuffnangX

Thursday, June 28, 2012

Kisah Jambu Mawar....


 Assalamualaikum warohmatullah...

Sapa2 kat sini yang pernah makan Jambu Mawar? Buahnya bulat kecil, masak warna merah jambu tetapi waktu warna kekuningan sudah boleh dimakan...

Pertama kali makan buah ni selepas 2 tahun kerja di Shah Alam. Pokok ni tertanam di tepi jalan depan pejabat.
MASALAHNYA, selepas 2 tahun tau baru tahu ada pokok buah jambu yang sedap dimakan kat depan opis ni... teruk...teruk aku ni... Tak peka kepada lam sekitar langsung!!!

Hmmmm... Kenapa namanya JAMBU MAWAR? Pelik, kan?

Sebabnya Jambu Mawar ini wangi, baunya macam bau bunga ROS... 

Kalau nak tahu buahnya, lihatlah gambar ini.... 
3 gambar dibawah ni adalah gambar pokok Jambu Mawar yang diambil didepan pejabat...



Dari jauh....



Makin dekat...



Makin dekat....




Ni rupa buah yang masak, Cantik, kan?




Jambu mawar atau jambu kraton adalah antara suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Malaysia. Dinamai demikian kerana buah jambu ini memiliki aroma wangian yang keras seperti bunga mawar.


Ini maklumatnya...
Buah jambu mawar biasa dimakan segar, meskipun nilainya masih kalah oleh jambu air, jambu semarang atau jambu bol. Jambu mawar jarang terdapat di pasar, dan hanya dikonsumsi sendiri terutama oleh anak-anak. Buah ini juga sering dimasak atau diawetkan dengan berbagai cara.

Buah tersebut dapat disuling untuk memperoleh ‘air mawar’, serupa dengan yang dapat diperoleh dari daun mahkota bunga mawar. Daunnya disuling untuk mendapatkan minyak atsiri, yang berguna bagi industri wewangian.
Kayu terasnya berat dan keras, sehingga baik untuk konstruksi bangunan asalkan tidak berhubungan dengan tanah. Kayu ini kurang tahan terhadap seranganrayap. Kulit kayunya digunakan sebagai bahan penyamak dan pewarna.
Pohon jambu mawar juga kerap ditanam di taman-taman dan pekarangan sebagai pohon hias (ornamental). Selain itu, bunga-bunganya juga merupakan sumber pakan yang baik bagi lebah madu.[2]
Dari bunga yang diawetkan, dibuat obat tradisional pendingin dan penenang. Kulit kayu dan bijinya juga dimanfaatkan untuk mengobati murus (diare), disentri dan demam.[1]

Sumber rujukan dari Wikipedia.



Sekarang masalahnya pokok tu telah ditebang oleh MBSA, nak cari mana lagi pokok Jambu Mawar ni di Lembah Klang ni...

kalau tiada konservasi dan ditanam oleh masyarakat, maka akan pupuslah lagi satu khazanah alam nusantara!!!!





Adoooooiiiii!!!





Monday, June 25, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN SAHABAT DUNIA SENI SILAT MELAYU (3), 2012


Perjumpaan kita kali yang ke 3 
DUNIA SENI SILAT MELAYU' atau 'DSSM'
https://www.facebook.com/groups/57586640075/

Tajuk Perjumpaan:
"SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, tetapi MANIS di luar gelanggang...."

Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...

Siapa yang perlu hadir :
Terbuka kepada semua ahli pertubuhan silat yang menjadi rakan dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM) ini dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.

Orang ramai juga dijemput hadir dan amatlah dialu-alukan...

Pakaian : Bebas
*namun digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu


ATURCARA :

08.30 pagi : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook
'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)

09.00 pagi : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

09.05 pagi : Kata-kata aluan penganjur

09.10 pagi : Bacaan Doa pembuka majlis

09.15 pagi : Tahlil dan Doa sempena kedatangan Ramadhan Al-
Mubarak

09.45 pagi : Rehat, sarapan dan minum pagi

10.00 pagi : Suaikenal dan Sembang Santai antara rakan2 DSSM

12.00 tgh : Persembahan Silat Pulut dan Tari

12.45 tgh : Persembahan Silat Tempur

01.15 tgh : Persembahan Tempur Senjata Melayu

02.00 ptg : Sessi bergambar beramai-ramai

02.00 ptg : Sembang Santai rakan2 DSSM sebelum pulang

02.30 ptg : Selawat beramai-ramai dan bersurai untuk solat Zohor
dan pulang


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan 'Tali Silaturrahim' di kalangan ahli warga Persilatan yang berlainan Perguruan di Malaysia dan juga alam Nusantara...


