Fikir...

NuffnangX

Friday, September 17, 2010

Sebuah Mimpi….(1)

Di Masjid inilah aku pernah bermimpi berkali2 tetapi dalam suasana yang berbeza2, namun mimpi itu berulang2. Berulang2 tetapi dalam mode yang sama… 

Di masjid inilah juga, Masjid Kg Parit Kassim, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor lokasinya….aku tersedar bahawa aku pernah ke mari tetapi bukan semasa realiti tetapi semasa didalam mimpi…



Disini aku menjaga 33 orang kanak2 kecil, lelaki dan perempuan di sebuah masjid lama.
Di ibaratkan sewaktu itu didalam waktu darurat dengan cuaca petang yang mendung tetapi bukan menanti hujan turun. 
Diwaktu itu, semua orang lelaki dan wanita berada di saf masing2 menunggu ketibaan Panglima Hitam. Aku pula seolah2 baru tiba di masjid ini lantas aku terus mengambil wudu’.
Apa yang menjadi kemusykilan aku ialah di baju melayu aku ada percikan darah di tepi jahitan bawah poket baju melayu aku. Aku cuba mencuci dengan air (kerana aku tahu ada kotoran dan tidah jika kau bersolat dengan berpakaian yg terpalit dengan kotoran). Masalah timbul pula waktu itu, kotoran tidak boleh dibuang dengan air. Aku mengeluh…
Sedang aku mengeluh, aku terfikir untuk menanggalkan pakaian baju melayu yang aku pakai. Justeru itu aku ke bahagian belakang masjid, di waktu itulah aku terjumpa 33 oang kanak2 lelaki dan perempuan bermain-main di bahagian kolam mengambil wudu’…..

Selang dalam masa 5 minit, Panglima Hitam muncul berpakaian serba hitam, dengan kalimah ayat2 suci Al-Quran tertulis di perisai pakaiannya. Tetap apa yang peliknya ialah beliau berjalan seolah2 tidak jejak ke bumi. Berjalan dia atas angin selaju angin tetapi sopan. Dan diwaktu yang sama, dilorongkan jalan untuk beliau sehingga terus ke mimbar masjid.
Di mimbar beliau berkhutbah bahawa waktunya telah sampai untuk semua muslimin dan muslimat bersedia menghadapi pertempuran terakhir. 

Pesan Panglima Hitam:
“Tetaplah diri didalam iman dalam menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. Jangan takut dan jangan gentar kerana Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Takutlah hanya pada Allah…dan janganlah kamu takut kepada ciptaan Nya.”






|"Hmmm....moral of the story mimpi aku ni?...."











Indahnya Sunset di muara Sg. Dinding, Lumut Waterfront, Perak

Lama bebeno tak menyinggah di Bandar Lumut, Perak ni (hehehe…terselit loghat perak pulak!! Kihkihkih....). Last pergi sana pun kira-kira 2 tahun dulu, itupun kerana berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan dari Penang ke Sungai Besar atas urusan Koperasi. Masa tu aku kerja sebagai Pengurus Pemasaran Koperasi….hehehe....lama dah...

Hmmmm……
Teringat semasa ambil gambar ni (biasa la guna HP cabuk aku ni…), aku lepas buat tugasan di Bandar Manjung. Project Waste Water Treatment Plant refurbishment…kira-kira macam project construction juga, Cuma bezanya ialah perlu menghidupkan semula pusat rawatan air yg telah “hancur”…huhuhuh…..kalau korang nengok tempat tu mengerikan juga. Maklumlah dah tak beroperasi hamper 4 tahun….kira macam ghost city jugak laaa….hehehe

Hmmmm…..
Berbalik kepada cerita gambar sunset ni….kira aku dah habis job ngn klien tu. So aku ambil peluang jalan2 di Bandar Lumut. Kira ok juga laaa Bandar Lumut ni, dah maju dan tak macam dulu….15 tahun dulu sebuah pekan koboi…..huh!!! *terlajak sembang lagi….!!!....

