Sambungan dari Part 1...
Sebelum berlepas...
Lokasi: Skypark, Subang
Selepas bersalama-salaman ngn Abah. Aku terus masuk ke lobi Skypark Subang ni. Sempat lagi aku melambai tangan kat abah. Tak lama kemudian aku nengok abah terus drive balik. Aku tak risau dah...tangki minyak penuh...siap bg kad Touch N Go aku kat dia lagi...So... Tempat yg aku tuju sekarang ialah boarding area Firefly.
Masa kat situ aku pun cari si Nadia ni...mana pulak mokcik nih??? Huhuhu...maklumlah dia ni kan pompuan, tak pernah gi oversea pun. Dah jadik tanggungjawab aku kena pastikan dia pun mesti sampai kat airport ni. Kalau dia terlepas flight, aku pun susah gak....Aku pun call si Nadia ni....rupanya2 mokcik ni pun baru sampai. Hampeh...ingatkan aku yg lewat. Rupa2nya dia pun sama...hehehe
Lepas siap jer boarding bagasi aku dan Nadia....kitorang apa lagi nak kena layan perut dulu. Lapar Giler (org giler pun rasanya tak lapar cam kitorang...hehehe). Jam time ni dah pukul 9.30pagi. Ada lagi 30minit berlepas...
Bincang punya bincang, kitorang target bekpes kat McDonald laa dulu sbb tempat tu yg paling cepat... OTW ke McD, sempat gak aku ngn Nadia posing....hikhikhik
Jam 9.50 pagi, airport announce semua passenger kena bersedia di balai berlepas. Aku dan Nadia gerak. Masa pemeriksaan kastam Malaysia...botol losyen Nadia kena ambil sebab lebih 50ml...owhh...aku nengok muka Nadia tensen jer....hahaha...nasib aku lelaki, takyah bawak barang mekap...hahahaha
Masa check kat kaunter imigresen pulak...passport aku takde dalam sistem...Hah!!! Camana boleh jadi macam ni? aku dah serabut....kalau terlepas flight camana pulak ni...huhuhu. Menurut pegawai imigresen tu...semalam pun ada satu kes camni....passport yg buat di Shah Alam jugak. Problem ni bukan salah aku tapi salah sistem maklumat Imigresen Malaysia....Data entry ada masalah...Terpaksalah aku tunggu kat kaunter tu sambil sembang2 kosong ngn Pegawai Imigresen tu....Tak lama pastu, passport stamped, everything ok, APPROVED!!!....hehehe.....Thanks bro!!!... Hmmmm...ramai juga yg nak ke Batam kat balai berlepas ni yer...Tak lama dalam 15 minit kat situ. Kitorang gerak menuju ke Kapalterbang...
Masa check kat kaunter imigresen pulak...passport aku takde dalam sistem...Hah!!! Camana boleh jadi macam ni? aku dah serabut....kalau terlepas flight camana pulak ni...huhuhu. Menurut pegawai imigresen tu...semalam pun ada satu kes camni....passport yg buat di Shah Alam jugak. Problem ni bukan salah aku tapi salah sistem maklumat Imigresen Malaysia....Data entry ada masalah...Terpaksalah aku tunggu kat kaunter tu sambil sembang2 kosong ngn Pegawai Imigresen tu....Tak lama pastu, passport stamped, everything ok, APPROVED!!!....hehehe.....Thanks bro!!!... Hmmmm...ramai juga yg nak ke Batam kat balai berlepas ni yer...Tak lama dalam 15 minit kat situ. Kitorang gerak menuju ke Kapalterbang...
Jam 10.35 pagi, kapalterbang mula berlepas...yang best masa berlepas ni accelaration bila nak take off. Rasa macam naik keta F1 pulak, cuma tak pakai helmet ngn angin menghembus ke muka jer..hehehe
Pemandangan daerah Shah Alam / Subang masa take off....
Once take off jer kapalterbang dah lajak sampai ke ruang udara PD...cepatnya ...huhuhu
Sepanjang flight takde apa yg dibuat kecuali duduk diam2 menikmati pemandangan di bawah....."cantik juga pemandangan Malaysia ni pagi2 ya....kalau cuaca cerah dan panas, pasti lebih cantik" - Bisik hatiku...Hmmm.....aku rasa lain kali kalau nak naik flight lagi, aku prefer naik waktu siang dari malam....sebabnya banyak pemandangan yg boleh dilihat berbanding malam...
