Fikir...

NuffnangX

Wednesday, October 17, 2012

KUCING VS HELANG...??? Biar Betul!!!



Apakah makna da erti kejadian ini?
Pastinya sedikit demi sedikit akan terungkai juga...










ALLAH MAHA KAYA...
Hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya..









Monday, October 15, 2012

HAKIKATNYA...






Berpulang kepada Mu jua, 
YA ALLAH....



UJIAN... Kenapa?






TERIMA KASIH, ALLAH....

Alhamdulillah...


Sunday, October 14, 2012

EKSIDEN 1MALAYSIA...




kemalangan melibatkan 5 buah kenderaan iaitu 4 buah kereta (Satria Neo, Proton Wira Sedan, Proton Iswara dan Perodua Viva), sebuah Van dan sebuah motosikal...

Kemalangan turut melibatkan seorang pejalan kaki yang terhimpit apabila kenderaan yang terletak di tepi jalan itu beralih dan menghimpitnya...

KENAPA DI PANGGIL SEBAGAI EKSIDEN 1MALAYSIA...???




Berikut adalah mangsanya:

Satria Neo - Melayu
Proton Wira sedan - India
Proton Iswara - Cina
Perodua Viva - Melayu (aku la tuuuu....)
Van - Cina
Motosikal - Melayu
Pejalan kaki - Cina


Hehehe...


Kelihatan nyonya yang berbaju kuning sedang dibantu akibat terhimpit oleh kereta aku....
Terhimpit semasa berjalan kaki di sebelah kereta aku...

Adoooiiiii...

"WRONG TIME, WRONG PLACE...."

Kesian kat dia...




Remuk teruk kereta Proton Wira Sedan yang dipandu oleh seorang uncle bangsa india bersama isteri dan anak2nya....



Ini kedudukan kereta aku yang dilanggar oleh kereta Proton Wira Sedan dipandu oleh seorang uncle berbangsa India...



Kesian uncle india ni... dia masih dalam keadaan panik sehinggakan masih lagi memegang stereng kereta walau sudah 10 minit kemalangan berlaku...




Proton Wira Sedan itu juga 'cium mulut' dengan kereta Proton Iswara yang sedang parking ketika itu...



Ni lah kereta aku yang terhimpit paling kiri sekali...











Inilah kereta aku yang rosak teruk di bahagian depan sebelah kiri...
Memang tak boleh drive ke workshop...
Masa ni tow truck dah sampai...




Ini kereta Proton Satria Neo yang menjadi punca kemalangan ini....

Puncanya akibat kecuaian minum air semasa memandu...
Kenapa saya berkata demikian?
KERANA dibahagian atas dashboard kereta penuh dengan tumpahan air coke atau pepsi cola...

Disebelah kanan Satria Neo itulah motosikal yang dilanggarnya...
Entahlah apa nasib penunggang motosikal tersebut kerana dia telah dibawa ke hospital oleh orang ramai....





Time ni kereta aku dah ditarik ke Balai Polis Jalan Bandar untuk diambil gambar dan membuat laporan polis sebelum di bawa ke workshop...


ALHAMDULILLAH... 

Yang penting semuanya selamat tanpa ada kemalangan jiwa kepada semua pihak yang terlibat....



Amiiiinnn...















Lagu retro "LAYARKAN' dari Papa Rock Ramli Sarip memang TERBAIK!!!





Lagu-lagu lama dalam era 80 dan 90'an memang sangat puitis dan memberikan seribu makna dan pengertian.

Lagu 'LAYARKAN' nyanyian Ramli Sarip ini misalnya sangat menyentuh perasaan.

Walaupun lagu ini nampak 'slow' tetapi ia MEMBINA kekuatan jiwa dari dalam agar tidak rebah dalam menghadapi arus gelombang kehidupan....

Sambil layan jiwa sorang2 dan dengar lagi ini, pasti ada kekuatan yang dibangkitkan dari Nya.....

kerana ia mengingatkan diri akan kekurangan berbanding kebesaran yang Maha Esa lagi Maha Kuasa...








"LAYARKAN..."

Layarkan bahtera ini ke tengah samudera, penuh ke lurah...
Layarkan bahtera ini ke tengah lautan, MENYAHUT CABARAN...

Hidup harus terus hidup, biar cabaran KUAT MENDUGA...
Layar kita berlayar, biar gelombang MENGHEMPAS GANAS...

Layarkan bahtera ini, timbul tenggelam kita bersama...

Kita bersama
Kita bersama




Tajuk Album: Istilah

Tahun Di Pasarkan : 1988 / 2011 edaran semula
Keluaran / Edaran : © Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Penyanyi: Ramli Sarip





SEMOGA TERHIBUR dan memberi manafaat....