Hmmmm…… (berapa banyak kali hmmmm daaaa…….)
Gambar nih aku amek lepas bangun tido…penatttt beb drive pagi dari pukul 8.00 pagi ikut Jalan lama….bila terpandangkan wajah sungai Dinding ni dan Kuala Pangkor aku terbayangkan betapa indahnya bila sunset nanti….so apa lagi…aku tunggu laaaaa sampai matahari hilanggggggggg!!! Hehehe….berbaloi juga menunggu untuk ambil shot pemandangan indah ini. 

Syukur Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dengan izin Nya dapat aku menikmati pemandangan indah ini. Cantik tak? :D














Nostalgia Sebuah Tangga Lama...

Waktu beraya di rumah sepupu aku di Batu Pahat, Johor. Aku ternampak tangga simen di rumahnya….Aku rasa best sangat2 sebab:

  1. Lama tak jumpa tangga design camtu bila tinggal di bandar
  2.  lama tak duduk melepak kat tangga tu. Rasanya lebih 20 tahun aku tak duduk atas tangga seperti tu. 
  3. Nostalgia sangat sebab masa aku kecik2 dulu, tangga macam nilah tempat aku bermain….main lompat2, jatuh guling sumer kat tempat tangga tu…sampai bengkak2 dahi…hehehe

    Nak tengok tangga tu camana??? Hehehe....



    Terima kasih kawan2 kerana memberikan aku lagu ini....

    Lagu ni aku dapat dari kawan2 Facebook....ntahlah, time2 tengah down camni macam ada jer kawan2 yg dapat hidu...apapun terima kasih pada korang, lagu ni mmg best dan aku berterima kaih. Sekurang-kurangnya beri aku sedikit nafas semangat untuk meneruskan hidup…..


    D’Masiv- Jangan Menyerah


    http://www.youtube.com/watch?v=_2H5kjywNQY

    Tak ada manusia yg terlahir sempurna...
    Jangan kau sesali segala yg telah terjadi...
    Kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat...
    Seakan hidup ini tak ada artinya lagi...

    Syukuri apa yang ada...Hidup adalah anugerah....
    Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik....
    Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasa Nya
    Bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa

    Jangan Menyerah...Jangan Menyerah......Jangan Menyerah...
    Jangan Menyerah...Jangan Menyerah......Jangan Menyerah...

    Syukuri apa yang ada...Hidup adalah anugerah
    Tetap jalani hidup ini...melakukan yang terbaik

    Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasa Nya
    Bagi hamba Nya yang sabar dan tak kenal putus asa....dan TAK KENAL PUTUS ASA...

    Aku, dia dan Gold Coast….

    Sayang: “Abg, plan nak pergi mana petang ni?” 

    Aku: “Jom kita pergi Gold Coast….boleh nengok matahari terbenam. Abg nak ambil gambarlah ….dah berapa kali gi sana tapi tak dapat jugak ambil gambar….hujan lah…cuaca mendunglah….keje lah….Rasanya cantik bila dapat tengok matahari terbenam di Gold Coast tu….lagipun abg pernah cakap dulu. Suasana persekitaran di Gold Coast berbeza berbanding di tempat lain…”



    Hmmm…..
    itulah kata-kata yang masih aku ingat masa aku keluar dengan si dia suatu masa dahulu. Suatu masa yang aku merasakan ada perubahan pada tingkah laku dan sikap si dia….Tapi aku ni biasalah….susah untuk dipengaruhi oleh fikiran-fikiran negatif ni…So aku pun buat taktau jerlah….Biasalah…iblis syaitan ni mmg suka manusia berpecah belah….suka melihat manusia memutuskan silaturahim dan memusnahkan kasih sayang…..aku cuba menyedapkan hati….
    Hmmm…..
    Apapun…segalanya dah tinggal nostalgia. Inilah gambar-gambar yang sempat aku ambil buat kenang kenangan. Yang sedihnya, takde satu pun gambar aku dan dia….huhuhuhu…..sedih….sedih…apa yang tinggal hanyalah sekeping gambar si dia buat mengubat rindu bila aku baca episod 31 Julai ni…….adoyaiiiiiii…….





    |"Dalam hati...hanya tuhan saja yg tahu bagaimana aku rindukan dia...."