Pemandangan di bawah (gambar atas) semasa dalam flight adakala clear, adakala tidak...sebab cuaca mendung sikit. Mungkin sebab sekarang ni tengah angin monsun barat daya bertiup ke semenanjung...Hmmmm....bab pramugari Firefly kalau korang nak tau...aku kira ok jugaklah. Taklah cun sangat pun....biasa2...cuma yg aku tergelak masa sebelum take off tadi derang buat demo pakai tali pinggang keselamatan... tu jer....rasa macam kat sekolah pulak...hahahaha
Ni gambar aku ngn opismate aku , Nadia....Kitorang gi Batam utk job yer, bukan makan angin!!
Gambar dibawah ni raku asa seperti Pulau Bengkalis...agak2nya...
Sepanjang flight ini juga, aku teringat lagu "Nusantara" nyanyian kumpulan kembara dulu...
Nusantara...nusantara....nusantara.....nusantara
Dalam iklim tropika wujud ribuan pulau
Yang penuh dengan keindahan maya nusantara
insan beratus juta walau lain bicara
namun masih satu budaya bangsa dari nusantara
Luas terbentang ladang untuk kita berjuang
Subur bumi... suburlah jiwa
Pertahankan hak kita
Kulit warna sawo matang adat resam pegangannya
Gotong royong satu amalan indah budi bicara
Marilah bersatu padu dgn semangat Nusantara
Hidup generasi baru kekal selamanya
Nusantara...
Tajuk: Nusantara
Lagu : M.Nasir / Lirik : S.Amin Shahab)
Album: (4) Kembara - Seniman Jalanan 1984
Download link: KEMBARA - NUSANTARA
Masa dah dekat2 nak landing tu, pilot announce kapalterbang sekarang berada di ketinggian 14,000 kaki di udara. Hmmmm...tinggi gak ni....Waktu itulah aku ternampak awan berwarna kelabu jauh di horizon langit. Mungkin hari hujan lebat kot?....tapi rasa hati aku....ini mungkin awan dari letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa. Mmg warna awan tu kelabu sangat...huhuhu....apa la nasib derang kat sana yer? Dan...selamat ker aku nanti di Pulau Batam ni?...Takut kena tsunami atau gempa bumi pulak....hehehe
Horizon langit yg berwarna kelabu...mungkin letusan awan Gunung Merapi...
Ni dah dekat Pulau Batam, tunggu masa nak landing....
Landing Time..
Jam 11.45 pagi waktu Malaysia...kami mendarat.
Sampai juga di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam....Hmmmm....nama airport ni pun tak banyak beza dengan nama2 kawasan di Malaysia. Terasa aku macam tak terasing ditempat orang....
Ni gambar landing time di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam... Lupa plak nak tutup HP weeeeiiiiii!!!...Hahahahaa
Apa yg berbeza berbanding airport di Malaysia adalah suasana sekeliling terutama design, saiz dan decoration. Airport ni nampak biasa jer....lebih kurang airport Sg. Besi yg dah jadi muzium udara tu. Takde yg istimewanya....biasa jer...sedang2...tak la besar sangat. alaaa...lebih kurang airport Kepala Batas, Alor Star... cuma kecik sikit dari tu...
Masa queue imigresen Indonesia, aku terlupa pulak nak isi form kastam Indonesia masa dlm flight. Apalagi, menggeragau la cari pen...huhuhu. Nasib baiklah ada sorang rakyat Malaysia yg prihatin...nama dia Zailani....aku panggil abg Zailan. Dia tolong bagi pinjam pen...aku ngn Nadia pe lagi kelam kabut la isi...hehehe.....apapun, terima kasih abg Zailan!!! Sempat lagi dia pesan kat aku....jgn lupa tulis datang sebagai tourist, bukan datang sebagai bekerja di sini walau sekejap dan masa ditanya nanti pun jawab sama....kalau tak nanti susahi...Hmmmm....aku pun dengar la nasihat dia. Camana dia tau aku datang sebab ada job pun aku tak tau...hahahaha
Masa kat kaunter imigresen, pak imigresen tu tanya kat aku...datang sini buat apa? Aku cakap: "Datang ini untuk honeymoon, pak"...dan dgn selamba lagi aku jawab: "Baru lepas kawen, ini isteri saya...." aku tunjuk Nadia....Hahaha....bengang giler muka Nadia...aku tersengih jer Hehehe...(kena bohong sunat, ikut nasihat abg Zailan tadi).....Hmmmm...maklumlah, kalau aku cakap datang asing2 tanpa apa ikatan nanti confirm Nadia kena tanya lagi banyak soalan dari pak imigresen Indonesia tu pulak...nanti siapa yg susah...aku jugak!!!
