Fikir...

NuffnangX

Thursday, November 18, 2010

Kumpulan KeMBara - Lagu puitis... Lagu Jiwa... Lagu Rakyat...

KUMPULAN KEMBARA
Hmmmm...asyik dengar lagu2 baru atau pun lagu rock kapak. Kali ni marilah kita membincangkan tentang lagu2 puitis dari ... KUMPULAN KEMBARA. Walaupun dah lama berpecah, tetapi lagu-lagu dia masih evergreen seperti HATI EMAS, GERHANA, MALAM, KIAMBANG, EKPRESS RAKYAT dan lain2 lagi... Aku tak rasa bebudak sekolah terutamanya dalam tahun 1980'an kenal kumpulan kembara ni.....



Sedikit biografi derang:
Kumpulan Kembara merupakan kumpulan penyanyi yang diasaskan oleh M. Nasir. Kumpulan Kembara ditubuhkan sekitar awal 1980-an di Singapura dan dianggotai oleh :-

   1. M.Nasir sebagai vokalis utama
   2. A.Ali (Hamdan Atan)
   3. S.Sahlan (Roslan Tajuddin )

A.Ali dan S.Sahlan telah meninggalkan kumpulan Kembara dan untuk 3 album seterusnya, beberapa orang anggota baru telah menggantikan kekosongan A.Ali dan S.Sahlan iaitu :

   1. M.Nasir sebagai Penyanyi Utama & Latar
   2. Shahrum Basiron sebagai Pemain Drums & penyanyi
   3. Rahman Suri sebagai Pemain Bass & penyanyi
   4. Zulkifli Mohamed sebagai Pemain Gitar Utama & penyanyi
   5. Md. Shah Othman sebagai Pemain Keyboard & penyanyi


Anggota ini terus kekal sehinggalah Kembara berpecah dan anggota kumpulan membawa haluan masing-masing. Sebanyak lebih kurang 60 buah lagu telah dihasilkan sejak dari awal, kebanyakannya karya M.Nasir, S.Amin Shahab, A.Ali.

Antara Album mereka:
   1. Kembara (1981)
   2. Perjuangan (1982)
   3. Generasiku (1983)
   4. Seniman Jalanan (1984)
   5. 1404 Hijrah (1984)
   6. Duit (1985)
   7. Lagu Lagu dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)





Tapi ada satu lagu yg menyentuh hati aku laaaaa....lagu ni bertajuk "Impian Seorang Nelayan". Mungkin sebab aku dah bergelar bapak..dan teringatkan anak2 aku yg jauh....huhuhu


Sama sama kita menjiwai senikata lagu klasik ini. Begitu dalam makna senikata yang mengajak kita berfikir pengorbanan seorang nelayan @ bapa utk sebuah keluarga. Mampu menitiskan air mata bagi sesiapa sahaja yang menghayatinya terutama lelaki begelar bapa, ayah, abah atau abi.....dan aku tujukan khas buat semua mereka yg bergelar ayah/bapa/Abah/Abi...disana....

Buat anak2..dengarkanlah lagu ini sebaiknya kerana seorang bapa juga kasih dan rindu pada anak2nya....Harapan sebagai bapa ialah melihat anak2nya berjaya dan berjaya di kemudian hari nanti...Amin. 




























Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan


Judul Album : Impian Seorang Nelayan
Penyanyi : Kumpulan KEMBARA
Tahun Produksi : 1981
Produksi : Purnama Recods
Download lagu ni disini: Impian seorang Nelayan







..

3 comments:

cerpelai said...

As'salamualaikum..
Boleh tanya?
Saudara tahu lirik lagu 'Ada Sepasang Mata'?

Gua cuma tak dapat tangkap empat bait yang terakhir..

Terima kasih..

Sahruddin Esa said...

Waalaikumsalam, saudara.

Sila rujuk di bawah ini seperti yg dipohon...

ADA SEPASANG MATA
=================
Ada sepasang mata di kaca jendela melihat setiap gerak langkahku.
Hingga aku ada kehilangan gaya tidak tentu rasanya...

Ada sepasang mata tajam tersembunyi dibalik kaca mata hitam
Melihat ku dengan penuh ghairah, apakah maksudnya...

Mata oh mata... jangan disalah guna, nanti buruk padahnya...

Mata oh mata... jangan cari dosa, faedahnya tiada.

Ada sepasang mata di sudut sana yang tidak pernah senang dengan kejayaan orang lain hanya menanti silap dan salah...
apakah maksudnya...apakah maksudnya...

Nota:
Mohon maaf jika ada berlaku kesilapan..
.

cerpelai said...

As'salamualaikum..

Berbanyak terima kasih atas pertolongan..

Jazakallahu khairan.. :)