    Double Pelangi?

    Rasanya kita hanya pernah mendengar cuma hanya ada satu pelangi dalam satu masa tetapi di suatu petang semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat. Aku terpandangkan 2 lapis pelangi pada satu waktu yang sama. Memang cantik dan aku tidak pernah terfikir dapat menikmati pemandangan indah begini….Cuma bila aku rasa nak snap lagi gambar pelangi ni dari sudut yang berbeza aku tak dapat..sebab Hi-way depan Sunway Lagoon tu mmg tengah jem giler…..biasalah waktu time orang lain balik kerja….
    Cuba tengok  pada gambar di bawah ni …….betul kan ada 2 pelangi? Hehehe
    *maaf kerana aku snap gambar ni guna HP cabuk aku ni jer….


    Tuesday, September 14, 2010

    aku dan Banjar...

    Mukaddimah
    Salah satu golongan etnik yang besar ialah orang Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal berdekatan, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah Bagan
    Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya.


    Asal-usul kedatangan orang Banjar ke Tanah Melayu

    Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu. Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura.

    Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan
    berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti
    peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara., Tenom, Keningau dan Tawau.

    Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

    Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh
    didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan.
    Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkam kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di
    bawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkan penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan  mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal
    dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.


    Ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu

    Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal ini ialah sosio-budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di tanah Melayu iaitu sekitar pertengahan abad ke-19 sehingga pertengahan abad yang ke-20. Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dan carahidup sederhana, berani dan panas baran.


    Fahaman kesukuan

    Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka dianggap sebagai ‘orang luar’. Keadaan ini telah mempengaruhi pergaulan, perkembangan pemikiran dan seterusnya keperibadian mereka. Faham kesukuan ini juga telah menjadikan masyarakat ini pada masa itu sebagai sebuah masyarakat tertutup. Jarang-jarang benar berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru itu, faktor ini telah dapat mengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang tersendiri masyarakat ini. Contoh yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan sehari-hari iaitu dialek Banjar dan kawasan tempat tinggal yang berkelompok.


    Teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana
    Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat ini amat condong terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka.
    Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentuk pertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripada bandar, telah menyebabkan peluang untuk mereka mengikuti kemudahan-kemudahan seperti pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amat terhad. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca al-Quran, mempelajari hal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama rakyat mahupun di madrasah-madrasah. Bagi golongan yang berkemampuan pula, mereka menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab mahupun pondok-pondok di tempat lain. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka juga turut menghantar anak-anak mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama. Amat kurang sekali yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah Melayu kerana mereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dan
    semata-mata hal-ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengan sekolah-sekolah Inggeris mereka khuatir anak-anak mereka akan terpengaruh dengan dakyah Kristian jika menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya, fahaman sebegini
    wujud dikalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yang wujud dikalangan orang Banjar amat ketara sekali. Sebagai buktinya, sehingga awal tahun-tahun 60an, amat kurang sekali pegawai-pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar. Kalau pun ada, hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama. Ringkasnya mereka lebih berminat untuk bergiat dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan hal-ehwal agama Islam sahaja. Kesan lain yang dapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapatnya dengan banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjar seperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam, Selangor.
    Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja.
    Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan
    orang Banjar. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkara ini jelas dilihat daripada kemenangan calon parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan pada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 Kawasan Kerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknya terdiri daripada orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haji Ahmad Haji Hussein, keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari, seorang tokoh ulama besar berasal dari Tanah Banjar, KalimantanSelatan, Indonesia.


    Berani dan pemanas 


    Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak
    asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Orang Banjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh oleh masyarakat lain. Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun
    temurun semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan belukar dan binatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan perompak memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung dengan pihak musuh.
    Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbul
    di kawasan petempatan orang Banjar seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun di Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat pegangan agama dan berani serta pemanas.