Bila dah berada di luar, aku terjumpa abg Zailan tadi. Dia tanya aku datang sini buat apa. Aku cakap sebab ada kerja di Kawasan Perindustrian Kabil, serve customer kat situ. Dia pulak datang utk kerja cam aku jugak....sekali dengan isteri dia dan anak Dato' Maznah Abd Hamid, Iron Lady, owner company syarikat Securiforce....hehehe...lawa gak anak Dato' Maznah ni....Haiiiii, babe!!! aku lambai kat dia....Hahahaha...:P
Masa sembang ngn abg Zailan, aku bagitau dia ni la first time kitorang datang Batam dan belum book apa2 hotel lagi. Aku minta suggestion dia. Dia suggest aku ambil hotel Pasific Palace sebab kat situ mmg ramai orang Malaysia tinggal dan akan tinggal di situ juga...."Alhamdulillah, Terima kasih abg Zailan!!" jawab aku. Kata dia senang kalau tinggal tempat yg ramai orang Malaysia..kalau ada apa2 senang nak minta pertolongan...aku cuma tersenyum jer...syukur masih ada org yg baik hati seperti dia...
Lepas ambil teksi, kami minta pak supir hantar ke hotel yg diberitahu oleh abg Zailan tadi...sepanjang perjalanan, nampak keadaan yg berbeza dari Malaysia....seolah2 Malaysia masa tahun 1980'an dulu...masa aku kecik2....pembangunan mmg di belakang walau dengar nama Batam ni seolah2 maju dan hebat...Hmmmm....
Bila dah berada di luar, aku terjumpa abg Zailan tadi. Dia tanya aku datang sini buat apa. Aku cakap sebab ada kerja di Kawasan Perindustrian Kabil, serve customer kat situ. Dia pulak datang utk kerja cam aku jugak....sekali dengan isteri dia dan anak Dato' Maznah Abd Hamid, Iron Lady, owner company syarikat Securiforce....hehehe...lawa gak anak Dato' Maznah ni....Haiiiii, babe!!! aku lambai kat dia....Hahahaha...:P
Masa sembang ngn abg Zailan, aku bagitau dia ni la first time kitorang datang Batam dan belum book apa2 hotel lagi. Aku minta suggestion dia. Dia suggest aku ambil hotel Pasific Palace sebab kat situ mmg ramai orang Malaysia tinggal dan akan tinggal di situ juga...."Alhamdulillah, Terima kasih abg Zailan!!" jawab aku. Kata dia senang kalau tinggal tempat yg ramai orang Malaysia..kalau ada apa2 senang nak minta pertolongan...aku cuma tersenyum jer...syukur masih ada org yg baik hati seperti dia...
Lepas ambil teksi, kami minta pak supir hantar ke hotel yg diberitahu oleh abg Zailan tadi...sepanjang perjalanan, nampak keadaan yg berbeza dari Malaysia....seolah2 Malaysia masa tahun 1980'an dulu...masa aku kecik2....pembangunan mmg di belakang walau dengar nama Batam ni seolah2 maju dan hebat...Hmmmm....
Check-in Hotel...
Jam 12.05 tengahari, aku dan Nadia sampai ke hotel penginapan, Pasific Palace.....dari pandangan luar, entrance hotel nampak macam biasa jer. Mengikut kata supir (driver teksi airport tu), kita masuk mengikut buritnya... Apa!!! masuk mengikut buritnya!!!
Hahahahaha.....aku macam nak pecah perut, gelak!!! Masuk ikut burit ek? Hahahaha...rupanya2 hotel ini adalah berbentuk sebuah kapal laut dan pintu masuk hotel adalah melalui buritnya..aku ngn Nadia tersenyum simpul jer...maklumlah perbezaan bahasa Malaysia dan Indonesia!!!
Ni gambar entrance ke Hotel Pasific Palace, Batam
Turun dari teksi, kami disambut oleh 2 orang pemandu tetamu. Kami lantas bertanyakan ada tak bilik kosong di hotel ni. Kami seterusnya dibawa ke kaunter receiptionist. Masa masuk tu, kelihatan hotel ni cantik juga...macam hotel 5 bintang laaaa....
