Berfikir di luar kotak pemikiran....
ini adalah satu istilah dan kaedah untuk memajukan keupayaan pemikiran dari barat dan semakin ramai orang kita yg menggunakan pendekatan istilah pemikiran ini...
Hmmm......Berfikir di luar kotak boleh juga di definasikan sebagai berfikir di luar dari kebiasaan atau ringkasnya berfikiran kreatif.. Kaedah pemikiran ini perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran serta melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza..
Gambaran kita duduk dalam kotak....lawak kan? Begitulah pemikirankita semasa cuba menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara...Hehehe...HODOHNYA!!!
Kenapa mesti kita keluar berfikiran begitu?
Elak dari diri dari jumud? Takmo otak jadi blank? Blurr? Jammm....masa hadapi masalah?
What everrrrr lahhh.....
yg pastinya pemikiran begini akan membantu kita keluar dari kemelut masalah...
Hehehe...maksudnya lebih kurang gitulah....tetapi yg pastinya kita
.... WAJIB .... MESTI ...
berfikir dan bertindak di luar kebiasaan pemikiran kita...bahawa ada sesuatu yg lebih baik untuk kita diluar kotak sana...
Luasnya langit bila dipandang dari dalam kotak. kan? Hehehe
Hmmmmm.....
Pernah dengar bidalan kata2 lama:
"Jangan menjadi katak dibawah tempurung?" ...hehehe
Peribahasa ini membawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam mahupun dan di luar.
Bila anda melihat gambar di atas, apa yang anda pikirkan pada katak tersebut?…
Hehehe.... Pepatah tersebut biasa ditujukan pada seseorang yang
mungkin kurang pengetahuan, dungu dan cenderung punya sikap dan pemikiran yg tertutup
Ini kerana katak bila di dalam tempurung…kita faham2 lah sendiri... pasti dia tinggal dalam kegelapan, tidak tahu apa yg ada diseklilingnya, kiri atau kanannya. Kasihan..kasihan kat katak ni yer....hehehe
Hmmm....Rupa2nya perkara begini dah lama kita dipesan oleh tok nenek kita supaya berubah...berubah ke arah pemikiran yg lebih positif...
Positif dalam makna kehidupan.....meneruskan dan menguruskan kehidupan dengan sebaiknya....
Tak payah nak tunggu Mat Saleh datang mengajar kita bagaimana cara untuk berfikir!!!....
Hehehe....begitu tinggi tamadun kita dulu, kan? :D
Hmmmm....kita sambung lagi...
Seperti gambar di bawah ini ....Alangkah bagus jika katak ini berada di luar tempurung. kan? barulah dia dapat melihat bahawa dunia ini adalah luas rupa2nya...hehehe
Tetapi....
Hakikat yg sebenarnya adalah kita bukan disuruh dan diajar oleh nenek moyang kita untuk sekadar keluar dari tempurung tersebut begitu sahaja...tetapi melihat tempurung tersebut dalam persepsi dan skop pandangan yg....
lebih luas...lebih jauh...
Tetapi....Bagaimana?
Bagaimana untuk mengecapi kebahagiaan berfikir di luar kotak atau berada di luar tempurung?
Firman Allah dalam surah An'aam ayat 116:
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
1. Hendaklah kita selalu memperbanyakkan zikir pada Allah kerana zikir itu mampu menenangkan hati dan jiwa... kerana tanpa hati yg tenang kita tidak akan dapat berfikir dengan waras dan baik...
2. Apabila hati sudah tenang, pandanglah sesuatu perkara itu dengan matahati..pandanglah dengan pandangan penuh kasih sayang...yg bebas dari perasaan hasad, iri hati, sombong, ujub...kerana perkara2 tersebut menyebabkan kita terhijab....terhijab dari mencapai sebarang pengetahuan...
3. Bertanyalah kepada diri dengan lembut: "kenapa? Bila? Bagaimana? Lakukanlah pertanyaan tersebut pada diri dengan cara:
2. Apabila hati sudah tenang, pandanglah sesuatu perkara itu dengan matahati..pandanglah dengan pandangan penuh kasih sayang...yg bebas dari perasaan hasad, iri hati, sombong, ujub...kerana perkara2 tersebut menyebabkan kita terhijab....terhijab dari mencapai sebarang pengetahuan...
3. Bertanyalah kepada diri dengan lembut: "kenapa? Bila? Bagaimana? Lakukanlah pertanyaan tersebut pada diri dengan cara:
- Kreatif
- Tidak stereotype
- Positif dalam setiap perkara Negatif
- Melihat bahawa ada peluang dan kebaikkan dalam setiap masalah
Hidup akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya kepada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia akan melatih diri ...
2. Akhir sekali, sentiasalah berada dekat diri dan hati kita kepada Allah, hanya Dia Yang Berkuasa memberikan hidayah, kekuatan, ilham dan ketenangan kepada kita. Ini kerana jika kita fikir kita yg berkuasa atas sesuatu perkara itu akan mengundang syirik kepada Allah.
Akhirkata:
Seorang mukmin akan mendapat petunjuk Allah Ta’ala sebab qalbunya bersedia dan mampu menerima bimbingan-bimbingan-Nya apabila sentiasa bersih dan dekat dengan Nya. Tetapi seorang yang mata qalbunya buta dan telinga qalbunya tidak mendengar, maka ia akan menemui kesesatan dari jalan Allah, di kerana dia tidak akan memahami petunjuk-petunjuk dari Nya.
Mari kita hayati pula firman Allah dalam surah Al-A'raaf : 179.:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
SEMOGA BERJAYA...
“Practice, to make it Perfect”
Kita selalu dan suka mencari penyelesaian melalui cara dan jalan yg mudah. Ketahuilah bahawa merancang penyelesaian adalah paling mudah berbanding menyelesaikan masalah tanpa perancangan. Dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga! Tetapi tidak rugi berfikir perkara yang besar kerana dgn cara itu mampu mematangkan kita. ...jadi eloklah merenung jauh sikit....tak rugi pun...hehehe
Nota:
Beza istilah ni Mat Saleh gunakan perkataan kotak....mungkin kat tempat derang takde tempurung kot? hehehe...:D
..
..
No comments:
Post a Comment