    Orang Banjar kini

    Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak
    kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka. Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka.Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, Perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalaan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat di perhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.

    Disusun semula oleh: Shahril B. Asnawi,

    Thursday, September 9, 2010

    Bismillahhirahmannirrahim.....

    dalam bersendirian begini...tiada yang lebih sayu di hati ini melainkan apabila mendengar alunan takbir hari raya ini....Ya Allah....berikanlah aku kekuatan.....

    Doa ku....

    Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
    Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
    (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

    Ketentuan Tuhan

    Hmmmm....
    aku terbaca sebuah hadis ada menyebut:
    لاَ ÙŠَرُدُّ الْÙ‚َضَاءَ Ø¥ِلاَّ دُعَاءٌ
    “Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
    Bila aku bertanya kepada Ustaz, pesan dia "Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan.  Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita." ....Hmmm...insyaAllah Ustaz, saya akan berusaha, berdoa, beramal dan bertawakal.....

    Hmmmm....
    “Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering aku dengar bila berbicara tentang soal hati. Perlulah aku berputus asa? 

    Hmmmm....
    aku terbaca pesanan rakan-rakan facebook aku..."Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan...kenangi sebuah perhubungan kerana di situ terciptanya kerinduan....Hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat TUHAN" 

     
    Hmmmm....
    aku redha...aku takut aku jauh dari rahmat Allah, aku perlu sandarkan perjalanan hidupku kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Aku faham....Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup demi mendapatkan keredhaan-Nya....dan aku faham...jika tujuan itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan......

    Hmmmm....aku pasrah!


    Cara betul memberi Salam

    SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

    Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
    Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

    Beri salam - "Assalamualaikum"
    Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

    Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye". Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!


    Kesilapan maksud singkatan

    Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

    Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

    Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

    Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

    Kenangan itu...sebuah DOA dan HARAPAN kita


    Hmmmmm....
    sedang aku menatap fotonya....tiba-tiba aku terpandang sekeping gambar. Gambar sewaktu aku dan dia berjanji tetap bersama-sama....berusaha bersama-sama dan bersama-sama mengharungi suka dan duka ini. Aku sayu............menatapnya.




    Hmmmmm....
    Masih aku ingat kata-katanya waktu itu...
    "Abg...kalau berdoa kita kena berdoa begini. Lihat garis di tangan kita....ada garisan seakan sebuah mangkuk jika kita satukan kedua belah tangan kita. Jadi...kita mesti satukan keduanya. Itulah bentuk doa permohonan kita pada Allah...."
    Aku lantas mencapai kamera dan terus mengambil gambar.....gambar "sebuah doa dan sebuah harapan antara aku dan dia".





    "Kini Aku sendiri lagi.....hadiah akhir (29) Ramadhan 1431H. Adilkah semuanya ini? Teraniayakah aku? Oh Tuhan...berikan aku kekuatan menjelang Aidilfitri ini.....aku lemah....aku tiada daya."


    Hmmmm....
    tak tahu apakah yang sedang berlaku ketika ini. Insan yang amat aku sayang meninggalkan aku di saat aku ingin mengecapi kebahagiaan di saat Syawal bakal menjelang..... Perasaan datang dalam berbagai bentuk, berbagai rasa tetapi yang pasti aku sedang kecewa....aku sedang bersedih....aku sedang berduka. Tiada perkara lain yang mengecewakan selain ditinggalkan oleh insan yang tersayang....

    Hmmmm.....
    Hidup aku selepas ini? Ntahlah.....waktu insan lain sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal dan Aidilfitri ini. Aku hilang....bukan hilang jasad tetapi hilang kekuatan...hilang semangat....hilang jiwa....hilang kasih sayang. Yang pastinya aku kecewa setelah sekian lama aku mencari dan aku temui insan yang sejiwa...sehati....dengan 1wawasan dan 1pemikiran....dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan begini ----> Keseorangan....kesejukkan....hampir mati...lumpuh!!!