Amiiiiin...




KOTA LUKUT : RAHSIA TERSEMBUNYI DAN TIDAK DIKETAHUI UMUM...


Balik dari Melaka, bersama sahabat kulaan hamba iaitu tuan Pangeran Satria Nur Aduka. 
Kami terus ambil jalan lama dari Kuala Sungai Baru, terus ke Linggi. 
Kemudian terus ke Port Dickson atau PD sebelum pulang ke Kuala Lumpur semula... 
Apa nama lama Port Dickson ni ye? Memang tak best la sebab masih mengguna pakai nama penjajah sebagai nama kawasan perangainan ini...

Hmmm... di PD ni kami singgah minum sebentar di Pantai Bagan Pinang...




Atas ni gambar para pendekar dari KL bergambar dengan senjata keris masing2 di tepi pantai... Siapa lagi.. Hehehe

Rasanya kalau ramai2 beriadah di pantai PD ni sambil berbusana melayu begini kan bagus....

Pulak tu sambil naik perahu ronda2 laut sekitar sini... InsyaALLAH.... dah ada perancangan tu dalam kepala untuk masa yang akan datang.. Hehehe


Habis bergambar dan jalan2 di pantai PD ni, kami terus ke tapak bersejarah, iaitu muzium Kota Lukut...





Muzium Kota Lukut ini asalnya adalah sebuah tapak kota pertahanan atau sebuah kubu pemerintah melayu iaitu Raja Busu, iaitu anak Sultan Selangor ketika itu...

Kubu ini terletak di puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja, dan boleh dilalui melalui jalan dari arah kaki bukit. Kubu ini menghadap ke arah pekan Lukut dan memberikan pandangan tanpa terlindung oleh Sungai Lukut, persekitarannya dan juga Selat Melaka.




Dibina oleh buruh dari kalangan para banduan, ia adalah bentuk segi empat dengan ukuran kira-kira 200 meter panjang dengan 170 meter lebar. Dinding batu laterit merah dikelilingi oleh parit lapan meter lebar dan antara 8-10 meter. Hutan buluh telah ditanam pada bahagian bawah parit dengan dinding batu diletakkan meriam. Meriam  juga diletakkan di pintu masuk utama ke kubu, di dinding utara, dan pintu masuk yang kecil di sebelah bahagian dinding arah barat.




Dulunya sebelum kemerdekaan, Kota Lukut ini dan kawasan daerah sekitar sini adalah tertakluk di bawah jajahan kerajaan negeri Selangor..... 

Raja Busu adalah anak Sultan Muhammad yang, pada tahun 1824, telah datang ke Lukut dengan pengikut-pengikutnya dari Selangor, Kedah dan negeri-negeri lain untuk membangunkan sumber-sumber bijih timah yang kaya. Beliau menggalakkan pelombong Cina, terutama dari Melaka, menetap di kawasan tersebut dan bekerja di lombong bijih timah. Dia adalah seorang pentadbir yang berkesan dan daerah Lukut menjadi makmur, dengan lebih ramai pelombong Cina dibawa masuk mengembangkan pengeluaran lombong2 bijih timah....



Mengikut sejarah yang tertulis di dalam muzium Kota Lukut ini...


Gambar lama Istana Kota Lukut sebelum dibakar oleh kaum pelombong cina


Pada tahun 1834, Raja Busu memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak sepuluh peratus (10%) ke atas timah semua yang telah diekstrak dan dieksport keluar dari Lukut. Peraturan baru ini telah menyebabkan kemarahan para pelombong dan peniaga cina, serta para penyokong kewangan mereka di Melaka. 

Pada suatu pagi yang gelap, lebih kurang pada bulan September tahun 1834. Satu kejadian tragis dan menyedihkan telah berlaku apabila para pemberontak di kalangan orang cina telah menyerang  istana Raja Busu di Kota Lukut ini. Mereka telah menyusun serangan dengan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa di kalangan orang melayu ketika itu.

Para pemberontak ini telah berjaya membunuh para pengawal di sekitar kota. Kemudian mereka mengepung istana Raja Busu. Dengan  dipenuhi perasaan marah yang meluap-luap, mereka menjerit dan menuntut Raja Busu untuk keluar dari istana atau mereka akan MEMBAKAR istananya

Raja Busu yang mendengar kata-kata pemberontak cina yang telah mengepungnya ini menjawab: 

"Kami orang Islam tidak takut untuk mati, lakukanlah apa yang kamu suka jika kamu berani!"

Apabila mendengar jawapan Raja Busu ini, para pemberontak cina telah menyerang dan membakar Istana dan rumah Melayu berdekatan, dengan beratus-ratus orang  melayu yang dirompak dan juga dibunuh. 