Alhamdulillah, masih ada bilik kosong, tetapi kami hanya boleh masuk jam 2 petang nanti itu masa check in hotel. Kami kemudian, apa lagi check rate dulu laaa...Alhamdulillah, sehari dalam RM170 sahaja...kira oklah dengan keadaan hotel yg macam ni....macam 5 bintang. Kira murah giler laaa...hehehe...
Ni Nadia masa register kat kaunter receiptionist....
Hmmmm....aku jawab oklah kat Nadia. Tapi aku minta kat receiptionist tu pulak, dapatkan bilik yg berdekatan satu sama lain...tak mau bilik yg berlainan floor. SECURITY purpose...maklumlah di tempat orang.......
Nak tunggu jam 2 petang pulak? Jam baru 12.15 tengahari....masa banyak lagi ni....hmmmm...nak pergi mana yer? Takkan nak menunggu kat lobi hotel sampai pukul 2? Huhuhu...
Lunch dulu...
Lepas berbincang dengan Nadia, kitorang decide gi makan dulu....tapi nak rase makanan kat luarlah, bukan kat hotel ni....Hmmmm....kami terus keluar. Dapat kan teksi...rupanya pak supir tadi masih ada. kami terus minta dia hantar kami ke tempat makan Batam yg famous....
Apa yg tertulis kat iklan ditampal kat pokok tu yer?.. Huhuh
Otw gi makan...banyak juga kenderaan kat bandar Batam ni...
Jam 12.45 tengahari, kami sampai di YongKee Seafood dalam kawasan Nagoya. Mula2 cuak gak...halal ker tempat ni? Lepas lihat semua pekerja berugama Islam dan ramai kakitangan kerajaan makan disini. Kami pun terus masuk...
Kami order Sup ikan sebab ikut kata pak supir tadi, inilah makanan yg paling popular time tengahari camni ni Batam...dan pastinya makanan disini Halal kerana tukang masak berugama Islam...
Hmmmm....sedap jugak rasa sup ikan ni. Kandungannya tak ubah macam sup biasa, cuma rasanya seolah2 ada rasa ikan bilis yg di tumbuk halus dan dicampurkan ke dalam sup. Isinya pula adalah ikan kerapu dihiris lebar dicampur dgn isi udang dan sotong....(tak sempat ambil gambar, bateri HP abesss....huhuhu
Cari Prepaid line Indonesia....
Hmmmm....kami berhenti sekejap di kedai pakan Nagoya ni..nak beli prepaid indon. Masa kat kedai ni aku ternampak ada satu iklan yg mencuit hati....cuba korang baca kat bawah tu... Hehehe...
Nasib baik sinyal..bukan SENGAL!!!! Kalau tidak disebut Kawasan Sengal bagus XL...Hahahaa....
Balik Hotel....
Jam 1.20 tengahari kami bergerak balik ke hotel semula...tak sabar nak merehatkan badan. Penat weeiiii.....kat sini cuacanya panas...panas sangat!! Maklumlah kawasan pulau.....
Lepas ambil kunci bilik di kaunter receiptionist, aku dan Nadia dibawa oleh bellboy ke lift....Hmmmm...lift hotel ni hanya boleh bergerak bila dimasukkan kad slot bilik hotel. Kalau tekan sampai esok pagi pun lift takkan naik tanpa kad slot bilik hotel ni...Hehehe....
Kat hotel ni, kami tinggal kat tingkat 8, tingkat yang yg paling atas skali...hehehe....kira oklah. Lepas ucap terima kasih kat bellboy...aku pun survey2 bilik ni... aku tengok bilik ni bersih...banyak kemudahan diberikan...
Aku salin pakaian dan membabamkan diri....Hmmm....mmg ngantuk dan penat giler.....terus terlena, tak sedar dah......tido mati!!!
Moral of the story:
1. Jangan langgar undang2 penerbangan!! Nanti kalau jatuh terhempas sapa mau tanggung wooo!!!
2. Buat studi dulu tentang demografi dan geografi sesuatu kawasan sebelum pergi....
2. Buat studi dulu tentang demografi dan geografi sesuatu kawasan sebelum pergi....
3. Jangan malu bertanya...terutama di tempat org. Kalau malu sesat jalan
4. Sentiasa berhati2 ditempat orang, terutama bila kita dipertanggungkawabkan utk menjaga seseorang...
5. Kena pandai cari kawan....komunikasi dan PR mesti mau baik. Hehehe...
5. Kena pandai cari kawan....komunikasi dan PR mesti mau baik. Hehehe...
End of Part 2....
.
No comments:
Post a Comment