Nota
*Harap maklum juga pihak penganjur tidak menyediakan sebarang perbelanjaan makan dan minum kerana program ini tiada dana sumbangan dari mana2 pihak.

Sahabat2 DSSM yang hadir DIALU-ALUKAN membawa POT LUCK masing2 ke acara perjumpaan kita ini... Sikit sama dikongsi, Muafakat membawa Berkat...

**Segalanya adalah inisiatif kita sebagai pencinta silat yg ingin berjumpa dan bergabung dalam satu perjumpaan silaturrahim persilatan yg berlainan perguruannya...


Gathering DSSM(1) - 01hb Mei, 2012

Gathering DSSM(2) - 

Ziarah ke 2 Pulau Besar, Melaka...

Bismillahirohmannirrohim...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...


Setelah sampai ke rumah dari ziarah ke Pulau Besar, Melaka. Aku pun teringat tentang blog bernama TRANQUILITY HATI ini... Apa nasibnya? Adakah blog ini bakal menjadi seperti blog2 sahabat2 yang lain, yang 'terpadam' secara tiba2... Tiada update, tiada berita.

Apabila scroll ke bawah aku dapati sejak ditinggalkan setahun yang lepas. Jumlah pengunjung adalah seramai 
12,990 orang yang datang melawat!!! Mak aiiii... ramainyer???!!!

Namun... Alhamdulillah... Alhamdulillah. 


Makanya aku berpendapat bahawa selagi kita membawa kebaikkan dan manafaat kepada orang lain samada melalui cara 'TERSURAT mahupun TERSIRAT', dengan niat hati YANG IKHLAS. Maka kebaikkan juga yang akan diperolehi...




Mungkin ini HIKMAH tersembunyi di sebalik ziarah ke Pulau Besar pada hujung minggu tadi...

Syukur, alhamdulillah...







Dibawah ini hamba sertakan sebahagian gambar semasa di Pulau Besar, Melaka...







(Gambar atas) Dalam denai hutan menuju ke Gua Yunus, Pulau Besar yang dipercayai tersimpan harta karun di dalam gua. Pintu gua tersebut khabarnya hanya dapat dilihat semasa air laut surut jauh ke tengah...





(Gambar atas) Air teluk di sebelah Gua Yunus lebih tinggi dari paras air laut yang sedang surut di tengah laut... Tak pelik, kan?







Ni gambar diatas batu besar Gua Yunus (gua dibawahnya...)...



Tapi yang peliknya, KENAPA GAMBAR AKU NI SEPERTI SEORANG PENGKAJI PARANORMAL???

Adoooiiii....



Saja ronda2 kat situ, tapi aku rasa laaaa.... Kalau nak dapatkan Harta Karun tu aku kena bawa kapal selam laaa... macam di bawah ni...








Hehehehe.... :D






Abg Saha - 2.25am







Assalamualaikum...


 Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم




Pada hari ini 25hb Jun, 2012 bersamaan 5 Syaaban 1433 Hijrah, GENAPLAH lebih setahun dan 21 hari BLOG ini sunyi dari sebarang UPDATE mahupun  BERITA...


Dan pada hari ini juga saya terkejut bila mendapati jumlah pengunjung blog ini telah melebih 13,000 orang...


Alhamdulillah dan TERIMA KASIH atas sokongan walaupun pada fikiran saya blog ini bakal 
ditutup kerana saya kesibukkan masa dan banyak berada di laman Facebook terutama di Kumpulan DUNIA SENI SILAT MELAYU (DSSM)..












InsyaALLAH, blog ini akan kembali seperti sedia kala...




Amin...