Para pemberontak dari kalangan pelombong cina ini telah membunuh mereka dengan KEJAM, termasuk Raja Busu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Dipercayai semasa Raja Busu melawan dan keluarganya cuba menyelamatkan diri, mereka telah ditangkap dan telah dicampakkan ke dalam api istana mereka yang sedang terbakar. Adalah dipercayai, hasil rompakan yang diperolehi dari istana Raja Busu berserta segala perhiasan dari China termasuk, emas permata sahaja dianggarkan kira-kira 3,500 paun.


Orang-orang Melayu yang terselamat dari serangan ini  melarikan diri ke kawasan desa dan daerah berhampiran dan segera menyampikan berita sedih ini. 


Mendengarkan berita PEMBUNUHAN RAJA BUSU dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri. Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah segera berhimpun dan bersedia untuk menyerang Lukut sebagai membalas dendam atas pembunuhan seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana. 


Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka. Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut. 

Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap KEBIADAPAN, KECURANGAN DAN PENGKHIANATAN orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu. Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan  British Melaka  untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung...

Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan selama bertahun-tahun.




HAKIKATNYA...


 Sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 lagi... iaitu 135 tahun kemudian,

masyarakat cina (para pelombong dan peniaga) ketika itu PERNAH  memberontak terhadap pemerintah Melayu Islam sehingga sangggup membunuh  seorang anak raja Melayu iaitu Raja Bungsu!!!



AL-FATIHAH... 
buat Raja Busu dan ahli keluarganya termasuk orang-orang muslim yang terkorban...



TAK PERCAYA???


Boleh baca juga merujuk dari blog "Sejarah Melayu" ini:






SILA LAWATI muzium Kota Lukut untuk mendapatkan maklumat penuh....

Maklumatnya ada didalam muzium ini... 
Tertera didalam penerangan seperti dalam gambar di atas...








FUUUHHHH!!! 

Panjang betul ceritanya... namun itulah dia sejarah buat IKTIBAR kita semua...




Dan mengambil kesempatan ini, kami sempat berposing ibarat mengambil semula semangat para pendekar melayu pada tahun 1834 itu yang membalas dendam terhadap PENGKHIANATAN kaum pendatang yang tergamak membunuh dengan membakar anak Raja Melayu di dalam istananya sendiri...



ALHAMDULILLAH... setiap sejarah dan kejadian ada hikmahnya yang tersendiri...















Jika ada masa mana2 sahabat yang ada masa kelapangan tu, datang melawat ke Kota Lukut ini...



Banyak manafaatnya kerana disini tersimpan rahsia tamadun kerajaan melayu 
lama disini...

DATANG, JANGAN TAK DATANG 
ke KOTA LUKUT ini!!!!







Saturday, October 13, 2012

JALAN2 BUDAYA KE NEGERI MELAKA...




Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan September 2012, 
antaranya adalah Jalan2 Budaya ke negeri Melaka ini..

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH....


Di bawah ni antara gambar-gambar saya bersama tuan Pangeran Nur Satria Aduka dan tuan Wan Nur Aduka dari  Perguruan Gayong Makrifat berjalan2 sekitar Bandar Hilir Melaka.... 





Gambar yang di atas ni adalah di bangunan Muzium Stadhuys atau Muzium Belanda atau bangunan merah....
Pegawai-pegawai PERZIM yang ada di situ memang sangat mengalu-alukan kami yang datang berbusana Melayu di muzium ini...





Gambar ni masa jalan2 dan terjumpa kedai barangan antik.... termasuklah senjata sunda bernama Kujang yang bagak ni... Berat tuuuuu....



Lama tak memegang lembing, apatah lagi melembing. 
Dapat barang ni apalagi, macam dapat nyawa pulak... 
Macam ada power charging... Hehehe 





Ni bergambar bersama pelancong dari Perancis yang sebelum ni curi2 ambil gambar kami..... Takut kot kena charge untuk bergambar atau seram tengok lelaki melayu seperti kami berbusana bersama senjata melayu... Hehehe....



 Ni gambar bersama pelancong dari China yang tahan kami untuk ajak bergambar selepas kami melintas jalan....






Gambar di atas ni kami ambil semasa berposing di dalam gereja kota Saint Paul yang dipercayai batu batanya adalah dari batu nesan perkuburan orang-orang Melayu Islam...




Yang paling menarik adalah melakukan persembahan silat pulut kepada kanak-kanak sekolah rendah ats pemintaan guru sekolah mereka...
ALHAMDULILLAH, dapat juga membantu mempromosikan budaya silat melayu kepada anak-anak bangsa di kota bersejarah ini....


dan Alhamdulillah, jadi artis pula kami ni sebab sibuk adik-adik ni nak ambil gambar kami... dan terima kasih kepada cikgu2 mereka yang sememangnya sporting habis....