    Hmmmm....
    masih aku ingat lagi tanggal 29 Ramadhan 1431H. Aku rasa tidak sedap hati....suasana tidak sedap hati yang luarbiasa dari kebiasaan tidak sedap hati. Hari itu aku tertinggal HP aku di rumah....itulah atas sebab kegopohan aku hendak ke pejabat pada hari itu. Sepanjang masa di pejabat, aku terasa ada "suara" yang memanggil ku...sudah pasti aku tahu hanya si dia yang akan menelefon ku bertanyakan khabar....namun ada sesuatu yang amat berlainan...amat berlainan sekali aku rasa... Pada hari itu, aku ketepikan perasaan itu dengan menyibukkan diri dengan hal-hal pejabat untuk menghilangkan rasa "tidak sedap hati" ini.....

    Hmmmm....
    tengahari apabila aku on9....aku ternampak satu mesej - ".:: Bukan sayang pinta.. Tapi ini adalah jalan terbaik.. sayang mohon diri.. izinkan sayang mengundur diri.. Salam ::. Aduh....adakah ianya berkaitan denganku? Aku pasrah....aku bergegas pulang ke rumah.

    Bila sampai di rumah, dgn lantas ku buka HP ku ini....ada banyak miss call dari dia...tetapi ada satu sms yg amat menyesakkan dadaku... aku hampir pitam... "Salam....Syg call abg tak bjwb. Hmmm... Thanks a lot for everything. Halalkan segalanya. Syg minta maaf atas segala kekurangan diri syg..." Aku lantas mendail nombor HPnya tetapi hampa....berkali-kali aku cuba tetapi tetap hampa....

    Persoalannya....apakah salah abg? apakah dosa abg hingga sayang buat abg begini......aku sebak...aku hiba......hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang aku rasa ketika ini.......rasa diri tiada....diri ini mati....diri ini Zombie!


    "Janganlah engkau kahwini wanita yang enam ini... iaitu janganlah engkau kahwini dengan wanita yang Ananah, dan yang Mananah, dan yang Hananah, dan yang Hadaqah, dan yang Baraqah dan yang Syadaqah." (Imam Al-Ghazali)

    Penjelasan Istilah:

    1. Wanita ANANAH
    Banyak mengeluh, mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Bahasa mudah: Suka berlakon/berdrama untuk dapat perhatian.
    2. Wanita MANANAH
    Suka membangkit-bangkit terhadap suami.
    Bahasa mudah: Mengungkit.
    3. Wanita HANANAH
    Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
    Bahasa mudah: Berkongsi kasih dengan ‘suami simpanan’ (aka skandal) atau bekas suami atau dengan anak daripada ‘suami simpanan’.
    Nota: Macam mana nak tahu, Wallahu’alam…
    4. Wanita HADAQAH
    Melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memilik barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli. Bahasa mudah: Rambang mata dan susahkan suami kerana ingin bermewahan.
    5. Wanita BARAQAH
    Ada dua makna; Pertama, yang sepanjang hari mengilat dan menghias wajahnya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
    Bahasa mudah: Bersolek tak kenal masa, tak kenal tempat, tak kenal untuk siapa; Tak mahu makan konon-konon tengah diet (yang ini tambah sendiri, jangan ambil serius!).
    6. Wanita SYADAQAH
    Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.
    Bahasa mudah: Kecoh, suka tukar topik; Ikut emosi sampai buat suami fikir keluar rumah pi minum kedai kopi lagi bagus (yang ini pun tambah sendiri kwang3).

    Aku: Pesanan untuk lelaki dan juga perempuan, yang dah kahwin atau pun yang belum. Terutama sekali buat wanita yang belum berkahwin. Pesanan ini telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali kepada umat Islam 1000 tahun yang lalu, namun pesanan beliau sangat bersesuaian sekali untuk dijadikan pedoman buat kita yang hidup di zaman moden ini.
    Renung-renungkanlah…