Ada juga peminat dari kalangan pelancong nusantara kita seperti dari Jakarta, Indonesia ini...
Teruja betul mereka bila bergambar bersama kami...



Turun dari atas tu, sempat juga kami bergambar didepan bangunan DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM...
Kena ambil gambar kat sini, bangunan kebanggaan orang melayu ni kerana ini satunya pusat maklumat dunia Melayu Islam nusantara yang ada di Malaysia...

Sayangnya, kami TAK SEMPAT bergambar di depan Istana Melaka kerana jam ketika ini telah menunjukkan jam 5 petang dan kawasan istana telah pun ditutup...


Habis jalan-jalan sekitar Bandar Hilir, kami ke Umbai untuk bertemu sahabat-sahabat silat disini pula...
Kemudian kami ke gelanggang Perguruan Gerak Tepat Melaka untuk menunaikan solat dan membersihkan tubuh badan...


Semasa di sini, kami adakan sesi muzakarah ilmu dengan Pak Guru Aziz dan sahabat-sahabat senior Gerak Tepat iaitu tuan Huzaifah, tuan Rosezaimy dan yang lain-lain lagi....



Ini antara pesanan dan madah dari Pak Guru Aziz Md Said buat kami....


Baharullah lautan nya dalam,
ombak bertepuk siang dan malam.
Alangkan wali kan tersalah faham,
sinaran buih di sangka manikam...

Belajar silat sambil berdiri,
dibantai dengan sebatang buluh.
Kalau belajar mengkaji diri,
jangan sampai bertuhankan tubuh.

Anak qek dahinya gendol,
ambil galah pikulkan raga.
Biar setitik asalkan cendol,
dapat hilang haus dahaga.

Buah salak buah kendondong,
buah berangan tidak berduri.
Bukan salah ibu mengandung,
salah kita tak kenal diri...

Baik baik menebang buluh,
kerna buluh ada empat.
Baik2 mengaji tubuh,
di dalam tubuh ada sifat.

Kerana buluh ada empat,
seekor ulat terlompat lompat.
Di dalam tubuh ada sifat,
di dalam sifat kenyataan zat.

Awal bismillah mula di sebut,
rahman dan rahim sifat mengikut.
Ilmu hakikat hendak lah di tuntut,
dunia dan akhirat ia meliput.

Telur itik dari senggora,
batang pandan di langkahi.
Darahnya bertitik di Singapura,
badannya pula di Langkawi.

Berdesau ku sangka ia...
rupanya lalang di tiup angin...
nanau aku gila sasar...
rindu dara di sebalik tabir
bertukar tangkap dengan lepas...
sayang berpulang pada mu jua...

04 Zulkaedah 1433H/20 September 2012 - 2.20am




Habis sesi muzakarah dan bergambar di gelanggang, kami terus menuju sebuah restoran berhampiran Umbai juga kerana sahabat-sahabat Perguruan Gerak Tepat ramai di sana sedang berkumpul untuk berkenal-kenalan bersama kami dari Kuala Lumpur ini....

Lihat gambar di atas ni... Hebatnya, hampir semua hadir dengan bertanjak pendekar melayu...

SYABAS SAHABAT SEMUA KERANA MELESTARIKAN BUDAYA WARISAN BANGSA DI TEMPAT UMUM!!!!


Dari sini, kami dijemput pula ke rumah Pak Guru Yahya dari Perguruan Gerak Insan Seni Melaka untuk bermalam...

Selepas akan subuh, semua 'pengsan' di rumah Pak Guru Yahya kerana kepenatan...
Apapun, TERIMA KASIH kepada Pak Guru Yahya kerana memberikan kami sebuah bilik di rumahnya untuk berehat...



Inilah dia Pak Guru Yahya yang sentiasa ceria wajahnya...
Masa ni kami baru keluar dari masjid selepas solat zohor....
Tidur pun tadi selepas subuh hanya sekejap sahaja, sekadar melepaskan lelah semalam...

Balik solat zohor di masjid, kami di jamu makan tengahari oleh isteri beliau.
ALHAMDULILLAH, sedap masakan orang Melaka ni...

Hmmmm....

Petang ni selepas makan tengahari, kami akan berangkat pulang ke KL semula...




Sebelum pulang, sempat lagi kami bergambar bersama Pak Guru Yahya di gelanggang beliau...


Apa pun, acara jalan-jalan berbudaya yang tidak dirancangkan ini membawa seribu pengertian dan makna mendalam kepada kami semua...


TERIMA KASIH ORANG-ORANG MELAKA... 
ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK!!!!